f Secubit Garam: French Loaf Dgn Inti Daging & Cheese

Friday, April 15, 2011

French Loaf Dgn Inti Daging & Cheese

ASSALAMUALAIKUM...

Salam pagi Jumaat.. Mudah2an kita semua dalam limpah rahmat dan keberkatan serta dalam perlindungan Allah setiap masa.. amiin...


Dah sarapan belum? Meh sarapan dgn something yg cukup simple tapi sangat2 menyelerakan. Dah pernah buat dulu, dgn menggunakan resipi K.Anim French Loaf With Cheese & Tuna. Kali ni K.Nor tak guna tuna tapi guna inti daging yg memang K.Nor prepare banyak dan simpan dlm freezer. Bila nak buat apa2 mudah, keluarkan dari freezer dan biarkan ia hilang beku dan boleh terus buat apa jer yg nak gunakan inti ni. Nak buat inti pau boleh, inti bun, inti karipap pun boleh.. haaa.. nak guna sbg inti puff pun boleh. Senang kerja kan..


Berbalik pada menu sarapan hari ni, bila dah tak letak tuna takkan nak bg nama yg sama kan. Kena la tukar nama tapi credit tetap pergi kepada K.Anim yg bagi idea dgn resipi asal. K.Nor cuma tukar nama jer disebabkan tukar bahan kat dalam tu. Tak per kan K.Nim :) Kalau sapa2 nak tengok resipi asal boleh klik kat SINI.. Mekasih K.Nim sbb dah shara resipi yg best ni.. Anak2 Nor mmg suka bila Nor buat ni tambah lagi bila makan panas2, loaf tu tu rangup jer.. Tambah pulak ada cheese.. apa lagi kan.. :)