ASSALAMUALAIKUM...
Sebenarnya n3 ni nak ditayangkan pagi tadi tp tangguh dulu utk memberi laluan pada n3 takziah buat arwah yg meninggal dlm kemalangan jalanraya smlm tu.. Mekasih buat semua yg mendoakan kedua2 arwah, semoga segala doa yg dipanjatkan akan dimakbulkan Allah .. aminn.. (sedikit rentetan peristiwa masa K.Nor menziarahi rumah arwah pagi td ada di bahagian komen n3 tersebut.. )
~~~~~~~~ X ~~~~~~~~
Ni adalah salah satu masakan Ummi Kuantan yg keluar dalam Jelita Mac 2011 baru2 ni. Sedap jugak bila makan mee lidi goreng stail gini. Pedas! Tekak melayu kalau tak pedas tak sah kan.. Memang kena dgn selera la ni.. Buat Ummi, izinkan Nor share resipi tu kat sini ya.. Tq..
MI LIDI GORENG
resipi : Ummi Kuantan
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan2:
Air secukupnya
1/2 bungkus mi lidi
sedikit minyak jagung
minyak masak secukupnya
1 biji bawang besar ~ dipotong dadu
3 ulas bawang putih ~ dicindang
2 sudu besar kicap cair
1 kiub pati ayam
sedikit garam
sedikit lada sulah
10 ekor udang segar
1/2 biji kobis ~ dihiris
sedikit serbuk lada sulah
Bahan dikisar :
2 biji cili hijau
6 biji cili padi hijau
4 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Cara:
Didihkan air, celup/celur mi lidi, angkat dan toskan. Gaul mi lidi bersama sedikit minyak jagung sehingga rata dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak , tumis bawang besar bersama bawang putih sehingga keemasan.
Masukkan bahan kisar dan kacau seketika.
Bubuh kicap cair bersama kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Kacau lagi.
Masukkan udang bersama kobis dan kacau.
Bubuh mi lidi dan gaul rata sehingga masak.
Hidangkan bersama sedikit serbuk lada sulah jikalau mahu.