Saturday, March 19, 2011

Roti Goreng Rangup

ASSALAMUALAIKUM...

Tak mo pot pet banyak, nak gi shopping barang dapur kat pasar lak ni.. Sila jamu selera mata dgn Roti Goreng Rangup, resipi dr HaSue yg mana dah ramai blogger2 buat ni ya.. Mekasih Sue.. Halal ek, nak share kat sini lak :)

Sekaya dah abis, jd K.Nor guna jem roselle jer :)




ROTI GORENG RANGUP
resipi : HaSue

Bahan-bahan:
8 keping roti
Serikaya - Secukupnya
2 cawan Tepung gandum
2 1/2 cawan air
2 sm Marjerin
1 sudu kecil garam dan gula(gula bkn nak bagi perasa tp nak bg kuih sdikit berkilat je)
Sedikit pewarna kuning
Cara-cara

Di dlm bekas,satukan tepung bersama marjerin,garam dan gula. Bancuh dgn air(guna whisk lg sng)warnakan kuning dan ketepikan.
Ambil 2 keping roti dan intikan dengan serikaya dan potong ikut citarasa..nak cantik buang kerak tepi pun boleh.
Panaskan minyak di dalam kuali utk menggoreng.
Celupkan roti td ke dalam adunan tepung dan goreng segera sehingga keperangan. (Sy suka sedikit hangus,lg rangup!)