f Secubit Garam: Kerabu Mangga Ala CRS

Tuesday, April 12, 2011

Kerabu Mangga Ala CRS

ASSALAMUALAIKUM...

Bersiaran lagi utk hari ni dgn menu lunch pulak ya.. K.Nor dpt idea nak hasilkan menu hari ni masa ke KL baru2 ni.. Pada hari ke 2 berada di Puchong, anak2 sdara dan sister K.Nor bawak K.Nor dan anak2 serta adik K.Nor bersama anaknya ke Sunway Piramid. Tujuannya nak melayan anak2 K.Nor dan anak adik K.Nor main ice skating. Masa anak2 ni duk main, kita org yg tak main ni pergi lah ronda2 a.k.a mencuci mata kat shop lot kat sana termasuk Daiso.. hehee... Pastu time lunch salah sorang anak sdara belanja kita org semua makan kat CRS (mekasih Pian, lain kali belanja lagi ya.. hehe) Salah satu menu yg diorder adalah Kerabu Mangga. Bila ngap jer Kerabu Mangga tu, harum jer bau daun limau purut. Terus datang idea nak cuba hasilkan resipi Kerabu Mangga gitu gak. heeee....


Rasanya bahan2 yg digunakan tak banyak mana pun. Yg memberi kelainan pada Kerabu Mangga tu hanya disebabkan adanya hirisan daun limau purut. Lepas godek2 bahan2 yg diperlukan, terhasil lah Kerabu Mangga Ala CRS. Kalau ikut taste K.Nor dah menyamai Kerabu Mangga yg di CRS tu. Disebabkan tu hanya kali pertama makan jadi tak taulah perfect@sama atau tidak dgn yg kat CRS. Pada yg biasa maka Kerabu Mangga kat CRS, sila lah mencuba resipi yg K.Nor letak ni. Kalau sama ke, tak sama ke sila inform K.Nor balik ya.. Kut2 ada yg kurang atau terlebih boleh di ejjas lagi nanti. Bukan niat nak compete dgn CRS, sekadar menghasilkan satu lagi spesis Kerabu Mangga, selain dari yg duk biasa buat kan..

Jom check resipi... ehhhh.. tapi sebelum tu.. Nah amik ni.. kut2 ada yg ngences ke, terliur ke, meleleh ke.. tak pasal2 basah keyboard atau lappy tu kang... hihi

Gambar pinjam dari pakcik google..


KERABU MANGGA Ala CRS

Bahan:
5 bj buah mangga muda
sedikit kapur makan
3 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 - 5 bj cili padi hijau dan merah ~ dihiris halus
2 - 3 helai daun limau purut ~ dihiris halus
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan

Sagat halus mangga yg dah dibuang kulit dan rendam dalam sedikit air kapur utk merangupkannya.
Bilas bersih dan toskan.
Masukkan kedalam sebuah mangkuk dan masukkan kesemua bahan2 lain.
Gaul hingga sebati dan biarkan sebentar supaya semua bahan2 mesra.
Boleh lah dihidangkan.

* K.Nor tak masukkan garam sbb dah ada rasa masin dari sos ikan.

Compliment utk sister K.Nor yg turut menyumbangkan idea tentang bahan2 yg perlu digunakan..
Tq :)