Monday, May 9, 2011

Ayam Kashmir

ASSALAMUALAIKUM...

Tak boleh nak berbicara panjang2 sbb nak kena keluar lagi ni. Sila jamu mata dgn menu hasil skodeng dapur Dayang Jack yg masih belum balik ke Semenanjung lagi tu.. Apapun semoga ayah dan mak sdara Dayang sembuh dgn segera... amin...


Mintak izin ya Dayang, K.Nor nak share resipi tu kat sini. Emmm.... sebelum ni resipi ni K.Nor jumpa kat rumah Azlina Terminal Hijrah.. Mekasih juga pada Azlina.. Masakan ni kalau dibiar bermalam lagi sedap...


AYAM KASHMIR
resipi : DayangJack
sumber: K.Nor@SecubitGaram

bahan-bahan :
1/2 kg ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak jika suka)

bahan A :
6 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
3 bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 batang serai (diketuk)
rempah 4 sekawan
sedikit daun kari

bahan B :
3 sb puri tomato
1 sb serbuk cili
2 sb rempah beriyani
2 sb rempah kari daging
4 biji tomato (dipotong kecil)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya
2 biji ubi kentang (dipotong)

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis semua bahan A hingga terbit bau. Satukan serbuk rempah, puri tomato dan serbuk cili di dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. Kemudian masukkan ke dalam bahan A tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan ayam, ubi kentang dan air secukupnya. Gaulkan. Biarkan ia masak.
Masukkan tomato, garam dan gula secukupnya.
Hidangkan setelah masak.