ASSALAMUALAIKUM...
Dah lama tak buat Cucur Udang Geragau ni, padahal stok udang geragau kering dah lama duk bertapa dlm gobok. Meh la sarapan dgn Cucur Udang Geragau, resipi CMGebu yg sedang bersilat gayung, silat cekak dan silat apa lg ntah nun kat Sedenak utk menyambut rombongan Ben dgn Vlognya.. :)
CUCUR UDANG GERAGAU
resipi : CMGebu
sumber : K.Nor@SecubitGaram
BAHAN-BAHANNYA :-)
70 g udang geragau kering (kalau yang segar, guna 150 g)
1 biji bawang besar, didadu
1 biji kentang, didadu kecil2
1 biji cili hijau hiris halus
1 biji cili merah, hiris halus
3 tangkai daun sup, hiris
3/4 camca teh garam
1 camca teh baking powder ~ k.nor gantikan dgn 1 sk yis
2 cawan tepung gandum
1 3/4 - 2 cawan air suam (kurang lebih)
Sos cili, sebagai pencicah
CARA MEMBUATNYA :-)
Udang geragau direndam, cedok udang yang timbul dan asingkan dalam bekas lain, rendam lagi sekali dengan air yang baru. Ini kerana udang geragau kering dikhuatiri mengandungi pasir2 halus, jadi bila rendam pasir dia jatuh ke bawah, kalau guna yang segar, buang kotoran, cuci dan toskan.
Dalam satu bekas, masukkan udang geragau tadi (toskan dahulu), bawang besar, cili hijau/merah, daun sup, kentang, kentang dan garam. Gaul rata.
Masukkan tepung dan baking powder, kacau rata dan tuang air suam tadi sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang sempurna (tidak terlalu cair), kiranya boleh di"jemput" dengan tangan untuk dibuat cekodok.
Goreng dalam minyak sederhana panas dengan kaedah mencedok dengan sudu atau men"jemput" dengan tangan, pastikan anda basahkan hujung jari sebelum men"jemput" adunan tadi. Goreng hingga kuning keemasan, angkat dan letak atas paper towel. Hidangkan bersama sos cili....