Tuesday, May 31, 2011

Moist Choc. Cake

ASSALAMUALAIKUM..


Meh layan Moist Choc. Cake yg dah lama tak buat ni. Memang lama betul tak buat, duk layan buat kek lain jer. Ni pun buat sebab ada request dari anak sdara yg ngidam nak makan kek cekelat si emak sdara. 'Mom to be' ni sapa lagi kalau bukan Yana.. hehe dah bunting pelamin tu.. Kuat gak alahan Yana ni time peknen.. kesian pulak. Lepas dah makan kek cekelat ni harap2 tak muntah2 lagi ya.. ^___^


MOIST CHOC. CAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
250gm butter
1 cawan gula castor
1 cawan gula perang
4 biji telur (A)
1 sudu teh esen vanila
1 cawan susu segar suam
1 1/4 cawan tepung naik sendiri
3/4 cawan serbuk koko

Utk choc ganache:
150gm coklat masakan
1 sudu besar susu pekat
1/4 cawan air panas/susu cair
1 sudu besar butter


Cara:
Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati
Masukkan ke dalam loyang dan tutup loyang dgn aluminium foil. Kukus selama 1 1/2 jam.
Sejukkan atas redai kek.
Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.

Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas/susu cair kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair. Biarkan seketika supaya ganache tak terlalu cair masa curah atas kek.
Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.

Tip: Untuk menghasilkan permukaan kek yg cantik bila kita curahkan choc ganache, terlangkupkan bahagian atas kek keatas pinggan. Biar bahagian bawah kek yg duk kat atas.


Kerutuk Ayam & Telur

ASSALAMUALAIKUM...

Bersiaran lagi di petang yang mendung. Dari awal pagi gelap jer cuaca cam nak hujan. Plannya nak meroti, terbantut la pulak bila tengok cuaca gini. Tak per la.. meh layan Kerutuk Ayam & Telur. Masih lagi menggunakan telur kenduri kawin ni.. Hari ni dah abis dah.. esok tukar menu ikan la pulak. Tak leh makan telur manyak2, kan.. Ikan hari2 tak per.. Ayam? K.Nor kurang minat la ayam tp tetap masak sbb semua ahli dlm rumah ni minat ayam.


Semalam mmg plan nak buat kerutuk arini pastu Dayang bg idea buat Kurma Telur. Ok gak tu.. Pastu bila tanya Cik Abg nak makan kerutuk ke kurma, dia terus jawab nak kerutuk. Memang antu kerutuk tu, sama dgn si bongsu. Siap menambah2 nasi kalau pekena lauk kerutuk.

Kerutuk ni ada yg taip ejaan tu kerutuk, ada yg guna kerutup. Mana2 aje la ya, dua2 tu sama jer cuma berbeza dr segi ejaan hujung tu jer :)


KERUTUK AYAM K.Nor Style
resipi : K.Nor@SecubitGaram

1 ekor ayam ~ dipotong 4(nak potong kecik2 pun boleh)
3 sudu besar rempah kerutuk/gulai ~ bancuh dgn sedikit air panas
1 cawan santan fresh
1 cawan air
2 keping asam keping
2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kerisik
2 helai daun pandan
1 bj bawang besar ~ potong 4
2 bj cili merah ~ belah 2
nisan/gula melaka
garam
minyak

bahan penumis (rempah 4 beradik):
1 btg kulit kayu manis (dlm 2 in panjang)
5 kuntum cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang

bahan yg diblend:
1 labu bawang besar
3 bj bawang merah
5 ulas bawang putih
1in halia
1in lengkuas
1in kunyit hidup

Panaskan minyak dan tumis bahan penumis/rempah 4 beradik hingga wangi dan masukkan cili mesin.
Goreng hingga sedikit garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng lagi dan masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air panas.
Bila tumisan dah pecah minyak masukkan daun pandan, garam dan asam keping.
Masukkan ayam dan gaul sebati.
Biarkan rempah mesra kat ayam dlm 10minit baru la dimasukkan 1 cawan air.
Biarkan hingga mendidih.
Pastu masukkan santan fresh, nisan/gula melaka.
Masak hingga hampir pekat dan masukkan kerisik.
Masukkan bawang besar yg dipotong 4 dan cili merah yg dibelah 2.
Masaklah hingga ayam masak dan kepekatan yg disukai.
Hidangkan panas2.

* Jika nak letak telur dlm kerutuk:
kupas kulit telur yg dah direbus, belah sedikit telur (2 atau 3 belahan - hanya kena putih telur jer)
kemudian goreng dalam minyak yg panas hingga kekuningan
angkat dan toskan.
(telur perlu dibelah supaya tidak meletup semasa proses menggoreng)


# Kerutup ayam ni selain dimakan dgn nasi putih, sedap sgt dimakan dgn pulut kuning.
Selain tu best gak makan dgn roti.
Selain penggunaan ayam, boleh tukar kepada daging.


Monday, May 30, 2011

Kerabu Tomato Berkobis

ASSALAMUALAIKUM...

Terlupa nak masukkan entri ni petang tadi. Tak per la ya, masukkan malam pun. Tak yah ngendeng2 la, semua dah abis. Sink pun dah all clear :)

Hampir 2 minggu dapur real tak berasap. Bermula dgn Majlis Akad Nikah SIL, pastu ke Puchong, pastu sambung dgn persiapan awal kenduri SIL, pastu kenduri hari Jumaat tu, sambung pulak dgn kenduri dua hari berturut.. Tu semua buat dapur alam nyata tak berasap. Duk pulun makan jer 2 minggu tu tambah lagi masa di KL..wahhhh berat ku udah naik 2kg!! Oh tidak!! Begitu mudah nak naik berkilo2 tapi nak turun gram2 payah yg amat! Nak gi jogging tak leh lagi minggu ni, dua beradik tu ada kelas tambahan kat sekolah masing2. Kelas start pulak tak sama waktu, payah sket nak gi jogging ler sebab kena hantar berasingan.


Opsss melalut pulak.. Disebabkan dah lama tak masak, bahan2 dlm esbok tak bertop up, jadi tadi bila nak masak sayur banyak bahan2 yg dah menopos. Ingat nak buat sayur terung, terung pun dah sampai masa masuk cik tong. Yg boleh diguna/tinggal cuma 2 biji tomato, sedikit kobis dan cili2. Limau kasturi pun tinggal 3 bj jer. Daun ketumbar semua dah kuning, bunga kantan dah ilang rupanya yg pink.. hihi.. kesian betul sayur mayur dlm esbok ku. Esok kena ke pasar la jawabnya utk top up balik stok sayur mayur. Dengan 2 bj tomato, sedikit kobis, cili padi dan limau kasturi datang ler ilham nak buat kerabu. Cik Abg K.Nor ni kalau makan nasi nak ada sayur atau ulam2an. Dapat kerabu gini dah mcm bonuus la... Dia mmg suka sayur2 atau pun kerabu. Kebetulan ada ikan bilis halus dlm esbok, K.Nor campurkan sekali dalam kerabu ni. Hasilnya... sedap!! Sangat sedap, diratah gitu aje pun sedap! Opsss.. sendiri angkat bakul la pulak .. hehe Meh tengok resipi kerabu sepontan yg diberi nama Kerabu Tomato Berkobis ni..

KERABU TOMATO BERKOBIS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 biji tomato
1 genggam ikan bilis halus ~ digoreng garing
sedikit kobis ~ dihiris halus
3 ulas bawang merah ~ dihiris halus
5 - 7 biji cili padi ~ dihiris halus
2 sudu besar sos ikan
garam ~ secukup rasa
1 sudu besar gula
daun ketumbar ~ dihiris halus (k.nor tak letak sbb tak ada stok)
3 bj limau kasturi




Cara:
Tomato dibelah 4 dan dibuang empulur serta bijinya. Kemudian dihiris nipis.
Masukkan tomato, kobis, bawang merah dan cili padi ke dalam mangkuk.
Masukkan juga sos ikan, garam (hati2, jgn letak banyak sbb dah ada rasa masin dr ikan bilis dan sos ikan), gula, daun ketumbar dan perahan limau kasturi.
Gaul hingga sebati dan perap 10 minit barulah dihidangkan.


Lauk Wajib Lepas Kenduri Kawin

ASSALAMUALAIKUM..

Semestinya ramai yg buat lauk gini kan tiap kali musim kenduri kawin. Dengan pemberian bunga telur yg dikumpul2, tak termakan gak kan. Akhirnya menu wajib adalah berasaskan telur. Yg paling kerap dibuat adalah Sambal Telur hehe.. Hari ni dah buat Sambal Telur, kut2 esok telur yg dikumpul tu bertukar kepada Kerutup Telur atau Gulai Telur.. Buat Salad Telur Rebus pun best gak kan..


Ni lah menu utk lunch hari ni, Sambal Telur. K.Nor mmg suka lauk Sambal Telur. Pastu gandingkan dengan ikan goreng garing2.. sedap!!


Sebelum mengakhiri entri hari ni, K.Nor amik kesempatan mengucapkan tahniah kepada Ina@HanaMemories. Gambar2 dan resipi2 Hana ni keluar lagi dalam Jelita Jun 2011. Tak leh nak beritau secara detail sbb belum dibeli lagi tapi mmg dah tau Jelita bulan ni menyiarkan hasil tangan Hana. Tahniah ya.. hehe

Sunday, May 29, 2011

Puding Coklat Sos Kastard

ASSALAMUALAIKUM...

Haishhhhh... bila dah lama tak menghapdet, mood dah melayang betul.. Masuk opis pun masak2 yg ala kadar jer. Untuk entry malam ni K.Nor nak tayang dessert yg K.Nor buat utk Makan Beradap masa Majlis Perkahwinan Hajar baru2 ni. Untuk hidangan makan beradap yg lain K.Nor tak terlibat pun sbb K.Nor banyak duk uruskan bahagian jamuan tetamu. Yg dessert ni pun last minute diminta oleh MIL utk sediakan. Pagi Khamis tu sambil duk sembang dgn Izah mencari idea utk buat dessert yg mudah disediakan dgn bahan2 yg sedia ada kat dapur. Nak buat Lychee Panna Cotta mulanya tapi tak ada stok laici. Nak ke kedai (walaupun gergasi duk sebelah pagar jer) mmg terasa kurang rajin sungguh, letih traveling (mlm tu baru balik dr Puchong) belum hilang lagi rasanya. Akhirnya decide buat Puding Coklat Sos Kastard by Dayang. Nak sediakan puding ni mudah jer lagi pun hasilnya sangat memuaskan selera. Anak2 K.Nor pun suka dgn rasa puding yg enak ni tambah lagi bila dimakan sejuk2.


Thanks Dayang, dgn resipi ni dapat lah K.Nor buat dessert utk Makan Beradap tu.. :)

PUDING COKLAT SOS KASTARD
resipi : Dayang Jack
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Puding Coklat :
10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
500 ml susu segar (k.nor lebihkan 100ml)
250 ml susu cair
100 ml air
3/4 cawan gula pasir
2 sb susu pekat
2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
1 sb tepung kastard + 2 sb air
1 sb mentega
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan Sos :
2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
2 sb tepung kastard
4 sb gula pasir
1 sk esen vanilla

Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.

Yg ni utk santapan anak2 ^__^


Hajar's Wedding

ASSALAMUALAIKUM..


Dah 2 hari tak berupdate blog. Tuan rumah dah lepek abis, kepenatan sangat. Semalam pun masih ada kenduri yg dihadiri. Jadi dapur pun masih belum beroperasi lagi la.. Meh la layan gambar2 sekitar Majlis Perkahwinan Hajar bersama suaminya yg telah berlangsung dgn sederhana tapi meriah pada Jumaat 27 Mei 2011 baru2 ni. Hanya sedikit aje gambar yg dapat di snap memandangkan K.Nor dan Cik Abg betul2 sibuk pada majlis tu tambah lagi Cik Abg jd 'tuan rumah', so tak ada la peluang nak pegang senapang dia tu. Gambar2 yg ada ni pun diambil sebelum majlis bermula dan juga selepas majlis selesai. Gambar persandingan sekeping pun tak shoot sbb kita org sibuk melayan tetamu masa tu. 










Sori ya.. pengantin lama nak posing jugak!! ^___^

Opsss.. terlupa nak ucapkan jutaan terima kasih buat Shita (Shita Catering) yg dah menyiapkan Kek Lapis Chocoberry yg telah dijadikan hantaran dan juga buat Loomot yg sudi hadir pada majlis tu. Jauh2 datang dari Kemaman bersama ole2 buat K.Nor... ^__^


Friday, May 27, 2011

Walimatul Urus

ASSALAMUALAIKUM...


Di kesempatan ini, K.Nor ingin mengambil kesempatan untuk menjemput teman2 semua terutamanya yg tinggal sekitar K.Terengganu ke Majlis Perkahwinan SIL K.Nor iaitu Hajar bersama pasangannya Redzuan pada 27 Mei 2011, bertempat di 5734, Kg Tanah Lot Manir, Kuala Terengganu. Semoga dengan kehadiran adik/kakak/teman semua dapat memeriahkan lagi majlis perkahwinan yg diadakan secara sederhana ini nanti.. insyaallah..


Untuk melihat peta dgn lebih jelas sila klik gambar ya..

Sila hubungi no 013 9351200 jika hadapi masalah utk ke tempat majlis ya.. Sekian lintas langsung dari Puchong Putra Perdana ^__________^


Thursday, May 26, 2011

Kek Alunan Kasih

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni tak leh nak pot pet panjang2.. Banyak benda nak kena settle. Opss.. lupa.. alhamdulillah, dah selamat tiba di Kuala Terengganu malam semalam. Terasa penat lagi nih.. Mood nak menghapdet pun down lagi. Kain menimbun utk ditarah. Duk tunggu Mek Izah dan Mek Sue dtg menarah bukit kain tak sampai2. Nak buat kerja siap order puding tu.. Puding utk upah menarah dah siap tapi btg idung mek dua org tu belum nampak2 lagi nih.. Nanti K.Nor suruh anakanda berdua jer la perabiskan puding tu la Izah, lambat benor nak sampai ya.. hehe

Ada projek yg perlu disiapkan. Projek yg baru direquest.. Buat aje la dgn apa bahan yg ada kat dapur. Jadi layan dulu Kek Alunan Kasih yg dah selamat ni ya.. Kek ni dibuat special utk birthday granny yg duk kat Puchong nun. Kebetulan hari K.Nor ke KL tu, hari jadi sister K.Nor, K.Nor buatkan la sebiji kek ni utk dia. Tapi terpaksa dipotong sket sbb tak muat bekas.. hehehe.. sempat la posing dulu sebelum naik bas ^___^

Kaler yg kurang cun kan..

KEK ALUNAN KASIH
(Sumber : Pn. Mastura Yasak - FB {Kongsi Resepi})
sumber : AmFlora
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
5 Biji Telur
250gm butter
2 ½ cwn tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
2 cwn gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je)
1 sudu kecil baking powder
½ cwn susu cair**
1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
*Sebuk koko (secukupnya)
*Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
*sediakan tapis teh yg halus..utk ayak serbuk koko.


Cara2:
Pukul planta/butter dan gula smpai kembang...
Masukan telur satu persatu..pukul lg smpai kembang
Masukan *esen vanilla, susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit..
Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau…
Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan
ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat)…ayak serbuk koko di atas lapisan kedua..
Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis…
Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2…

Tip :
Utk membuat lapisan kaler2 tu biar tebal sbb bila kita melapis & meratkan adunan tersebut
serbuk koko tak akan terikut sama. Tapi bila adunan yg nak kita lapiskan itu agak nipis/sikit
bila nak meratakan lapisan tu, serbuk koko akak tertarik sama - nanti corak tak akan jadi cantik.

**
gula K.Nor guna 11/2 cawan jer
susu cair K.Nor letak 1 cawan
hijau + perisa pandan
purple + perisa blueberi
oren + vanila

Wednesday, May 25, 2011

Butter Breaad Puding Dgn Sos Kastard

ASSALAMUALAIKUM...


Sesi nak menghabiskan stok roti dan sos kastard. Jadi kena buat lagi puding roti yg sedap dan digemari semuah ahli keluarga K.Nor ni.. 


Sotong Oriental

ASSALAMUALAIKUM...


Mencari idea nak masak sotong? Ok, jom cuba masakan ni.. Insyaallah sedap! Sila klik kat SINI utk dapatkan resipi ya.. ^____^

Tuesday, May 24, 2011

Red Jelly

ASSALAMUALAIKUM..

Jelly, lagi... dan lagi ...  ^_______^



Sambal Mempelam Muda Goreng

ASSALAMUALAIKUM..

Sambal Mempelam Muda Goreng, resipi dari Mukah nun. Sesi nak perabiskan stok mangga muda dlm esbok. Ni lah sambal yg digandingkan dgn Ayam Seri Harum. Memang menyelerakan dgn rasa masam2 dan pedas tu.. Sue, K.Nor share resipi tu kat sini lak ya.. Mekasih :)



SAMBAL MEMPELAM MUDA GORENG
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan2:(tidak terhad)
3 biji mempelam muda(yg bijinya masih lembut)-kupas,buang biji dan potong kecil
2 tangkai Cili merah + cilipadi(letak ikut tahap kepedasan atau jenis cili)*
2 ulas bawang merah*
Segenggam ikan bilis kupas*
1 sudu belacan*
Sedikit garam dan gula/perasa
Sedikit minyak untuk menggoreng/menumis(lebih krg 2 sudu bsr)


Cara2:
Tumbuk semua bahan2 bertanda * menggunakan lesung batu, diikuti dengan mempelam muda. Tumbuk sehingga agak lumat.
Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sambal tadi,kacau sentiasa buat seketika dan perasakan dengan garam dan gula
Goreng sehingga sambal masak atau berubah warna..sebatikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.. Selamat mencuba!

Monday, May 23, 2011

Ayam Seri Harum

ASSALAMUALAIKUM..

Menu ayam ni dulu2 selalu gak buat. K.Nor buat berpandukan pada cara sister K.Nor masak. Resipi dia main campak2 jer. Pastu bila K.Nor buat, cam biasa la edit situ sini kan.. Pastu tak tau pulak nama masakan tu. Last2 Cik Abg bagi idea disebabkan rasa masakan ni lebih kurang ayam golek (ada serai) dan ada iras2 rendang (ada daun limau purut) jadi dia suruh bagi nama Ayam Gondang.. ermm pelik kan nama gondang ni sbb setahu K.Nor gondang ni sejenis siput.. Jadi utk mengglamorkan nama masakan ni K.Nor bagi Ayam Seri Harum jer la.. sambil duk masak tadi sambil duk pikir nama masakan. Bila masakan berbau wangi, sepontan la dtg idea tu..


Masakan ni kena lawan dgn sambal belacan baru ummph! Tapi K.Nor buat sambal lain... Nantikan tayangan sambal yg K.Nor gandingkan dgn Ayam Seri Harum ni ya... :)


AYAM SERI HARUM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit

2 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar *
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1in halia*
1 in kunyit hidup* (* diblend)
2 batang serai ~ diketuk
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 kpg asam keping
3 helai daun limau purut ~ dicarik
garam dan gula
1/2 kiub pati ayam
minyak

Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan. (kalau tak nak goreng pun boleh, terus aje masukkan dalam kuali)
Tumis cili mesin hingga garing, masukkan serai. Goreng sekejap, masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng sehingga pecah minyak (jika tak pecah minyak masukkan 1/2 cawan air dan goreng hingga pecah minyak)
Masukkan santan, air dan asam keping.
Masak hingga mendidih, masukkan ayam, daun limau, garam dan gula secukup rasa dan kiub pati ayam.
Masak hingga ayam masak dan kuah pekat mengikut citarasa masing2.

Mereka2 yg dah mencuba masakan ni.. tq all..... :) (kalau tertinggal beritau ya.. takut terlepas pandang)

2. Mas
6. TTM
8. CT
10. K.Norlie
12. Mieza

Kuih Dadar Coklat

ASSALAMUALAIKUM..

Bermula pagi ni, entry yg dipublishkan adalah entry berjadual. Bila entry berjadual maknanya semua masakan yg ditayangkan adalah masakan yg dah dibuat sebelum ni (sengaja diperam utk dijadikan entry berjadual minggu ni atas sebab2 yg tertentu) Sebenarnya tuan rumah skrg ni berada di Puchong (insyaallah..) untuk beberapa hari. Jadi utk mengelakkan blog ni sepi tanpa sebarang entry tu yg K.Nor peram beberapa entry dan dijadikan entry berjadual. Insyaallah, pada hari Rabu malam nanti tuan rumah akan kembali ke K.Terengganu. Semoga kita berjumpa lagi.. insyaallah..


KUIH DADAR COKLAT
resepi: Kak Wan@Recipes Today
sumber : Izah

Bahan Inti Coklat
100 ml susu cair
25 gram gula pasir
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
100 gram coklat masakan (potong kasar)
1 biji kuning telur
1/8 sdt garam

Bahan Dadar
200 gram tepung gandum
2 biji telur dipukul sedikit
1/2 sdt garam
2 sdm majerin dicairkan
400 ml susu segar/santan cair
sedikit coklat emulco
majerin untuk meleser *saya tak guna.


Cara-cara :
1. Inti: Didihkan susu cair secara double boil hingga berbuih ditepinya. Larutkan serbuk koko dan gula dengan sedikit air panas, tuangkan ke dalam susu cair tadi kacau rata. Masukkan coklat masakan, kacau perlahan sambil dimasukkan kuning telur dan tepung jagung untuk memekatkan inti, Angkat biarkan sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk untuk memekatkanya.
2. Dadar: Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.
3. Asingkan 100 ml adunan, masukkan coklat emulco, gaul rata dan ketepikan.
4. Adunan yang selebihnya dibiarkan dengan warna asal.
5. Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil piping bag gunting sedikit saja muncungnya, masukkan adunan coklat dan picit bentuk zig-zaz ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan warna asal diatas jalur coklat tadi (jgn diantaranya kerana jalur coklat akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.
6. Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu kecil inti ditengahnya. Gulung secara melintang jaluran tadi.
7. Pastikan dadar suam sedikit sewaktu memasukkan inti coklat gulung dengan cepat supaya inti tidak cair.
8. Jika tidak mahir dengan piping bag gunakan sudu kecil untuk membuat jalur.

* K.Nor tak buat inti coklat spt dlm resipi tapi K.Nor guna Chocolate Spread/Filling yg pernah K.Nor buat sebelum ni.
** Dlm adunan dadar, K.Nor tambah 1/2 cawan air sbb adunan asal agak pekat. Bila adunan pekat, agak payah nak melenggang dadar dlm pan dan dadar yg dihasilkan pun agak tebal. Sebab tu K.Nor tambah air.
*** Teknik yg K.Nor gunakan, buat dadar dulu, bila permukaan atas dadar hampir kering baru lah di picitkan adunan dadar berwarna coklat dgn menggunakan botol mayo bermuncung 3.

Memang sedap, anak2 K.Nor semua sukakannya..

Sunday, May 22, 2011

Majlis Pernikahan Hajar

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. Segala yg dirancangkan telah berjalan dengan baik. Semalam adalah Majlis Akad Nikah Hajar, SIL K.Nor yg pernah K.Nor tayang Majlis Pertunangannya dulu. Majlis diadakan secara sederhana namun meriah dgn kehadiran keluarga terdekat ke dua2 belah pihak. 

Acara akad nikah dilangsungkan di Masjid Manir, Kuala Terengganu pada pukul 3ptg. Setelah selesai akad nikah, tetamu dihidangkan dgn juadah yg ditempah dari Shita Catering (mekasih banyak2 Shita dari K.Nor dan keluarga mertua K.Nor) dan laksa penang yg disediakan oleh MIL K.Nor. K.Nor cuma amik bahagian dlm penyediaan dessert (Puding Balqis, Agar2 Santan Gula Melaka dan Red Velvet Cupcakes).


Tak banyak gambar2 yg ditembak semalam sbb cameraman menjadi wali pada pengantin perempuan. Layan jer ya sedikit gambar sekitar Majlis Akad Nikah yg telah berlangsung di Masjid Manir ya... Nak mengarang pun otak dah blurr semacam jer.. Badan masih penat tapi masih ada projek yg perlu dilaksanakan kejap lagi ni..


Nak enterpreme Red Velvet Cupcake yg deconya hentah apa2.. Kes nak cepat, tak sempat dah nak buat rossette. Nak shoot gambar RV CC ni atas cupcake stand tun tak sempat sbb balik dr masjid tetamu dah nak start makan. Gambar puding2 pun tak sempat shoot gak. Gambar cupcake ni pun shoot masa tengah duk deco2 sebelum bertolak ke rumah MIL.

Saturday, May 21, 2011

Projek Marathon Lagi..

ASSALAMUALAIKUM....

Layan gambar aje ya.. Projek marathon petang semalam.. Nak cepat ni... Jumpa lagi.. :)

Red Velvet Cupcake dari resipi di SINI.
Godek 6 adunan menghasilkan lebih kurang 80bj.
Belum sempat mekup lagi...

Puding Balqis, 3 adunan