ASSALAMUALAIKUM...
Bersiaran lagi di pagi Sabtu. Ikutkan plan asal nak publish n3 ni semalam tapi disebabkan lepek sgt2 dah smlm tu yg terpaksa tangguh ke pagi ni. Lepek jiwa dan raga tau.. hehe.. Ni gara2 yis yg kurang elok la ni.. Eh tak baikkan, salahkan yis. Anggap jer tak ada keizinanNya atas apa yg K.Nor lakukan smlm tu utk menjadi dgn elok. Doh roti yg dibuat ni lambat benor naik. Siap nguli (my bibik melayu la nguli ya.. ) pkl 3 tapi lewat petang baru nampak naik sket tu pun lepas peram dalam oben. Bila dah shapekan semua kena tunggu lagi doh utk naik. Perap lagi dlm oben.. Pukul 10 lebih baru la boleh dibakar lepas dah puas hati doh dah kembang dgn elok. Tu pun rasa cam tak berapa cun gak, rasa cam berat jer bun yg dah siap dibakar. Tak per la.. janji bun ni sedap! Ada triple coklat lagi tu.. serbuk coklat, chocolate rice dan chocolate filling. Very the chocolatey ler.. Mekasih pada Ros yg dah berkongsi resipi roti ni dgn semua, Opss.. Lupa nak shoot chocolate filling.. Insyaallah akan K.Nor letak n3 berkaitan dgn chocolate filling ni ya..
CHOCOLATE RICE BUN
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahanya ( untuk doh roti)
300gram tepung roti
sedikit coklat rice@coklat urai
2 sudu besar susu tepung@skim milk
3 sudu besar gula
1/2 biji telur
1 1/2 sudu besar butter@marjerin
120ml susu suam@air suam
2 sudu kecil yis
2 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar water roux
* untuk gliss dan topping*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu dan sedikit coklat rice
Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh kecuali coklat rice dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali coklat rice dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit hingga ke satu jam.
4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, kemudian masukkan coklat rice dan uli sebati, bahagi doh pada 9 bebola kecil dan bulat-bulatkan, susun di dalam acuan petak 18cm atau di atas dulang pembakar, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun dengan bancuhan telur dan toppingkan dengan sedikit coklat rice, bakar pada suhu 180 darjah selama 20-22 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.