Monday, March 21, 2011

Roti Sosej Berkeju Rangup

Assalamualaikum...

Rasanya Roti Sosej dah ramai yg biasa buat kan. Boleh dibuat sarapan dan jugak boleh utk minum petang. Kali ni K.Nor buat letak cheese dalam tu, bila makan masa suam2 panas, cheese masih meleleh lagi. Tu part yg paling best. Mana tak best, penternakan lemak yg sentiasa berjaya. Lemak2 pun bersorak dan bertepuk tangan dgn penambahan ahli baru.. heeeeeee..........


Biasanya kalau buat roti sosej ni mesti celup gulungan roti tu dalam telur kan.. Pastu golek2 dlm breadcrumbs, pastu terus goreng. Hasilnya mmg sedap. Taaaaapiiiiiiiiiii... nak satu tip? Utk hasilkan Roti Sosej yg laaaaaaaagi rangup, JANGAN celup gulungan roti tu dlm telur. Apa yg K.Nor buat, sapu telur dgn menggunakan brush. Sapu rata2 pastu baru golek2kan dlam breadcrumbs, pastu terus goreng. Insyaallah Roti Sosej akan jadi bertambah rangup. Dan lagi satu, bila buat cara ni (sapu telur pd roti dan bukan celup direct telur dalam roti) akan menjimatkan penggunaan telur. K.Nor buat 10 gulungan Roti Sosej Berkeju ni dgn hanya menggunakan 1 bj jer telur, tu pun masih ada lebihan telur lagi. Cuba la, JIMAT TELUR DAN ROTI PUN LEBIH RANGUP ^____^


ROTI SOSEJ BERKEJU RANGUP
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
10kpg roti
10 batang sosej ~ direbus sekejap
10kpg slice cheese
1 bj telur ~ dipukul sedikit
breadcrumbs/serbuk roti secukupnya
minyak utk menggoreng

Cara:
Gelek roti hingga leper (boleh buang kulit tepi jika suka)
Letakkan sekeping slice cheese dan letakkan pula 1 btg sosej.
Sapukan hujung gulungan roti dgn sedikit telur (utk melekatkan)
Gulung dgn kemas. Buat hingga habis.
Dengan menggunakan brush, sapu keseluruhan roti dgn telur yg dah dipukul sedikit tadi.
Golek2kan ke dalam breadcrumbs dan goreng dalam minyak yg dah dipanaskan.
Goreng hingga golden brown, angkat dan toskan.
Hidangkan bersama sos kegemaran spt sos cili, mayonis dan jalapeno cheese.