ASSALAMUALAIKUM...
Salam petang Jumaat buat semua.. Kejap jer, dah Jumaat semula.. Tuan rumah tak nak cakap banyak arini tak per kan.. Nak balas komen kat n3 lepas dan campur dgn tak ada idea nak pot pet ni.
Resipi Ayam Serai Pedas ni K.Nor amik kat rumah Mas yg mana asalnya dri Irose MyResipi.. Mekasih buat keduanya ya... Fedback dari cik abg dan anak2, pedas dan sedap. Dia org mmg suka lauk2 sambal pedas2 gini.. Jom layan...
AYAM SERAI PEDAS
Resepi asal : irose@myresepi.com
sumber : Mas & K.Nor@SecubitGaram
Bahan :
3 keping dada ayam - ambil isi sahaja (k.nor guna 1/2 ekor ayam yg dipotong kecil2)
1 batang serai - dititik
5 helai daun limau purut
2 biji cili besar - ditumbuk@dikisar
6 biji cili padi - ditumbuk@dikisar
1 ulas bawang putih - ditumbuk@dikisar
1 ulas bawang merah - ditumbuk@dikisar
1 camca sos ikan @sos nampla
1 camca sos tiram
Secubit gula
Sedikit ajinomoto Mas letak kiub ayam (sama dgn Mas)
sedikit perahan limau nipis ~ yg ni K.Nor tambah
sedikit minyak untuk menumis
Cara membuatnya :
Masukkan minyak untuk menumis serta serai, daun limau purut, cili besar, cili padi, bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau.
Masukkan potongan ayam dan sedikit air bagi memastikan ayam masak secukupnya.
Masukkan sos ikan, sos tiram, gula dan ajinomoto. Kacau sebati. Tutup api dan hidangkan.
* ayam tu K.Nor gaul dgn sedikit serbuk kunyit dan garam, pastu goreng hingga masak tp tak terlalu garing.