Monday, March 14, 2011

Fruit Pastry Cake For Him :)

ASSALAMUALAIKUM..

Dah malam baru nak masukkan n3 arini. Penat tp seronok.. alhamdulillah... Tengahari tadi ke "gergasi" sebelah bangunan ni, nak shopping sedikit bahan2 nak buat kek utk si dia yg menyambut ulangtahun kelahiran hari ni. Tengah duk shopping jumpa abg K.Nor sekeluarga (yg duk Kuantan) dan dia org nak datang rumah. Cepat2 shopping terus balik rumah. Nak ajak makan tengahari, K.Nor pulak kebetulan tak masak lunch arini. Cik abg gi kenduri kawin, K.Nor pulak amik kesempatan berpuasa. Aisyah ada kelas tambahan sampai ke petang. Tinggal lah Naim dan Luqman. Disebabkan kurang rajin nak masak, beli jer nasi bungkus utk dua org tu.


Balik rumah cepat2 godek juadah utk famili abg K.Nor ni. Tak sempat nak buat kek besday. KIV dulu la sementara org ada kat rumah kan.. (apa yg K.Nor buatkan utk tetamu ni akan K.Nor tayangkan esok.. insyaallah..) Lepas abg K.Nor dan famili dia pulang, rest kejap pastu terus godek kek yg dah lama idam nak buat ni. Sengaja tunggu hari special sket nak buat kek ni. Kebetulan hari ni (14 Mac) adalah ulang tahun kelahiran cik abg yg ke 49, K.Nor buatkan kek ni utk dia. Dah tanya pg tadi, nak kek ke? Tak payah la.. dia jawab.. dia ni jenis tak kisah.. So K.Nor plan sorang2 buat kek ni kebetulan dia dr pagi keluar dgn geng fotonya. Terkejut dia ptg td bila K.Nor tunjuk kek yg dah siap. Cik abg ni mmg suka buah2.. so mmg kena sgt dgn selera dia bila makan Fruit Pastry Cake ni.. Memang sedap, tambah lg bila ada buah2 atas tu.. Nak buat pun mudah jer, cuma kos nya lebih sket la.. Kena letak buah2 atas tu kan.. tak per la.. sesekali nak serve pd hari ulangtahun kan.. Kalau order kek kat kedai pun mahal jugak.. buat sendiri lagi puas hati :)


Ok lah.. panjang dah pot pet ni.. Nak lepak2 lipat kain lak.. Sebelum tu nak wish HAPPY BIRTHDAY buat PERI PIA, yg juga menyambut ulangtahun kelahirannya pada hari ni. Semoga anda berdua dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yg baik, dilimpahkan rahmat dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.. semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.. amiin... Jom PIA, makan kek besday :)

FRUIT PASTRY CAKE
souce: Gert

Ingredients :
113g/1 stick butter, at room temperature
1 cup castor sugar ~ K.Nor letak 180gm
50g sour cream ~ K.Nor gantikan dgn yogurt plain
1 teaspoon pure vanilla extract ~ esen vanila
Pinch of salt
1 teaspoon orange zest
3 large eggs, at room temperature
210g plain flour
1 teaspoon baking powder
500g fresh fruits (I usestrawberries, handful of blueberries, mandarin orange and canned peach slices)

* Place cuts fruits in a strainer and sprinkle with 2 tbsp of sugar
* Pre-heat oven to 350 degree F. Butter a baking pan (8" tin)
* Cream butter, sugar and sour cream together until creamy.
* Add eggs one at a time and beat well.
* Add vanilla, flour, baking powder and zest until everything combined
* Pour batter into a baking pan and smooth the top. Place fruits on top
* Bake for 50-60 minutes or until cake is done.
* Cool and serve

*K.Nor letak buah peach (dalam tin), stoberi dan blueberry. Untuk buah peach, K.Nor hiris dan toskan. Utk buah strawberry dan bluebery, K.Nor ikut arahan dlm resipi. Taburkan dgn 2 sudu besar gula castor.
*Selepas 40 minit proses membakar, K.Nor letak sekeping aluminium foil atas kek (letak gitu jer) utk mengelakkan permukaan atas kek jd hangus dan teruskan proses membakar sehingga kek masak.



Kek yg sama juga dah dibuat oleh Happy Home Baking dan Anncoo Journal dan tak ketinggalan Rima pun dah acapkali buat. Jom mengekek :)