Saturday, April 23, 2011

Special Utk Naz

ASSALAMUALAIKUM...

Dah banyak hari berhutang dgn Naz yg nak tengok acuan silicon yg K.Nor gunakan utk buat Agar2 Santan Gula Melaka tempoh hari. Maaf ya Naz, asyik terlupa jer. Ok.. tayangan amal ni special utk Naz.. Hutang dah jelas ya.. hehe


Silicon mould ni K.Nor beli kat kedai baking (Mee Soya) di K.Trg ni jer. Harga dlm $20.00 per piece. Rasanya kalau nak suruh tulun belikan tak boleh dah sbb dah tak ada stok bila K.Nor gi kedai tu last week. Kualiti mould ni tak la sehebat silicon mould yg branded or yg mahal2 tu.. K.Nor tak guna lagi utk baking, just buat puding/agar2 jer setakat ni. Memang senang nak keluarkan puding/agar bila guna SM ni.. Tolak2 sket dah keluar dgn cantik. CMG dan Ummi Kuantan pun ada guna gak mould cam gini kalau tak silap.


Kelebihan mould ni, mudah utk proses penyimpanannya, boleh dilipat2 dan tak makan space yg banyak. Tip masa nak membuat puding/agar, alaskan mould ni dgn loyang atau dulang sebelum menuang adunan puding/agar supaya senang nak angkat dan masukkan dlm peti ais.