ASSALAMUALAIKUM...
Ada yg mengendap kat dapur K.Nor ke? Duk tunggu2 menu petang agaknya ya... Meh masuk, layan bronis yg moist dan enak nih.. Rasanya dah ramai buat bronis ni kan. Memang dah ketinggalan ketapi ni tp tak per, asal buat dah la.. Bronis, mmg mudah nak sediakan. Sukat semua bahan, campur semua bahan kering dlm satu bekas dan bahan basah dlm satu bekas yg lain. Kemudian mix keduanya, sekadar guna hand wisk jer. Bila dah sebati, humbah dlm loyang. Bakar hingga masak. Bila dah sejuk, siapkan topping/ganache, curah.. dah boleh ngap. Kalau nak potong dulu sebelum curah ganache pun boleh.. Ikut ler selera masing2.. Memang mudah jer kan. Meh layan Moist Orange Mocha Brownies, resipi yg K.Nor amik kat rumah Ayu S'pore. Akhirnya jatuh cinta nak buat bronis ni bila tengok Ayu buat baru2 ni..
MOIST ORANGE MOCHA BROWNIES
sumber : Ayu S'pore, Yatie & K.Nor
Bahan A :
1 cawan butter cair / minyak masak
1 cawan susu cair
2 cawan gula perang
1 cawan air panas
1/2 - 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas
2 - 3 sudu besar sunquick orange
Bahan B : (kacau rata) - guna whisk
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur gred B
Bahan C : ( ayakkan )
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara - cara :
Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.
Kacau bahan A supaya sebati.
Masukkan bahan B dan kacau rata.
Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.
Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.
Bakar selama 45 - 50 minit.
Sejukkan kek dan salutkan dengan topping coklat.
Chocolate Topping
250 gm coklat masakan-(Ayu gunakan milk chocolate)
1 sudu besar butter
1 sudu kecil susu cair-(Ayu gunaakn 4 sudu kecil)
Cara-cara untuk topping :
Panaskan coklat dalam periuk / bekas secara double boil.
Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter. Kacau sebati.
Masukkan susu cair dan kacau lagi.
Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan.