Monday, April 4, 2011

Menggulung Kasih ^__^

ASSALAMUALAIKUM...

Kali ni naik kretapi malam(eh.. masih ada ke Senandung Malam?) atau kretapi gerabak paling belakang. Org lain dah lama buat tapi K.Nor baru nak buat ni. Tengok situ sini duk tayang Kek Gulung Kasih, resipi DJ ni.. Bukan tak teringin nak join sekali awal2 aritu tapi saja tangguh.. Biar virus Kek Gulung Kasih ni reda dulu.. hehe.. alasan kan.. Kalau dah M tu.. M la jugak.. hehe.. 


Kek ni K.Nor buat hari Jumaat baru2 ni. Hari tu macam acara maraton buat kek. Mana tak nya, tghari tu  anak sdara call, suruh si mak sdara buat kek coklat. Dia ni mmg antu kek coklat yg K.Nor buat. Bukan nak sebiji tapi 2 biji! Masa tu dah keluarkan telur utk buat kek gulung ni. Dalam pada nak godek kek tu sempat lagi bersembang dgn Mek Semah dgn Mek Rabbit.. hihihii.. ampun ibu-ibu ya... :) Alhamdulillah.. 3 kek selamat di godek betul2 mcm maraton, masukkan yg kukus dlm pengukus, godek kek gulung. Sedang elok nak masukkan kek gulung dalam oven, angkat kek coklat kukus yg dah masak. Pastu terus godek eggless choc cake satu lagi.. Siap godek yg tu, kek gulung ngam2 jer masak, terus masukkan yg dah siap adun tadi.. alhamdulillah.. settle semua.. Malam tu baru lah K.Nor letak ganache atas kek coklat kukus tu.. Sori la ya .. 2 biji kek tu lupa nak snap. Layan gambar Kek Gulung Kasih aje la ya.. :)


Izinkan K.Nor share resipi tu kat sini lak ya Dayang. Sapa2 nak tahu teknik dan tip menggulung boleh la gi ke rumah Dayang ni. 

KEK GULUNG KASIH
resipi : Dayang Jack

bahan-bahan :
70 g tepung gandum (diayak)
1 sudu besar susu tepung
3 biji telur A
60 g gula kastor
60 ml minyak masak sayuran/minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
Pewarna merah, hijau dan kuning

cara-cara :
Panaskan oven 170-180C. Seperti biasa, sediakan loyang swiss roll. Alaskan dengan baking paper. Sapukan dengan sedikit mentega.
Satukan kesemua bahan di atas (kecuali minyak dan pewarna) di dalam mangkuk adunan, kemudian putar hingga gebu.
Setelah itu, tuangkan minyak masak/minyak jagung sedikit demi sedikit dan kacau sebati dengan senduk kayu atau rubber spatula.
Ambil 4 sudu besar untuk setiap adunan yang diwarnakan merah, kuning dan hijau.
Tuangkan adunan yang kosong di dalam loyang pembakar dan ratakan. Kemudian, tompok-tompokkan adunan merah, hijau dan kuning di atasnya (rujuk gambar di bawah). Tak perlu ditekan atau diratakan. Tetapi kalau hendak buat corak pun boleh juga.
Kemudian bakarlah hingga keperangan selama lebih kurang 20 minit. (DJ guna suhu 180C dan bakar kek selama 17 minit sahaja). Kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing.
Setelah masak, keluarkan terus dari oven dan terbalikkan kek dan sejukkan sebentar.
Kemudian sapukan dengan jem/krim mengikut citarasa sendiri.
Gulung kek dengan kemas.
Bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Jalur yg kurang kemas dan cantik sbb agak sukar nak memicit adunan ke dalam loyang yg tinggi
K.Nor terpaksa guna loyang 9" x 9" x 3" sbb K.Nor tak ada loyang yg lebih rendah. Yg ada saiznya lebih besar dari tu, nanti kek jd terlalu nipis.