ASSALAMUALAIKUM..
Baru-baru ni tengok Ayu S'pore buat Kek Pisang Bercoklat ni. Rupanya Ayu seisi keluarga terutamanya ibu Ayu suka benor dgn rasa Kek Pisang Bercoklat ni. Alhamdulillah.. K.Nor pun tumpang happy bila tau hal ni.. Memang Kek Pisang Bercoklat ni rasanya lembut, gebu dan sedap terutama bila adanya coklat yg melted kat dalam tu bila kita makan masa panas2.. yummy sgt!
Sejarah Kek Pisang Bercoklat ni bermula bila Along K.Nor yg bagi idea utk masukkan cooking chocolate dalam kek pisang yg selalu K.Nor buat. K.Nor pun edit la sukatan gula dlm resipi kek pisang tu dah masukkan parutan cooking chocolate dalam adunan kek pisang. Dan hasilnya, kek pisang menjadi sangat2 sedap! Bukan K.Nor sekeluarga aje yg sukakan rasa Kek Pisang Bercoklat ni tapi abg K.Nor dan familinya yg duk Kuantan tu pun suka sgt tiap kali K.Nor buatkan kek ni utk dia orang.. Alhamdulillah.. Anak2 sdara K.Nor tu sentiasa berebut nak bahagian tepi yg garing2 tu.. hehe..
Sekali tu K.Nor terfikir nak share resipi ni kat MyResipi. Alhamdulillah..mendapat sambutan yg sangat baik terutamanya dari K.Chik Perwaja yg juga jatuh cinta dgn rasa Kek Pisang ni.. Rasanya bermula dari situ lah, banyak resipi Kek Pisang dimasukkan coklat dalam adunannya. Ada yg letak chocolate rice, ada yg letak chocolate chips.. Tak kisahlah.. walau menggunakan resipi yg berbeza tapi ilmu sudah dapat dipanjang2kan.. kan... itulah keindahan berkongsi ilmu.. ^___^
Jom tengok resipi Kek Pisang Bercoklat, kek pisang kegemaran anak2 K.Nor terutamanya Along dan Aisyah..
KEK PISANG BERCOKLAT
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
250gm mentega
3/4 cawan gula caster
2 cawan tepung naik sendiri
5 biji telur gred A
1 cawan pisang yg dilecek
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
150gm coklat masakan - diparut menggunakan pengupas kulit ubi kentang atau boleh juga dicincang
Cara:
Panaskan oven 180C. Griskan loyang dengan mentega dan taburkan tepung.
Ayak tepung. Sekiranya tiada tepung naik sendiri boleh juga diguna tepung gandum biasa dan tambahkan 1 sudu teh baking powder.
Masukkan soda bikarbonat ke dalam pisang yg telah dilecek dan gaul sebati. K.Nor hanya menggunakan 1/2 sudu teh soda bikarbonat supaya kek tidak terasa pahit.
Pukul mentega dan gula hingga kembang.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul hingga habis dan sehingga adunan betul2 kembang dan gebu. Masukkan esen vanila dan pisang lecek. Pukul hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis dgn kaedah kaup balik.
Masukkan coklat yg telah diparut dan gaul tapi jgn terlebih gaul nanti coklatnya menjadi hancur.
Masukkan ke dalam loyang dan bakarlah hingga masak, lebih kurang 45 minit.
Kek pisang ini lebih sedap dimakan ketika masih suam2 panas kerana masa tu coklatnya masih lg cair dan bahagian tepi/atas kek agak rangup