Thursday, March 17, 2011

Sotong Masak Kunyit Cili Api

ASSALAMUALAIKUM..

Dah hari Khamis lagi ya.. kejap jer hari dan masa berlalu.. Hari ni tukang masak masuk opis awal. Sebabnya si anak dara kena hadiri kem BI kat Batu Rakit. Pukul 12.30tgh dah nak bertolak ke sana. Kem selama 3 hari, insyaallah Sabtu ni selesai. Kesian dia, cuti sekolah ni tak ada masa nak rihat sgt. Sepanjang cuti ni hanya 2 hari jer free duk kat rumah, ehh.. salah satu hari tu duk sibuk kat bandar, settlekan kerja khusus yg cikgu suruh buat. 1 hari jer yg betul2 dia free. Dah la tiap2 hari persekolahan ada kelas tambahan lepas waktu persekolahan sampai pukul 4.30ptg.. Kesian pelajar2 sekolah kat Trg ni, semata2 nak kejar dan kekalkan result negeri terbaik dlm peperiksaan. Semoga anak2 ni diberi kekuatan dan ketabahan dan dipermudahkan segala urusan.. amiin...

Sotong yg buncit2, padat dgn telur :)

Menu hari ni, betul2 nak clear stok bahan2 dlm esbok/freezer. Sotong dah lama membeku, ada pun dlm 400gm jer. Tak tau nak masak apa dgn sotong ni. Jenguk2 kat esbok, nampak ada daun kunyit. Dtg idea nak masak sotong guna daun kunyit. Pastu amik cili padi sket dan bahan2 lain. Akhirnya dpt hasilkan satu resipi baru.. SOTONG MASAK KUNYIT CILI API.. Kalau ikutkan nak letak Sotong Masak Kunyit Berapi sbb rasanya mmg pedas dan berapi!! hehe.. Bg K.Nor, suami dan anak2 (Naim dan Aisyah) mmg sedap masakan ni. Lain kali nak cuba dgn udang pulak.. hehe Pada sesiapa yg nak cuba tu, kalau kurang suka pedas2, boleh kurangkan cii api yg digunakan ya.. Slmt mencuba dan semoga kena dgn selera :)


SOTONG MASAK KUNYIT CILI API
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
400gm sotong
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

3 biji bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
5 biji cili api merah dan hijau ~ dihiris
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
perahan limau kasturi/nipis
garam & sedikit gula
minyak

Gaulkan sotong dgn garam dan serbuk kunyit.
Panaskan 2 sudu besar minyak dan goreng sotong 1/2 masak.
Angkat dan ketepikan.
Panaskan 3 sudu besar minyak dan masukkan bawang merah dan bawang putih.
Goreng hingga kekuningan dan masukan cili api dan daun kunyit.
Goreng hingga wangi dan masukkan sotong, garam dan sedikit gula (jika suka)
Masak hingga sotong masak (kalau terlalu kering boleh lah dimasukkan sedikit air)
Masukkan perahan limau kasturi/nipis dan padamkan api.
Kacau2 hingga sebati.
Angkat dan hidangkan.