Friday, April 22, 2011

Nasi Goreng Cencaluk

ASSALAMUALAIKUM...

Dah dah la tu ya jamu mata dgn Mexico Bun tu. Kita layan menu lunch pulak ni, lepas ni ada satu lagi n3, iaitu n3 penyegar anak tekak.. hehe Sebelum tu, nak citer pasal nasi goreng ni dulu. Sebelum ni pernah tengok Mokwo buat Nasi Goreng Cencaluk. Dah save resipi tp terlupa nak gi intai balik. Duk ralit sgt "bukak kelas masakan kat muka buku sambil melayan kerenah anak2 murid yg mcm2 kerenah" sampai terlewat masuk opis. K.Nor try aje la godek Nasi Goreng Cencaluk ni ikut style K.Nor sendiri. Mulanya nak letak bunga kantan tp bila check dlm esbok, bunga kantan dah abis. Jadi K.Nor letak serai aje la utk mewangikan nasi goreng ni.


Alhamdulillah.. menjadi gak Nasi Goreng Cencaluk. Makan dgn keropok keping@ikan mmg la sedap kan.. Jom tengok resipi, kut2 mana tau ada penggemar cencaluk nak cuba Nasi Goreng Cencaluk ni..

NASI GORENG CENCALUK
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 mangkuk nasi
200 gm isi ayam ~ dipotong kecil
1 biji bawang besar ~ dihiris/dadukan
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
2 batang serai ~ dihiris halus
7 - 9 biji cili api merah & hijau ~ dihiris serong
1/2 cawan cencaluk ~ ditapis, buang air
sedikit hirisan kobis
1 biji telur ~ dipukul sedikit
7 - 9 biji tomato cheri ~ dibelah 2
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar hingga layu.
Masukkan bawang putih dan serai.
Goreng lagi hingga terbit bau dan masukkan isi ayam.
Goreng sehingga ayam masak dan masukkan cili api dan cencaluk.
Kacau hingga sebati dan kaup ke tepi kuali.
Masukkan telur dan biarkan masak sedikit dan kacau hingga menjadi scramble egg.
Kacau semua bahan2 dan masukkan hirisan kobis.
Bila kobis sedikit layu, masukkan nasi dan kacau goreng lagi sehingga sebati.
Perasakan dgn garam jika perlu (hati2 memasukkan garam sbb dah ada rasa masin dari cencaluk)
Masukkan tomato chery dan goreng seketika pastu boleh lah diangkat dan dihidangkan dgn keropok ikan dan ulaman spt timun.