Saturday, April 16, 2011

Setahun Telah Berlalu..

ASSALAMUALAIKUM...


Tiada perkataan lain yg mampu dilafazkan setelah diberikan limpah rahmat dan keberkatan yg berterusan dalam kehidupan seharian bersama keluarga tersayang. Tambah2 lagi bila Allah memberi peluang kepada suami K.Nor utk terus bersama2 K.Nor dan anak2 hingga ke detik ini. ALHAMDULILLAH Ya Allah.. sesungguhnya Engkau Maha Esa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. Sesungguhnya betapa aku bersyukur dengan segala yg telah Engkau kurniakan buat diri ku dan suami ku, serta atas rumahtangga yg kami bina sekian lama dengan dikurniakan zuriat yg membahagiakan kami, menceriakan kehidupan seharian kami.. Alhamdulillah.. hanya padaMu kami panjatkan kesyukuran...

Smlm 15 April 2011 adalah ulangtahun pertama suami K.Nor melakukan bypass di IJN, KL. Sebenanrnya dua tiga hari lepas dah plan nak buat n3 special ni (nak publish smlm) tapi dek kerana sibuk bermain tepung terus terlupa. Sekejap jer masa berlalu, dah setahun pembedahan yg dijalankan ke atas suami K.Nor tu. Tak tau la camna keadaan dia skrg ni kan kalau tak jalani pembedahan tu. Kita tak leh nak jangkakan apa yg bakal terjadi. Sakit yg ditanggung tu bukannya sebarang penyakit, boleh dikatakan penyakit yg agak berat. Pembedahan pun bukan minor tapi major! Semua yg terjadi langsung tak terlintas di fikiran kami. Tak sangka begitu pantas semua terjadi, dari nak lakukan angiogram saja terus ke pembedahan bypass. Hanya Allah yg tau dan merencanakan segala yg terbaik buat hambaNya. Hanya kalimah syukur yg dapat K.Nor sekeluarga ucapkan atas semua yg terjadi..

Mengimbas kembali detik2 ketika berkampung di IJN selama 15 hari, banyak suka dan duka yg ditempuhi. Yg tak boleh tahan duk dlm wad pengawasan nurse (masa baru keluar dari ICU) tu sejuk giler!! Teramat2 sejuk, sampai menggigil tiap kali sudah mandi dan nak2 time amik wuduk nak solat. Malam2 tidur atas kerusi malas yg dilapik dgn sehelai selimut, pakai baju tidur siap dgn 2 helai baju sejuk dan 2 helai seluar, stokin lagi, pastu 2 helai selimut!! Baju2 sejuk, selimut dan bantal, semuanya sister K.Nor yg bawakan. Mekasih Ma, semoga Allah balas semua jasa dan budi baik Ma dan anak2..


Satu lagi peristiwa terlentang dalam toilet amat2 tak boleh dilupakan huhu.. Tu hari pertama lepas cik abg dibawa semula ke wad setelah keluar dari ICU. Nasib baik air kencing yg ditadah tu tak tumpah atas K.Nor, kalau tak dah bermandikan air kencing masa tu hehe. Masa tu dah pun cuci bekas tadahan air kencing tu dlm toilet, entah camna masa nak keluar tu tergelincir dan terus terlentang. Sakit dan sedih, tu yg dirasai. Bimbang sakit berterusan nanti tak dapat jaga dia sepenuhnya yg baru jer keluar dari ICU. Sampai teresak2 citer kat dia yg K.Nor jatuh dalam toilet. Esok tu K.Nor demam, dan sempat mintak ubat dr nurse. Alhamdulillah demam tak berlarutan.. Yg menyedihkan K.Nor kalau K.Nor sakit dan demam, sapa nak jaga dia. K.Nor kan sorang2 jer jaga dia sepanjang masa dia di IJN :(

Part yg menakutkan pulak bila demam dia tak kebah2 selepas balik ke wad. Bimbang kuman merebak ke luka pembedahan. Doc surgent yg dtg tiap2 hari pun dah naik bimbang. Ubat bertukar2, siap amik darah utk check jenis kuman. Haishhh masa tu punya la bimbang sampai kerja K.Nor duk mengelap jer badan dia. Bila dapat hasil ujian darah, tak ada masalah pun. Selang beberapa hari baru la lega. Rupanya pelekat yg ditampalkan pd jarum utk masukkan ubat kat pergelangan tangan (yg diletakkan pada hari nak lakukan angio) tak dibuang padahal kalau tak silap nurse kata sepatutnya dah lama dibuang (selepas 5 hari kalau tak silap, pelekat tu dah expired! Fmina, sila betulkan kalau K.Nor silap ya.. hehe) Kiranya kuman dah spread melalui pelekat dan jarum kat situ. Bila dibuang jer dan diberi antibiotik serta ubat demam, Alhamdulillah.. demam dia terus kebah..


Satu lagi yg membuat K.Nor hiba sepanjang berada di IJN, bila teringatkan anak2 yg jauh. Aisyah dan Luqman tinggal bersama MIL K.Nor di K.Trg, Naim di Kelantan dan Along di Jordan. Selama ni Aisyah dan Luqman tak pernah berpisah jauh apa lagi berpisah selama tu dgn K.Nor dan suami. Memang dia org yg K.Nor risau sgt. Yg kat Jordan pun sama gak! Duk susah hati ingatkan si ayah yg sakit, bergolak dalam hati nak balik sedangkan masa tu musim peperiksaan. Hanya Allah saja yg tau apa yg ada dalam hati K.Nor. Hanya kekuatan dan ketabahan yg K.Nor harapkan utk menghadapi segala ujianNya.. Sesungguhnya Allah tidak menduga diluar kemampuan kita.


Di sebalik kesedihan pasti ada yg menggembirakan.. Antaranya dapat berjumpa dgn salah sorang misi kat situ yg glamer dng nick Fmina! Dapat bersembang lama dgn Mama Mina ni 2x rasanya pastu selisih masa kat lif pun ada gak kan Idah? hehe.. Baik hati Mama Mina ni, malam tu dia datang dgn nasi goreng utk K.Nor dan suami. Terima kasih banyak2 ya Idah.. rindu nak jumpa lagi :) Pastu jumpa dgn teman2 rapat masa kat forum Myr, K.Ina KL, Hani, Tun, Zie, Lily, Izah dan Masz. Kunjungan dia org ni menceriakan hari2 K.Nor disana. Terima kasih buat semua yg sudi datang menjenguk K.Nor dan suami tempohari dan terima kasih jugak atas buah tangan yg dibawa.

Opsss... dah panjang lebar karangan malam ni ya.. Apapun hanya padaNya K.Nor panjatkan kesyukuran atas nikmat yg dilimpahkan buat K.Nor sekeluarga ni. Semoga Engkau terus memberikan kesihatan yg baik buat kami sekeluarga, memanjangkan usia kami agar kami dapat bersama utk satu tempoh yg lama lagi. Agar dapat kami kecapi nikmat kebahagian yg berpanjangan bersama2.. amin.. ya rabbal alamin..