Saturday, April 2, 2011

Daging Masak Kari Kering

ASSALAMUALAIKUM..

Untuk 3 hari bermula hari ni, semua n3 adalah n3 berjadual. Awal2 pagi tadi K.Nor sekeluarga dah bertolak ke Kuala Lumpur utk menghadiri majlis perkahwinan anak sdara K.Nor iaitu Yana dgn suaminya Danial yg akan berlangsung pada Ahad malam di Kg Pengantin, Setapak. Insyaallah K.Nor akan pulang pada hari Isnin. Semoga berjumpa lagi ya... :)


DAGING MASAK KARI KERING
resipi : SecubitGaramNor67

350gm daging ~ dipotong
air secukupnya

Rebus daging dgn air hingga empuk. Ketepikan.

~~~~~~~~~~~

bahan2 lain:
7 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 - 2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari ~ bancuh dgn sedikit air
2 tangkai daun kari
2 sudu besar sos tiram
air rebusan daging
jus asam jawa
ubi kentang ~ kali ni tak letak 
garam
gula ~ jika suka

Cara2:
Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing,
Masukkan cili mesin. Goreng lagi.
Masukkan rempah kari dan goreng hingga sedikit kering.
Masukkan 1/4 cawan air dan juga daun kari. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan daging.
Kacau dan masak hingga daging mesra dgn rempah dan masukkan ubi kentang.
Kemudian masukkan sos tiram, air rebusan daging, jus asam jawa, garam dan gula.
Masak hingga kentang masak dan juga kuah menjadi pekat.
Angkat dan hidangkan panas2.