f Secubit Garam: Talapia Goreng Dgn Sambal Bunga Kantan

Saturday, April 16, 2011

Talapia Goreng Dgn Sambal Bunga Kantan

ASSALAMUALAIKUM...

Tak nak pot pet banyak ni. Sket2 jer aci kan.. ^___^

Buat lagi menu AlongRoz ni tapi kali ni guna ikan talapia sbb tu dipanggil Talapia Goreng Dgn Sambal Bunga Kantan. Insyaallah.. kalau yg sedap tu sudah tentu ada siaran ulang tayang.. Jom layan.. Mekasih Along :)


IKAN RANGUP DGN SAMBAL BUNGA KANTAN
resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN2:
1 ekor Ikan (+/- 1 kg berat) ~ k.nor guna ikan talapia
Tpg Jagung
Cili Padi* (Nak pedas bubuh banyak)
2 biji Cili Merah*
2 biji Cili Hijau*
1/2 biji Bwg Besar*
2 ulas Bwg Putih*
1 btg Serai*
1 btg Bunga Kantan* (* blender)
1 Tomato - potong2
1/2 biji Bwg Besar - hiris
1 biji Limau Kasturi
Garam

CARA2:
1. Kelar2 ikan seperti dlm gambar di atas (sila refer pd gambar di link AlongRoz)
RAtakan garam atas ikan.
Golekkan ikan atas tpg jagung & goreng dlm kuali yg tak melekat.
Lihat gambar di atas - jgn guna minyak terlampau banyak utk mendapatkan ikn yg rangup.
Jgn alihkan ikan sehingga betul2 rangup utk mengelakkan ikan pecah.
Alihkan ikan & masak bahagian yg sebelah lagi.
Hidangkan dlm pinggan.

2. Panaskan minyak & tumis bhn2 yg de blender.
Masukkan garam, bwg hiris & tomato.
Masak sebentar sehingga bwg layu.
Hidangkan sebelah ikan goreng tadi dgn hirisan limau.