Wednesday, March 16, 2011

Ikan Rangup Dgn Sambal Bunga Kantan

ASSALAMUALAIKUM...

Dari pagi hujan tak berhenti2 hari ni.. Alhamdulillah.. hujan rahmat.. Kalau panas sokmo pun tak best gak kan.. Biarlah hujan, dpt menyejukkan suasana sket. Meh layan menu hari ni..


Resipi yg diambil dr dapur HomeKreation.. lama dah ni simpan resipi ni. Bila ke pasar nampak bunga kantan tp tak beli. Kali ni, bila ada jer stok bunga kantan kat dlm esbok, terus buat masakan yg sangat sedap ni. Memang sedap, tarak tipu punya. Ikan tu kita goreng garing2 dan sambal tu buat asing. Mudah jer nak buat sambal tu. Bila digandingkan ikan goreng garing tu dgn sambal yg wangi dgn bau bunga kantan.. perghhh.. mmg syok! Kalau ikutkan hati nak menambah nasi tp tak leh ler.. Kena kontrol bab pengambilan nasi ni. Tak leh lebih tapi lauk boleh dilebihkan.. Boleh diratah, no hal... insyaallah..


Jom tengok resipi ikan rangup dari dapur AlongRoz. Along, Nor mintak izin ya, nak share resipi tu kat sini pulak. Kita tengok sapa yg bakal terkena virus menu ikan Along yg best ni :)

IKAN RANGUP DGN SAMBAL BUNGA KANTAN
resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN2:
1 ekor Ikan (+/- 1 kg berat) ~ k.nor guna ikan bawal
Tpg Jagung
Cili Padi* (Nak pedas bubuh banyak)
2 biji Cili Merah*
2 biji Cili Hijau*
1/2 biji Bwg Besar*
2 ulas Bwg Putih*
1 btg Serai*
1 btg Bunga Kantan* (* blender)
1 Tomato - potong2
1/2 biji Bwg Besar - hiris
1 biji Limau Kasturi
Garam

CARA2:
1. Kelar2 ikan seperti dlm gambar di atas (sila refer pd gambar di link AlongRoz)
RAtakan garam atas ikan.
Golekkan ikan atas tpg jagung & goreng dlm kuali yg tak melekat.
Lihat gambar di atas - jgn guna minyak terlampau banyak utk mendapatkan ikn yg rangup.
Jgn alihkan ikan sehingga betul2 rangup utk mengelakkan ikan pecah.
Alihkan ikan & masak bahagian yg sebelah lagi.
Hidangkan dlm pinggan.

2. Panaskan minyak & tumis bhn2 yg de blender.
Masukkan garam, bwg hiris & tomato.
Masak sebentar sehingga bwg layu.
Hidangkan sebelah ikan goreng tadi dgn hirisan limau.