ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulilillah.. dipanjatkan syukur pada Yang Maha Esa atas segala limpah rahmat dan keberkatan dalam kehidupan K.Nor sekeluarga. Hanya Dia sahaja yg layak disembah dan dipuji atas segala-galanya..
Nak tau apa yg 2nd? Dan apa yg 23rd? hehee... Mesti ada yg boleh mengagak kan.. Yg 2nd adalah ulangtahun SecubitGaramNor67.blogspot.com dan yg 23rd adalah ulangtahun perkahwinan K.Nor bersama cik abg tersayang. Betul la tu.. dah 23 tahun dah usia perkahwinan K.Nor.. alhamdulillah...
Gambar pinjam dari Google.. tq..
Kita bercakap tentang SecubitGaramNor67 dulu la ya... Alhamdulillah... dah mencecah usia 2 tahun SecubitGaramNor67 ni. Tak sangka jugak dapat bertahan selama 720 hari ya.. Dengan 1445 followers, 1375 posts dan 702,750 hits... Alhamdulillah... syukur.. Apalah SecubitGaramNor67 tanpa sokongan teman2 semua, adik kakak, bloggers, bukan bloggers, followers, silent readers, pengunjung tetap ke, tak tetap ke.. semua sekali la ya.. Tanpa anda semua SecubitGaramNor67 takkan dapat pergi sejauh ini.. Ditambah lagi dgn hadiah terbaik buat SecubitGaramNor67 bila dilamarJelita April 2011.. Alhamdulillah.. Terima Kasih buat Jelita yg sudi melamar SecubitGaramNor67..
Bermacam suka dan duka bila menjadi blogger kan.. Yg duka kita buang jauh2 dari lipatan memori.. Kita kenang yg baik2, yg indah2 jer.. insyaallah.. Yg paling best bila menjadi blogger ni, dapat menambah kenalan walau secara alam maya. Tak pernah berjumpa, tak pernah bertentang mata, tak pernah bercakap secara life.. yg bercakap hanyalah jari jemari yg mengetuk keyboard.. hehe K.Nor amat menghargai ukhwah yg terjalin sekian lama ni dan doa K.Nor semoga ianya akan terus kembang mekar dan berkekalan hingga ke akhir hayat. Kalau yg tak pernah berjumpa, mudah2an dapat berjumpa dan bersembang secara live dan yg dah pernah jumpa semoga diizinkanNya utk berjumpa lagi.. insyaallah..
Terima kasih buat semua sekali ya.. yep, SEMUA! Semoga kita dapat meneruskan blogging dengan lebih baik lagi, dgn positif, dgn hati yg ceria.. Tak ada hasad dengki, tak ada iri hati yg memusnahkan diri sendiri. Sama2 lah kita belajar utk menghormati hak org lain dan diri org lain juga.. Jangan lah jadi talam dua tiga muka, suka mengutuk org lain dan tak kurang jugak yg suka jadi batu api. Semua perbuatan ada pembalasannya.. Kena la beringat ya.. Tak guna nak sakit hati dgn org lain.. tak boleh org lain lebih dr diri dia.. Kalau jeles yg positif tak per.. Sekurangnya dapat menaikkan semangat kita utk menjadi yg lebih baik lagi tapi biarlah dgn jalan yg betul.. Adehh.. panjang tazkirah arini ya..hehe Semoga Allah memberikan kekuatan, semangat dan kerajinan utk K.Nor meneruskan blogging ni. Yg mana nawaitu berblogging hanya utk berkongsi ilmu dgn org lain dan utk dijadikan kenangan dan tempat rujukan buat anak2 K.Nor di masa akan datang.. insyaallah..
Ok.. utk yg 23rd tu.. Alhamdulillah.. dah 23 tahun usia perkahwinan antara Nor Azmihah Mohamed dengan Tolahah Muda. Kami menjadi ibubapa yg sangat bertuah kerana dikurniakan 4 org anak2 yg terbaik (tak ada rezeki yg 4 lagi, kalau tak dah jadi 8! hehe) yg sentiasa memberi kebahagian buat kami sepanjang kehidupan berkeluarga ni. Semoga ikatan perkahwinan ini akan terus berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat dan mudah2an juga hingga ke syurga nan abadi... amin...
UPDATED:
Terima Kasih K.Nor ucapkan pada Sofea@K.Fiza MyR yg telah bersusah payah "membakar, mendeco" kek sempena Ulangtahun ke2 SecubitGaramNor67 dan ulangtahun perkahwinan K.Nor dan cik abg yg ke 23. hehehe.. baik hati sungguh! Mekasih ya Pia.. Jadi K.Nor serve kat sini kek tu ya, utk dikongsikan bersama2 yg lain.. Tak larat wehhh nak ternak lemak sorang2.. Meh pakat ternak lemak sama2 ya.. hehehe... Mekasih Pia, cantik kek2 tu.. lain kali bg yg real lak ya.. yg boleh mengenyangkan perut dan bukan kenyang mata aje.. hehe..
Tak lupa mekasih buat pakcik google.. hehe
Dan yg ni hadiah khas dari Lieza. Terima Kasih ya Lieza, siap buat yg spesel utk K.Nor dan SecubitGaramNor67 ni.. Tq.. Tq...
Terima Kasih daun keladi ya Pia & Lieza .. ^_____^
Yg ni yg terbaru K.Nor terima dari Azlita Masam Manis.. Ada lagi rupanya n3 special utk K.Nor dan SecubitGaram.. Hasil belek2 n3 Ita yg lepas2 (terlepas kes baru balik dari KL la ni Ita, jgn marah ya.. hehe) Mekasih Ita atas ucapan dan ingatan special ni.. Semoga ukhwah antara kita berterusan mekar hingga ke akhir hayat... amin... :)