f Secubit Garam: Takziah...

Thursday, March 10, 2011

Takziah...


Semalam K.Nor dikejutkan dengan berita 2 kematian, yg pertama cikgu dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Khairiah, Kuala Terengganu, sekolah tempat Aisyah belajar. Arwah yg memandu sorang diri dalam perjalanan ke Setiu telah terbabas dalam hujan lebat. Arwah merupakan cikgu yg mengajar tingkatan 4 dan 5 dlm subjek Kimia kalau tak silap K.Nor. Lepas dpt berita kematian tu, suami K.Nor terus pergi menziarahi jenazah di Tok Jembal, K.Trg. (K.Nor tak pergi sbb suami pergi dgn 2 org kawan lelakinya. kebetulan suami K.Nor dan kawan2nya ni merupakan kenalan pada abg ipar arwah). Agak sedih kerana arwah yg masih muda meninggalkan sorang bayi berusia 9 bulan. Berita lanjut tentang tragedi ni boleh tengok kat SINI..

Satu lagi kematian yg memilukan dan buat K.Nor menitis air mata adalah kematian dlm kecelakaan jalanraya jugak yg berlaku pada salah sorang sahabat anak K.Nor. K.Nor dpt panggilan dari sorang teman yg merupakan ibu pada sorang lg sahabat anak K.Nor. Terkejut sangat bila diberitahu tentang kematian arwah Khairul Hakimi. Arwah merupakan salah seorang sahabat yg sangat rapat dgn Along dari sekolah menengah lagi (SMA Sheikh Abd Malek) Dia org ni dalam satu kumpulan yg mmg rapat, selalu gak datang rumah K.Nor masa Along masih sekolah dulu. Tiap kali raya dia org ni mesti datang beraya dan yg buat K.Nor terharu walau Along tak balik beraya (masa tu berada di Jordan) arwah dan geng2 Along yg lain pasti datang beraya di rumah K.Nor dan rumah teman2 lain yg tak pulang beraya. Betapa dia org ni menghargai sahabat dan jugak keluarga sahabat walau berpisah jauh. Sayunya hati, sebak bila terbayang wajah arwah yg sentiasa ceria dan ramah.


Arwah merupakan pelajar tahun akhir UTP yg dlm perjalanan pulang bercuti. Dia yg duduk disebelah pemandu yg mengalami luka yg teruk, meninggal di tempat kejadian. Manakala rakan2nya yg lain terselamat. Lelaki bangsa Cina yg terbabas dan melanggar kereta yg dinaiki arwah mulanya dikatakan selamat tp baru sekejap td teman K.Nor cakap yg dia pun dah meninggal jugak. Wallahua'lam.. Begitulah kan, walau bukan kesilapan kita masa memandu, tp atas kecuaian org lain, org lain yg menjadi mangsa. Cerita lanjut di SINI.. Lagi berita tentang arwah.. SINI dan SINI..

Ya Allah, ampuni dan rahmati lah roh2 mereka berdua, jauhkanlah mereka dari azab dan fitnah kubur. Luaskanlah kubur mereka dan jadikanlah kubur mereka sebagai taman syurga. Tempatkanlah mereka bersama golongan yg beriman dan beramal soleh. Jadikanlah mereka penghuni syurga Mu yg abadi. Dan berikanlah kekuatan dan ketabahan buat keluarga mereka yg ditinggalkan..

Airmata tak dapat ditahan, mmg terasa sedih sgt. Bila anak2 rapat camni, terasa yg dia org pun cam anak sendiri.. Semoga Allah melindungi anak2 kita semua yg lain dari sebarang mala petaka dan bahaya bencana.. amin.... Nak away dulu, nak gi ke Kepong, rumah arwah Khairul Hakimi utk ziarah jenazah dan keluarga arwah.. Jumpa lagi.. Hadiahkan lah Al Fatihah buat arwah ya.. Terima kasih...

Gambar yg ada dalam simpanan, tak sempat nak cari gambar2 lain yg lebih jelas lagi rupa arwah..