f Secubit Garam: Oreo Cupcake

Monday, March 28, 2011

Oreo Cupcake

ASSALAMUALAIKUM...

Ermmm.... bila dah bercuti rehat mula lah rasa kurang rajin nak hapdet.. Mood pun hanyut ke dalam longkang, terus ke sungai pastu terus masuk laut tambah2 lagi dgn hujan yg tiap2 hari turun. Adehhhh.. dah bukak blog, tutup balik.. BW kejap, pastu tutup.. haihhhhh.. kemalasan melanda! hehe

Meh la nak tayang Oreo Cupcake yg dibuat minggu lepas. Tak berkesempatan nak masukkan n3 ni sebelum ni. Tak per la ya, gambar tak basi :)


Resipi dari rumah Rima tp dah dialihbahasakan oleh CMG. Jadi nak mudah citer, kang ada pulak yg suruh K.Nor translatekan.. jadi K.Nor amik yg kat rumah Che Mat jer la ya... Mekasih Che Mat dan mekasih jugak buat Rima.. :)


OREO CUPCAKE
sumber : Rima
sumber : CMGebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
125 gram mentega
1/2 cawan gula perang @ soft brown sugar
1 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)*
1/2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
2 biji telur gred A
1/2 camca teh esen vanilla
5 keping biskut oreo, kisar halus bersama krim dia sekali

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 175C, sedia kan cup untuk cupcake, ketepikan. Dalam mangkuk pemutar, satukan mentega, gula perang, telur, tepung dan esen vanilla. Putar hingga rata dan sebati pada kelajuan perlahan. Kemudian putar pada kelajuan tinggi selama 2 minit. Masukkan oreo yang telah dikisar tadi, putar sebati. Jangan terlebih putar yea.
Isi 1/2 (jika anda ingin sapu buttercream) atau 3/4 penuh dalam setiap cup (jika nak gebu macam mat punya tuu). Buat hingga siap. Bakar selama 10 - 15 minit bergantung pada oven masing2 (mat bakar 15 minit). Sejukkan atas jaringan sebelum dihias atau dihidang begitu sahaja....