f Secubit Garam: Pancake Jagung

Saturday, March 5, 2011

Pancake Jagung

ASSALAMUALAIKUM...

Dah nak masuk tengahari baru boleh post n3 sarapan. Maaf la ya, tuan rumah baru jer balik. Buat pancake ni awal2 pagi td lagi. Sebelum pukul 8pg dah siap dah, anak dara siap sarapan sebelum ke sekolah. Sekarang ni (dah sebulan lebih) tiap2 Sabtu si anak dara kena ke sekolah sbb ada kelas tambahan. Tahun ni dia amik PMR, sekolah pulak tiap2 minggu buat kelas tambahan. ermmm... mmg tak leh rest langsung ler hujung minggu. Bukan jer anak dara yg sibuk si emak pun kena sibukkan diri gak siapkan sarapan awal2. Kalau hari Jumaat lagi la.. Dia ada kelas tuisyen yg start pukul 8pg gak. Ingatkan hujung minggu boleh ler lepak2, rilek2 sket dr tugasan kat opis.. Nak buat camna.. kan.. 

Lepas siapkan pancake ni, K.Nor keluar dgn cik abg. K.Nor gi overhaul body.. hihihi..  Dah lama tak overhaul body ni. Bukan saja2 nak gi overhaul tp dek sakit akibat terjatuh kat dapur 2 hari lepas terpaksa la gi overhaul. Masa jatuh tu tak ler sakit sgt keesokkan hari tu (Jumaat) baru la rasa sakit situ sini, nak2 bahagian pinggang dan punggung akibat jatuh terduduk tu. Jatuh gara2 terpijak bekas plastik tau.. Sebelah kaki pulak siap berlipat masa terduduk tu.. Mangkuk kaca dan gelas serta sudu siap bertaburan atas lantai.. hihihi.. Memang malang sungguh nasib ku minggu ni.. Alhamdulillah... ujian semua tu..


Ok laa.. dah merapu jauh ni.. Jom balik ke pangkal jalan ^____^   Untuk sarapan pagi ni K.Nor buat pancake dgn resipi Pancake Hajar yg selalu duk guna tu. Cuma K.Nor taburkan hirisan jagung rebus. Kebetulan ptg semalam rebus jagung, ada balance sebiji yg tak abis makan. Dari membazir gitu, K.Nor hiriskan isi jagung tu dan tabur kat pancake. Sedap! Ada rasa ala2 Apam Balik.. hehe 

PANCAKE by Hajar
sumber: K.Nor@SecubitGaram

3 sudu besar butter/majerin ~ dicairkan
1 bj telur (k.nor guna saiz A)
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar gula castor
1 cawan susu segar (boleh guna susu tepung yg dibancuh dgn air)
secubit garam
1 sudu besar jus lemon (optional)
isi jagung secukupnya

Campurkan kesemua bahan kecuali isi jagung dan gaul hingga sebati.
Boleh guna blender atau guna balloon whisk.
Biarkan selama 10 minit.
Masukkan sesenduk adunan ke dalam pan dan taburkan isi jagung ke atasnya.
Bila timbul buih2 dipermukaan adunan pancake tu boleh lah di balikkan pancake dan biarkan hingga pancake masak.
Angkat dan hidangkan dgn madu/sos coklat/jem.

* adunan ni mmg nampak pekat skit, tp lembut dan gebus jer hasil dia nanti
kalau nak tambah air skit pun tak per, tp jangan banyak, nanti cair. kalau cair pancake kita jd nipis jer, tak cantik.
** isi jagung boleh digantikan dgn sweet corn yg dalam tin
*** boleh juga kalau nak masukkan sekali isi jagung ke dalam adunan pancake sebelum dimasak. Tapi K.Nor prefer tabur masa memasak sbb nanti permukaan pancake lebih serata masak dan lebih cantik :)