Thursday, April 7, 2011

E-Book Dari Ros@JintanManis

ASSALAMUALAIKUM..

Dalam duk meronda kejap kat muka buku tadi, nampak Ros@JintanManis share satu berita baik, berita terbaru utk semua. Ros dah melangkah setapak ke depan lagi dgn menghasilkan E-Buku (e-book) Resepi Roti dan Panduan Membuat Roti. Alhamdulillah dan Tahniah buat Ros! Semoga usaha Ros ni dapat pulangan yg terbaik dari Allah dan mana2 yg menggunakannya akan mendapat manafaat yg besar dalam menghasilkan roti dari hasil tangan sendiri. insyallah...


Dalam e-book ni Ros ada sertakan pelbagai resipi roti yg pernah dia hasilkan dan juga pelbagai tip dan teknik membuat roti. Kan bagus tu dapat share ilmu yg Allah pinjamkan, betul tak? Insyaallah... ilmu tu nanti akan bertambah berkat dan saham2 akhirat menunggu Ros di atas sana nanti.. Jom lah, pada yg suka dan selalu membuat roti , yataupun pada sapa2 yg suka buat roti tapi roti yg dihasilkan kurang menjadi dan improvekan lagi roti yg dihasilkan.. Cepat download ebook Ros tu.. Ros bagi 2 minggu jer utk download secara percuma ni..Bagi sapa2 yg tak tau cara nak download ke PC or Lappy, Ros ada ajar teknik2 nak download ebook tu.. Mana2 yg berhajat tu silalah ke JintanManis.Com ni ya...

Ros.. pinjam gambar ya.. hehe