Saturday, April 30, 2011

Jom Makan Colek...

ASSALAMUALAIKUM....

Sila sediakan tisu@kain lap andai ada yg menjejeh tu ya.. :)

Colek Buah@Rojak Buah, hanya menggunakan buah mangga yg masam dan jambu batu dan kuah rojak Mak Bee. Kacang tanah dah kehabisan stok.. cukup la kacang tanah yg dah sedia ada dlm kuah rojak tu ya.. :)

Friday, April 29, 2011

Konyakku Jelly Lagi..

ASSALAMUALAIKUM...


Memenuhi selera anak2 yg nak makan jelly yg mudah disediakan dan sedap dimakan ni.. Nyaman sekali bila dimakan sejuk2.. Konyakku Jelly dgn Kiwi.. sedap!

Kung Pao Chicken

ASSALAMUALAIKUM...

Layan gambar ajer la ya.. Tak leh nak cakap banyak, dah 2 hari kepala berdenyut.. Cuaca yg panas sgt agaknya..


KUNG PAO CHICKEN
sumber : Cik Wan Taipei
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Perapkan bersama 15minit:
sekeping dada ayam (saiz kecil) dipotong kecil 3/4 ekor ayam
2 sudu besar sos tiram 4 sudu besar
1 sudu kecil tepong jagung
Cara:- goreng hingga ayam masak tapi tak perlu garengkan, ketepikan.

Bahan Sos disatukan:
1/4 cawan air pati ayam 1/4 cawan air + 1/2 kiub pati ayam
1 sudu besar kicap manis 2 sb
2 sudu besar sos cili bawang putih 3 sb sos cili
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil tepong jagung. tak letak

Bahan Tumis:
1 sudu besar minyak bijan + 1 sudu besar minyak biasa 2sb
8 biji cili kering@ 3sudubesar dry chili flakes letak dua2 (1sb serbuk cili kasar)
2 biji bawang putih*
Halia muda sebesar ibu jari* dihiris
1/3 cawan kacang gajus yang telah dipanggang. tak letak
capsicum merah dan hijau ~ K.Nor tambah..


Cara-cara:
Tinggalkan 1(2) sudubesar minyak ayam tadi dan campur minyak bijan.
Panaskan dan tumis bawang putih dan halia hingga layu.
Kemudian masukkan cili kering, tumis hingga cilli sedikit gareng.
Masukkan bahan sos dan masak hingga sedikit pekat dan naik bau.
Masukkan isi ayam tadi dan gaul rata selama 5 minit kemudian masukkan gajus dan kacau untuk sebatikan.
Sedia untuk dihidang.


## K.Nor tambah capsicum hijau dan merah yg dipotong dadu
## K.Nor buat yg bertanda merah


Thursday, April 28, 2011

Lychee Panna Cotta

ASSALAMUALAIKUM...


Satu dessert yg sangat enak dimakan tambah lagi di musim panas terik skrg ni.... Resipi hasil olahan dari beberapa resipi panna cotta, hasil dr kerja menggoogle.. Selamat mencuba...

LYCHEE PANNA COTTA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 tin laici
2 cawan susu low fat/full cream
2 sudu besar gula
3 sudu kecil gelatin ~ K.Nor guna gelatin halalgel
3 1/2 sudu besar air
1 /2 sudu teh esen vanila
1 paket jelly strawberi

Cara:
Ketepikan 5 - 6 biji laici. Blend lebihan laici bersama dgn 1 cawan jus laici.
Blend sampai betul2 halus dan tapis. Ambil air dan ketepikan.
Masukkan gelatin ke dalam mangkuk berisi 3 1/2 sudu besar air dan biarkan ia mengembang.
Masukkan susu, gula dan air laici yg ditapis tadi ke dalam periuk.
Masak hingga hampir mendidih dan hendaklah sentiasa dikacau.
Padamkan api dan masukkan vanila dan gelatin yg dah kembang tadi.
Kacau hingga sebati dan gelatin larut.
Biarkan sejuk, baru lah dituang ke dalam gelas.
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 3 jam.
Masak jelly mengikut arahan di kotak dan biarkan sejuk.
Tuangkan ke atas Lychee Panna Cotta perlahan2. (pastikan jelly dah sejuk dan panna cotta dah membeku/set supaya jelly tak tenggelam ke dalam panna cotta)
Masukkan kembali panna cotta ke dalam peti ais dan biarkan sejuk.
Hiaskan dgn hirisan laici sebelum dihidangkan.

* laici yg diblend bersama jus laici td akan menghasilkan lebih kurang 1 1/2 cawanair laici selepas ditapis.

Ayam Masak Hijau Berempah

ASSALAMUALAIKUM...

Tak berapa nak hijau padahal masa menumis rempah dah jelas warna hijau, bila dimasukkan ayam terus hilang kaler hijau timbul kaler kuning padahal guna serbuk kunyit sket jer tu..

AYAM MASAK HIJAU BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3/4 ekor ayam ~ dipotong
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada sulah
5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia *
3 biji cili hijau *
5 - 7 bj cili padi hijau *
1 pokok daun sup * ~ (* diblend)
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 cawan air
garam
gula
1 biji limau nipis
secekak kacang buncis ~ dipotong
1 biji cili ~ dihiris serong
sedikit hirisan daun sup ~ utk ditabur
minyak

Cara :
Panaskan minyak dan goreng ayam yg diperap dgn garam dan serbuk lada sulah hingga masak.
Toskan.
Tinggalkan 5 sudu minyak dan masukkan bahan2 yg diblend.
Tumis hingga garing dan masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih.
Tumis hingga wangi dan masukkan 1/2 cawan air.
Biarkan hingga pecah minyak dan masukkan garam, gula dan ayam yg digoreng tadi.
Gaul hingga sebati dan masukkan perahan limau nipis, kacang buncis dan cili yg dipotong serong.
Goreng seketika dan padamkan api.
Hidangkan dlm pinggan dan taburkan hirisan daun sup.

*K.Nor dah edit sket dlm resipi ni ya. Untuk elakkan ayam jd warna kuning, sila skip serbuk kunyit tapi gantikan dengan serbuk lada sulah..


Wednesday, April 27, 2011

Kerabu Daging Dgn Mangga Muda

ASSALAMUALAIKUM...

Sebelum ni K.Nor pernah dan selalu gak buat kerabu daging yg diberi nama Daging Gril Pedas, resipi Thai yg sangat sedap. Dah ramai yg mencuba Daging Gril Pedas ni dan menggemarinya kan. Kali ni K.Nor cuba hasilkan satu resipi kerabu daging yg lebih kurang jugak dgn Daging Gril Pedas tapi dimasukkan beberapa bahan tambahan utk menambah keenakkan kerabu daging ni.. Jom tengok resipi..


KERABU DAGING DGN MANGGA MUDA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
350gm daging batang pinang
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu besar kicap

Perap daging dgn kesemua bahan selama 1/2 - 1 jam.
Bakar /gril hingga masak (boleh juga dimasak atas frying pan)
Hiris daging nipis2 dgn kaedah melawan urat supaya daging tidak liat.
Ketepikan.



Bahan lain:
1/2 biji bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 batang serai ~ dihiris nipis
5 - 7 biji cili padi ~ dihiris
1 biji mangga muda ~ disagat halus
1 sudu besar cili serbuk kasar
2 sudu besar sos ikan
1 sudu besar gula
1 biji limau nipis ~ diambil airnya
daun pudina ~ dicarik2kan
daun ketumbar ~ dihiris

Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaul.
Masukkan pula daging yg dah dihiris tadi dan gaul lagi hingga sebati.
Perapkan seketika baru lah dihidangkan.

* K.Nor tak letak garam sbb dah ada rasa masin dari sos ikan dan daging juga telah diperap dgn garam sebelum dibakar.


Tuesday, April 26, 2011

Bunga Dari Antan Bertingkah..

Assalamualaikum..

Hari ni adalah ulangtahun pertama AntanBertingkah.Blogspot.Com. Tahniah dari K.Nor buat Yumy Adiza (harap2 betul la nama empunya Antan Bertingkah ni ya.. hehe) Teruskan berkarya dan menambah kenalan alam maya.. mudah2an blog AntanBertingkah akan menjadi blog yg top suatu masa nanti.. insyaallah..


Ni K.Nor angkut bunga ros dari Yumy, special dari dia buat teman2 blogger. Terima Kasih dari K.Nor buat Yumy dan semoga sudi menerima balasan bunga ni pulak dari K.Nor ya... :)


Ayam Sos Plum Bersama Mangga Muda

ASSALAMUALAIKUM..

Lewat betul dapat bersiaran hari ni. Disebabkan banyak hal yg perlu disettlekan, ni baru berpeluang utk post menu lunch yg sangat menyelerakan ni. Resipi asal hasil skodeng dapur Diana@Melley Mey. Bermacam2 resipi yg mengancam ada kat dapur Diana ni. Ni kali ke2 K.Nor mencuba masakan dr dapur Diana. Insyaallah lepas ni ada lagi menu hasil skodeng dapur Diana :)


Resipi asal adalah Ayam Sos Plum yg mana kaedah ayam tu dikukus dan pengunaan bahan yg berbeza dr yg K.Nor guna ni. Diana gunakan nenas dlm masakannya tapi disebabkan tak ada stok nenas dan ada ahli dalam rumah ni yg tak menggemari nenas (terutamanya si tukang masak dan Naim) jadi K.Nor tukar kepada buah mangga. Kebetulan ada stok mangga muda hasil petikan kat pasar Manir baru2 ni.. hehe Opss.. lupa nak beritau, K.Nor tak kukus ayam yg dah diperap tu sebaliknya K.Nor goreng jer hingga masak. Kalau nak tengok resipi asal dan cara penyediaan yg asal boleh klik kat link Diana@Melley Mey tu ya.. Ni semua dah mintak izin tuan empunya resipi utk derhaka resipi asal. Mekasih Diana. Alhamdulillah.. sedap masakan ayam ni, dgn rasa masam2 dari sos plum dan mangga muda juga rasa pedas2 yg K.Nor tambahkan cili api dalam tu. Pastu ada pulak wangi daun ketumbar yg ditabur masa menghidang, membangkitkan selera bila makan. Try la...


AYAM SOS PLUM Bersama MANGGA MUDA
resipi : K.Nor@SecubitGaram
resipi olahan dari Ayam Sos Plum by Diana@Melley Mey

Bahan:
800 gm ayam ~ dipotong kecil
2 biji mangga mudah ~ disagat panjang
sedikit hirisan daun ketumbar ~ utk ditabur

Bahan Perap:
2 sudu besar sos lada hitam
1/2 sudu kecil garam

Bahan A:
5 ulas bawang merah ~ dicincang
3 ulas bawang putih ~ di ketuk dan dicincang
1 in halia ~ diketuk dan dicincang
3 biji cili merah ~ dibuang biji dan dicincang
5 - 7 biji cili api hijau ~ dihiris

Bahan B:
3 sudu besar sos plum ~ k.nor guna brand life
2 sudu besar sos cili thai
1 sudu besar sos tiram
garam
gula

Cara:
Perapkan ayam bersama bahan2 perap selama 30 min atau lebih.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak (tp jgn sampai garing).
Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan lebih kurang 5 sudu besar minyak dalam kuali dan tumis bahan2 A hingga wangi dan sedikit garing.
Masukkan bahan B dan goreng lagi hingga pecah minyak.
Ambil sebahagian dari bahan tumisan dan ketepikan.
Masukkan ayam dan hirisan mangga muda kedalam kuali dan gaul hingga rata. (tinggalkan sedikit hirisan mangga muda utk ditabur atas hidangan nanti)
Goreng seketika supaya rempah tumisan menyerap ke dalam isi ayam.
Angkat dan hidangkan atas pinggan.
Letakkan bahan tumisan yg diasingkan tadi dan tabur lebihan hirisan mangga muda.
Taburkan pula hirisan daun ketumbar dan sedia utk dimakan.


Monday, April 25, 2011

Bread & Peach Pudding

ASSALAMUALAIKUM..

Percubaan membuat kelainan pada puding roti dgn menggoogle mencari resipi yg berkenan di mata. Hasilnya K.Nor jumpa satu resipi Peach Pudding. Dah save lama resipi ni tapi terlupa la pulak nak copy add/link tu.. Ada sedikit pengubahsuaian bahan2 atau dgn kata yg lebih mudah, versi derhaka yg K.Nor buat ni. K.Nor translate mengikut apa yg K.Nor dah ejjas ya.. Ada silap sket masa kaedah membakar tu. Sepatutnya bahagian meringue tu dibakar hingga menjadi brown/perang tp K.Nor dah keluarkan lebih awal jd meringue tu still berwarna putih lagi kan.. K.Nor tak nak buah peach tu jd burn dan dry sgt, tu yg keluarkan sebelum sempat meringue jd brown.. Tak kisah lah.. janji syedap :)


Apapun, Alhamdulillah.. puding ni mendapat sambutan yg baik oleh semua ahli dlm rumah ni. Sekali hadap jer dah licin.. hehe.. Sedap la tu.. :)


BREAD & PEACH PUDDING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 cawan susu segar
4 keping roti sandwich ~ dipotong dadu
1 biji telur A ~ asingkan
1/3 cawan gula castor ~ asingkan 1 sudu besar
secubit garam ^__^
parutan kulit lemon
1 sudu besar jus lemon
1 sudu besar mentega cair
1 sudu teh cream of tartar ~ k.nor gantikan dgn 1 sudu teh jus lemon
sedikit buah peach dalam tin
air panas mendidih secukupnya utk kaedah waterbath

Cara:
Panaskan oven 175C.
Masukkan roti yg dipotong dadu dan susu segar kedalam sebuah mangkuk dan kacau hingga sebati.
Dalam sebuah mangkuk yg berasingan, campurkan kuning telur, gula castor, garam, parutan kulit lemon, jus lemon dan mentega cair. Pukul dgn handwisk hingga sebati.
Tuangkan ke dalam mangkuk berisi roti dan susu segar tadi.
Gaul hingga sebati dan tuangkan ke dalam mangkuk tahan panas yg dah digriskan.
Bakar dalam oven dengan kaedah waterbath selama 30 - 45 min.
Pukul putih telur hingga membentuk soft peak, masukkan jus lemon. Pukul lagi.
Kemudian masukkan gula dan pukul hingga menjadi stiff peak (kental/bertanduk).
Keluarkan puding roti dari oven dan tuangkan adunan putih telur/meringue. Ratakan.
Susun atur hirisan buah peach di atasnya.
Masukkan ke dalam oven yg dinaikkan suhu kepada 185C dan bakar lagi selama 10 - 15 min sehingga meringue menjadi perang.
Keluarkan dari oven dan hidang ketika puding masih suam2 panas.


Ayam Paprik

ASSALAMUALAIKUM...



Layan menu Ayam Paprik arini ya.. Menu yg senang, 2 in 1. Dah masukkan sayur2 dalam tu, tak perlu masak menu sayur yg lain.. Tak ada resipi khusus nak buat ni, main campak jer. Saja tayang kat sini, kut2 boleh bg idea  pada org lain utk masak.

Sunday, April 24, 2011

Telur Masak Taucu

ASSALAMUALAIKUM...

Sunyi sepi jer di hari minggu kan, jadi K.Nor pun tak nak pot pet banyak2.. Jom layan Telur Masak Taucu dan Kacang Bendi Goreng Bertelur.


TELUR MASAK TAUCU
sumber : Ayu S'pore
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients:-
3-5 biji telur
3 ulas bawang merah-dihiris
2 ulas bawang putih -dihiris
1biji lada merah dibuang bijinya dihiris-(Ayu tambah)
3 bj cili api ~ dipotong serong ~ k.nor tambah
1 inci halia-(Ayu gunakan sikit aje) ~ k.nor guna 1/2 in jer
1 sudu besar taucu ~ k.nor tumbuk
sedikit asam jawa
1 sudu kecil gula
minyak untuk menumis
garam secukupnya kalau perlu- sebab taucu dah masin

Method:-
Goreng telur mata lembu/kerbau macam biasa. Gunakan minyak sedikit.Jangan sampai garing, kalau goreng separuh masak lagi sedap. Angkat telur dan letakkan dalam pinggan. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sampai naik bau. Masuukan taucu(kalau minyak sikit sangat, nanti taucu hangit jadi tambah air panas kalau nampak macam nak hangit.) Masukan air asam jawa. Kalau nak sedap, asam direndam dengan air panas supaya pekat. Masukkan gula. masak sampai mendidih dan kuah pekat. Tuangkan kuah diatas telur.


Kacang Bendi Goreng Bertelur


Bun Inti Coklat

ASSALAMUALAIKUM...



Jom sarapan dgn Bun Inti Coklat. Menggunakan Basic Doh utk bun dan Chocolate Filling sebagai intinya. Nak resipi, klik aje kat link tu ya.. ^___^

Saturday, April 23, 2011

Ayam Goreng Berempah IV

ASSALAMUALAIKUM...

Menu hari ni... Ayam Goreng Berempah 4 dan Sayur Pedas Batang Keladi. Untuk resipi Sayur Pedas Batang Keladi boleh tengok kat SINI. K.Nor cuma letak resipi Ayam Goreng Berempah 4 jer ya.. Resipi ni lebih kurang jer dgn resipi Ayam Goreng Berempah yg lain cuma ada penambahan cili kering yg memberikan sedikit kelainan pada ayam goreng ni, wangi dan cili kering tu juga rangup jer bila dimakan. Selamat mencuba..

Ayam Goreng Berempah 4

AYAM GORENG BEREMPAH IV
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
1 sudu besar cili mesin
1 1/2 sudu besar rempah kari ayam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu kecil garam
1 sudu besar cuka
7 tangkai cili kering ~ digunting/hiris serong
1 tangkai daun kari
sedikit air
minyak utk menggoreng

Cara:
Gaul kesemua bahan kecuali ayam dan minyak.
Masukkan ayam dan gaul hingga sebati.
Perap sekurang2nya 1/2 jam.
Panaskan minyak dan goreng sehingga ayam masak dan garing. (gorengkan juga daun kari dan cili kering)
Angkat dan toskan.
Bolehlah dihidangkan panas2.


Sayur Pedas Batang Keladi


Special Utk Naz

ASSALAMUALAIKUM...

Dah banyak hari berhutang dgn Naz yg nak tengok acuan silicon yg K.Nor gunakan utk buat Agar2 Santan Gula Melaka tempoh hari. Maaf ya Naz, asyik terlupa jer. Ok.. tayangan amal ni special utk Naz.. Hutang dah jelas ya.. hehe


Silicon mould ni K.Nor beli kat kedai baking (Mee Soya) di K.Trg ni jer. Harga dlm $20.00 per piece. Rasanya kalau nak suruh tulun belikan tak boleh dah sbb dah tak ada stok bila K.Nor gi kedai tu last week. Kualiti mould ni tak la sehebat silicon mould yg branded or yg mahal2 tu.. K.Nor tak guna lagi utk baking, just buat puding/agar2 jer setakat ni. Memang senang nak keluarkan puding/agar bila guna SM ni.. Tolak2 sket dah keluar dgn cantik. CMG dan Ummi Kuantan pun ada guna gak mould cam gini kalau tak silap.


Kelebihan mould ni, mudah utk proses penyimpanannya, boleh dilipat2 dan tak makan space yg banyak. Tip masa nak membuat puding/agar, alaskan mould ni dgn loyang atau dulang sebelum menuang adunan puding/agar supaya senang nak angkat dan masukkan dlm peti ais.


Friday, April 22, 2011

Smutiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.............. ^___^



Sapa pernah buat Watermelon Smothie ni? Resipi dari Yani MyResipi ni.. Tak pernah buat? Rugi.. rugi.. try la buat.. sedap ni tau.. Kalau ada lebihan tembikai tu, nak2 tembikai yg kureng manis potong2 dan letak dlm bekas plastik dan simpan biar ia bertapa, keras kejung dlm freezer. Tp jgn la lupa buang kulit tembikai tu ya.. Pastu kena ada susu fresh dan yogurt yg plain punya. Pastu ikut resipi kat bawah ni dan boleh lah nikmati Watermelon Smothie yg menyegarkan anak tekak ni. K.Nor pun perah dah buat dulu menggunakan tembikai kaler kuning, pun sedap! Jom la try.. :)


WATERMELON SMOOTHIE
resipi : Yani Myresipi

Bahan-bahan:
500g tembikai
200ml susu segar
100ml plain yogurt
3 sudu besar gula
sedikit hirisan tembikai utk hiasan
sedkit chocolate chips utk hiasan
Daun pudina utk hiasan

Cara-cara
Potong dadu tembikai selebih kurang saiz ais kiub dan buang bijinya. Frozen tembikai tadi lebih kurang 4-5 jam.
Masukkan tembikai yg dah difrozen ke dalam mixer/blander. Masukkan juga susu segar,yogurt dan juga gula. Kisar sehingga jadi bentuk smoothie.
Tuangkan ke dalam gelas yg sesuai dan hias dengan hirisan tembikai, chocochips dan juga daun pudina.





Nasi Goreng Cencaluk

ASSALAMUALAIKUM...

Dah dah la tu ya jamu mata dgn Mexico Bun tu. Kita layan menu lunch pulak ni, lepas ni ada satu lagi n3, iaitu n3 penyegar anak tekak.. hehe Sebelum tu, nak citer pasal nasi goreng ni dulu. Sebelum ni pernah tengok Mokwo buat Nasi Goreng Cencaluk. Dah save resipi tp terlupa nak gi intai balik. Duk ralit sgt "bukak kelas masakan kat muka buku sambil melayan kerenah anak2 murid yg mcm2 kerenah" sampai terlewat masuk opis. K.Nor try aje la godek Nasi Goreng Cencaluk ni ikut style K.Nor sendiri. Mulanya nak letak bunga kantan tp bila check dlm esbok, bunga kantan dah abis. Jadi K.Nor letak serai aje la utk mewangikan nasi goreng ni.


Alhamdulillah.. menjadi gak Nasi Goreng Cencaluk. Makan dgn keropok keping@ikan mmg la sedap kan.. Jom tengok resipi, kut2 mana tau ada penggemar cencaluk nak cuba Nasi Goreng Cencaluk ni..

NASI GORENG CENCALUK
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 mangkuk nasi
200 gm isi ayam ~ dipotong kecil
1 biji bawang besar ~ dihiris/dadukan
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 batang serai ~ dihiris halus
7 - 9 biji cili api merah & hijau ~ dihiris serong
1/2 cawan cencaluk ~ ditapis, buang air
sedikit hirisan kobis
1 biji telur ~ dipukul sedikit
7 - 9 biji tomato cheri ~ dibelah 2
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga layu.
Masukkan bawang putih dan serai.
Goreng lagi hingga terbit bau dan masukkan isi ayam.
Goreng sehingga ayam masak dan masukkan cili api dan cencaluk.
Kacau hingga sebati dan kaup ke tepi kuali.
Masukkan telur dan biarkan masak sedikit dan kacau hingga menjadi scramble egg.
Kacau semua bahan2 dan masukkan hirisan kobis.
Bila kobis sedikit layu, masukkan nasi dan kacau goreng lagi sehingga sebati.
Perasakan dgn garam jika perlu (hati2 memasukkan garam sbb dah ada rasa masin dari cencaluk)
Masukkan tomato chery dan goreng seketika pastu boleh lah diangkat dan dihidangkan dgn keropok ikan dan ulaman spt timun.


Mexican Bun

ASSALAMUALAIKUM...

Lamaaaaaaaaaa sgt tak buat roti mexico ni. Terasa pulak nak makan bila dah lama tak buat kan.. Walaupun "gergasi" ada sebelah pagar jer, bukannya gi beli pong.. Rasanya pernah beli 2x jer roti mexico ni kat "gergasi". ermmm heran gak rasanya 'budak roti' pun ada dalam "gergasi" tu tp tak pernah pulak K.Nor beli.. Tiap kali masuk dlm "gergasi", bukannya tak terpikat dgn bau harum roti ni yg menyeru2 tapi nafsu nak beli tu tak menjelma kut hehe.. Tekak nak makan yg buat sendiri agaknya :)


Dulu2 pernah buat Mexican Bun ni menggunakan resipi Lilydvalley MyR. Baru2 ni tengok kat Grace Kitchen Corner ada gak resipi Mexican Bun, terus K.Nor save. Pastu tadi masa nak godek topping dan filling bun ni, K.Nor compare resipi Grace dgn resipi Lily, sama saja rupanya. Jadi K.nor maintain la guna resipi Lily cuma K.Nor buat 1/2 jer sukatan filling dan topping tu. Dulu2 buat 1 adunan, rasa cam banyak sgt jer lebih. Memang boleh disimpan dalam freezer tapi saja nak buat 1/2 adunan jer. Terpulanglah pada sapa2 yg nak cuba tu, nak buat 1 atau 1/2 adunan ya..


Opss.. Lupa nak beritau, utk doh roti tu, K.Nor guna resipi Basic Doh. Kalau nak cuba doh yg Lily ni pun tak ada masalah, pun lembut dan sedap jugak.

FILLING & TOPPING (MEXICAN BUN)
sumber : Lilydvalley MyResipi
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Filling
200 gm mentega
1/2 teaspoon vanilla essence
70 gm brown sugar

Topping
200 gm mentega (100gm)
160 gm gula icing (80gm)
3 biji telur grade A- pukul sedikit (1 1/2 bj telur A)
1 sudu kecil perisa kopi- boleh diganti dgn melarutkan 2 sudu besar instant coffee dengan 1 sudu besar air panas. (1 sudu besar nescafe +1 sudu besar air panas)
200 gm tepung gandum (100gm)

Cara:
Filling - Pukul mentega dgn mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. Masukkan essence & gula perang. Simpan di dalam peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.

Topping - Putar mentega dgn mixer pada kelajauan sederhana selama 5 minit. Perlahan2 masukkan telur,gula icing, & coffee flavoring. Ayakkan tepung kedalam adunan and putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Simpan di dalam petisejuk sehingga sedia utk digunakan. (k.nor masukkan dlm piping bag)

*yg berwarna merah adalah yg K.Nor buat


Thursday, April 21, 2011

Ikan Aji2 Masak Kari

ASSALAMUALAIKUM..

Satu lagi menu yg digandingkan dgn Ayam Goreng Madu dalam n3 Nasi Daun Pisang. Resipi kari ikan ni asalnya dari Love2Cook. Saja nak mencuba stail baru memasak kari ikan. Love gunakan ikan senangin manakala K.Nor guna ikan aji2. Sedap kari ni tambah lagi bila dimakan dgn berpinggankan daun pisang.. Tq Love for sharing the recipi. Izinkan K.Nor share kat sini lak ya..


THREADFIN FISH CURRY / IKAN SENANGIN MASAK KARI
by love2cook
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients :~
2-3 slices of Threadfin ~ cleaned
1/2 tsp mixed spice seeds (mustard seeds, cumin seeds & fenugreek seeds)
4 garlic cloves ~ chopped
1/2 inch ginger ~ chopped
1 onion ~ sliced
2 green chillis ~ sliced
1 stalk lemongrass ~ lightly crushed
1 sprig curry leaves
3-4 large lady fingers ~ chop off both edges
3 cups of water
2 tbsps fish curry powder
1 tbsp chilli powder
1 tsp turmeric powder
80ml coconut milk ~ optional ( I added)
1 large tomato ~ cubed
2/3 tsp tamarind paste
Oil

Method :~
Heat oil in wok. Saute mixed spice seeds. Add onion, green chillis, lemongrass and curry leaves. Stir until fragrant, add garlic and ginger. Stir for 1 minute.
Add water, tamarind paste, fish curry powder, chilli powder, turmeric powder and salt. Mix well and let it boil for 5 minutes.
Add coconut milk and lady fingers. Let it boil again for 5 minutes. Add tomatoes.
Now, add the fish blocks. Cover the wok and cook under medium heat for another 8 minutes or until fish is cooked. Stir gently once awhile.
Check for salt and dish out.

*** Adjust the amount of water used according to your preference. I'd always prefer thick curries.


Ayam Goreng Madu

ASSALAMUALAIKUM...

Ini adalah salah satu lauk yg menjadi geng Nasi Daun Pisang tadi. Resipi dari Diana Mey yg baru jer K.Nor kenali dalam alam maya ni. Banyak resipi yg sedap2 dlm dapur Diana, insyaallah lepas ni ada lagi resipi2 yg bakal K.Nor cuba.. Thanks ya Diana, K.Nor share resipi tu kat sini pulak ya.. :)


AYAM GORENG MADU
resipi : Sky Blue's Kitchen (Diana)
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bhn²
1 kg dada ayam _ d potong dadu kecil
150 ml cuka
3 batang serai _ d titik
2 biji bawang besar _ d hiris bulat
5 ulas bawang merah _ d hiris
6 ulas bawang putih _ d hiris
1 inci halia _ d hiris
8 biji cili padi ( Bird's Eye Chillies berwarna hijau )
3 batang daun kari
Minyak untuk mengoreng

Bhn² Perap
1 tbsp kicap cair
1 tsp serbuk lada hitam
3 tbsp tepung jagung
1 tbsp madu
1/2 tbsp serbuk kunyit
1/2 tsp garam
1 tbsp gula

Bhn² A
1 1/2 tbsp kicap cair Loon Kee
1 tsp seasoning Maggi
2 tbsp madu
1 tsp perencah pati ikan bilis Tumix
Garam dan gula secukup rasa ( jika perlu )

Cara²
Cuci ayam bersama cuka.. Kemudiam cuci dengan air seperti biasa.. Toskan.
Perap ayam bersama bhn² perap selama 1 jam atau lebih.
Goreng ayam d dalam minyak yang banyak sehingga masak kekuningan.. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan serai sehingga terbit aromanya.
Kemudian masukkan cili padi dan daun kari.. Tumis seketika lagi.
Setelah itu masukkan ayam dan bhn² A.. Gaul dan masukkan bawang besar.
Masak seketika dan angkat.
Makan ketika ianya masih panas bersama nasi putih.


Nasi Daun Pisang

ASSALAMUALAIKUM...

As per request by si anak teruna, si tukang masak pun buat la dgn senang hati. Nak tau apa yg direquest oleh Naim ni? Jom layan....


Yer.. betul.. Naim yg request nak makan ni. Si emak, si ayah, si anak dara dan si anak bongsu pun tumpang sama la menikmati keenakkan makan nasi berpinggankan daun pisang. Memang syok, tambah2 lagi bila nasi dan lauk2 tu panas2, aroma daun pisang tu yg menyedapkan makanan yg disuapkan ke mulut. Luqman yg jenis banyak songeh tu pun ikut sama suka makan nasi beralaskan daun pisang. Siap mintak, lepas ni mak buat lagi ya... hehe Untung arini, tak payah basuh banyak pinggan.. ^___^


Lauk2 yg digandingkan tu akan K.Nor masukkan n3 lepas ni ya.. Tungguuuuuuuu......... ^___^

Wednesday, April 20, 2011

Agar-Agar Santan Gula Melaka

ASSALAMUALAIKUM...

Banyak sungguh nama bagi agar2 ni kan. Ada yg panggil Agar2 Gudir, Agar2 Gula Melaka dan ada yg panggil Agar2 Lumut. Tak kisahlah, nama yg mana satu pun sbb bendanya sama jer. Yang pasti bukan aje nama tak sama, sukatan bahan2 pun tak sama walau basic ingredients tu sama. Banyak resipi agar2 ni menggunakan agar2 bertali tapi K.Nor lebih suka guna agar2 serbuk sbb lebih cepat sket siap masak. Kalau agar2 bertali ni lambat nak hancur walau kita dah rendam. Lagi satu kena tapis sket kalau guna agar2 bertali.. ermmm... kalau dah kurang ghajen tu ... mcm2 alasan kan.. hehe


Hasil selongkar dapur ke dapur K.Nor jumpa resipi Agar2 Gula Melaka ni tapi diberi nama Agar2 Santan Gula Melaka kat rumah Mek Hana Jepun Kuantan. Resipi asal dari Watie Erman kalau tak silap. K.Nor ikut sukatan yg Hana buat dgn sedikit ubahsuai mengikut bahan yg ada kat dapur. Halal ya Ina, Watie, nak share resipi tu kat sini utk mudahkan rujukan di lain waktu. K.Nor suka teksture puding yg terhasil ni tak pejal sgt dan tak lembik sgt.. just nice :)


AGAR2 SANTAN GULA MELAKA
sumber: Hana

Bahan-bahan
10g serbuk agar-agar (12gm)
1/2 cawan gula merah (nisan)
1/4 cawan gula putih
1150 ml air (1100ml)
120ml air campur 1 paket santan serbuk(Akak guna jenama KARA) (170ml santan pekat)
1 biji telur dipukul dengan santan tadi
secubit garam
1 helai daun pandan

Cara-cara
Masak air dengan gula dan daun pandan (kalau guna gula merah cap bintang tak payah tapis)
bila gula sudah larut masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga semuanya larut
Kecilkan api
kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih
Tuang kedalam acuan yang anda suka
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk.

* yg kaler merah tu sukatan yg K.Nor buat.


Mocha Almond Muffin

ASSALAMUALAIKUM...

Jom layan muffin, resipi dari TiffinBiru.. Mntak izin ya Che Mat, K.Nor nak kopipes resipi kat sini.. Mekasih..


MOCHA ALMOND MUFFIN
resipi : CMGebu
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
90 gram mentega
70 gram gula halus
110 gram tepung gandum*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan diayak)
1 biji telur gred A
50 ml susu segar
3/4 camca teh esen vanilla
1 camca teh mocha flavor
Cincangan kacang badam secukupnya

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan oven pada suhu 180C, alas acuan mufin dengan paper cup atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
Putar mentega dengan gula halus hingga sebati, masukkan telur dan terus memutar hingga putih dan kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar. Putar sebati
Akhir sekali masukkan esen vanilla dan mocha flavor, kacau rata. Sudukan 3/4 penuh dalam acuan muffin atau muffin cup tadi. Tabur cincangan kacang badam atasnya.
Bakar 20 - 25 minit atau hingga kuning keemasan, sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan... Selamat mencuba untuk semua....


Tuesday, April 19, 2011

Rezeki Lagi..

ASSALAMUALAIKUM..

Bersiaran lagi di malam hari, kes nak masukkan n3 yg tertangguh yg special ni. Alhamdulillah.. kali ni dapat rezeki lagi. Rezeki yg mmg tak pernah terduga. Masa terima tu mmg terkejut sgt. Walaupun dah dapat berita dari si pemberi yg beritau akan hantar buku utk K.Nor. Katanya sebagai hadiah penghargaan setelah dia banyak mencuba resipi2 yg K.Nor postkan dlm blog yg tak seberapa ni. Masakan yg disajikan kepada familinya memenuhi citarasa dia sekeluarga. Masa mula2 nak bagi alamat rumah tu bimbang gak kan maklumlah skrg ni kita tak leh nak jangka perkara yg bakal terjadi. Bila ditanya itu ini, akhirnya K.Nor tawakkal dgn memberi alamat rumah dan jugak no hp utk memudahkan penghantaran parcel tu.

Akhirnya hari Sabtu baru2 ni, tengah duk masak sampai la mr posman hantar parcel. Ingatkan satu parcel jer rupanya 2 parcel! Memang terkejut K.Nor bila dpt 2 parcel. Bila check mmg dua2 parcel tu utk K.Nor. Nak tau apa yg K.Nor terima? Okies... Jom tengok...



Haaa... camna? Apa perasaan anda semua apabila seseorang yg tak kita kenali, tak pernah bersua muka, tak pernah bersembang secara alam maya atau realiti tiba2 memberi sebegini banyak hadiah? K.Nor sendiri speechless, yg lahir dibibir hanyalah Subhanallah.. Tak sangka sungguh! Terharu betul. Terus K.Nor hantar email pada pengirim memberitahu yg buku2 tu dah selamat diterima. Alhamdulillah... Terima Kasih ******* dari K.Nor sekeluarga ya..

Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan buat ******* sekeluarga, membuka pintu rezeki dan memberikan kesihatan yg baik dalam menempuh penghidupan di dunia dan semoga kebahagian sentiasa mengiringi kehidupan mereka di dunia dan di akhirat.. amiin...

** Maaf, K.Nor tak dapat beritau secara detail sapa pemberi budiman tu.. yg pastinya, dia sorang PEREMPUAN ^___^


Ikan Cencaru Sumbat Goreng

ASSALAMUALAIKUM...

Jom cuba resipi Ikan Cencaru Sumbat Goreng yg wangi dgn bau daun kunyit ni. Insyaallah, sedap dan menyelerakan dimakan nasi putih panas2..


IKAN CENCARU SUMBAT GORENG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3 ekor ikan cencaru
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1/2 in kunyit hidup
1 biji cili merah
3 - 5 biji cili api
sedikit belacan
3 sudu besar air asam jawa pekat
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
garam
gula
minyak

Cara:
Belah belakang ikan cencaru, bersihkan dan toskan.
Tumbuk bawang besar, bawang putih, kunyit hidup, cili merah, cili api dan belacan hingga lumat.
Masukkan air asam jawa, daun kunyit, gula dan garam dan gaul.
Masukkan kedalam ikan cencaru dan perap 1/2 jam.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga masak.




Penang CKT

ASSALAMUALAIKUM...

Tayangan amal Penang CKT special utk Mamamya@Lia yg bertanyakan CKT K.Nor tadi. Dua hari lepas Lia tayang CKT yg cik abgnya masak, kebetulan K.Nor mmg plan nak masak CKT gak utk berbuka smlm. Disebabkan kekurangan ghajen nak hapdet tu yg tertangguh ke pagi ni... eh.. dah nak tengahari kan.. hehe..


Cam biasa, resipi CKT K.Nor guna yg Che'Iza punya. Memang suka dgn rasa CKT bila guna resipi Iza ni.. mmg sedap. Baru2 ni beli la CKT kat Simpang Tok Ku. Masyaallah.. cikit bebenor CKT tu tak padan dgn harga 4 hengget sepiring.. Terasa rugi sungguh beli CKT mlm tu. Si anak dara kata baik mak buat, dah la sedap, banyak, makan pun kenyang (tu ayat si anak dara membodek si emak hehe) Udang 2 ekor, kerang pun ciput jer.. kue tiaw? boleh bilang kut berapa helai.. Kuah jer yg lebih.. Boleh cepat buat rumah batu la tokey warung tu.. ish... tak baik merungut, kan.. Tapi nak buat camna, memang agak kecewa la dgn duit yg dikeluarkan. Kalau mahal sket tak per asal sedap dan kenyang makan.. ermm.. dah la ek.. Moral of the story, kena la ghajen kan diri godek sendiri CKT kalau terasa nak makan ^___^


Jemput jamu mata ya, nak offer pun semua dah S E L A M A T ..... ^____^

Monday, April 18, 2011

Konyakku Jelly

ASSALAMUALAIKUM...


Dessert utk penyejuk tekak, Konyakku Jelly. Resipi K.Nor ambil kat rumah Rima lama dah rasanya. Saja nak menerai buat jelly dari serbuk jelly. Sebelum ni K.Nor buat Konyakku Jelly yg readymade dlm pack, dah sedia ada gula. Rasanya agak pejal sket berbanding yg readymade tapi tetap sedap tambah lagi kat dalam tu K.Nor letak buah mangga yg dipotong kiub. Enak jer dimakan sejuk2.


Thanks Rima for the recipi. K.Nor nak share kat sini utk mudahkan rujukan di lain waktu.. Tq ^__^


KONNYAKU JELLY
source : Rima

Ingredients
15 gm. Konnyaku jelly powder
80 gm. fine sugar
170 ml concentrated fruit syrup (i used fruit syrup fm lychee's can)
730 ml. water

Method:
Mix konnyaku powder with sugar and stir well.
Boil water with fruit syrup till it boils.
Pour in konnyaku powder and sugar mixture and stir till dissolves.
Place cut lycee into mini jelly moulds and pour mixture.
Leave to set.
Chill before serving.

Dalam kehijauan ada kebiruan.. nampak tak? nampak tak?
^____^