f Secubit Garam: Puding Strawberi

Tuesday, April 12, 2011

Puding Strawberi

ASSALAMUALAIKUM...

Masih meleleh lagi tengok Kerabu Mangga Ala CRS kat bawah nun? Dah2 la ya.. amik tisu tu kasi lap kalau tak cukup lap aje dgn hujung baju atau towel kecik.. hihihi


Meh nak buat tayangan amal dessert yg enak lagi mudah dibuat ni. Puding yg beranak pinak hasil dari Puding Laici K.Hanieliza dulu. Diberi versi baru Puding Strawberi. Sebelum ni K.Nor pernah buat versi kiwi. Nak tukarkan kepada buah2 lain pun ok. Boleh guna buah mangga (skrg kan musim mangga, so senang la nak cuba kan) buah naga (dragon fruit - CMG dah buat versi ni) atau nak guna nenas pun boleh. Blend kasi halus pastu boleh la godek jadikan Puding Nenas.. Gunakan kreativiti masing2 dalam membuat ni. Tak salah menderhaka pada bahan utama tp kena pandai2 la ya.. silap2 derhaka kang, cik tong yg kenyang heeeeeeee..........

PUDING STRAWBERI
olahan dari Puding Laici
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
5 gm agar2 serbuk
2 1/2 cawan air
6 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis)
1/2 tin susu cair
100gm strawberi ~ blend dgn sedikit air
sedikit pewarna merah

Cara:
Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
Masukkan susu cair dan buah strawberi yg diblend tadi serta pewarna hmerah. Padamkan api.
Kacau hingga sebati.
Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air.
Bila puding dah sejuk, masukkan dlm peti ais.
Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan.



Bahagian atas puding tu mmg sengaja diwarnakan lebih terang utk memberikan efek yg lebih menyerlah pada bunga ros tu :)