Monday, May 30, 2011

Kerabu Tomato Berkobis

ASSALAMUALAIKUM...

Terlupa nak masukkan entri ni petang tadi. Tak per la ya, masukkan malam pun. Tak yah ngendeng2 la, semua dah abis. Sink pun dah all clear :)

Hampir 2 minggu dapur real tak berasap. Bermula dgn Majlis Akad Nikah SIL, pastu ke Puchong, pastu sambung dgn persiapan awal kenduri SIL, pastu kenduri hari Jumaat tu, sambung pulak dgn kenduri dua hari berturut.. Tu semua buat dapur alam nyata tak berasap. Duk pulun makan jer 2 minggu tu tambah lagi masa di KL..wahhhh berat ku udah naik 2kg!! Oh tidak!! Begitu mudah nak naik berkilo2 tapi nak turun gram2 payah yg amat! Nak gi jogging tak leh lagi minggu ni, dua beradik tu ada kelas tambahan kat sekolah masing2. Kelas start pulak tak sama waktu, payah sket nak gi jogging ler sebab kena hantar berasingan.


Opsss melalut pulak.. Disebabkan dah lama tak masak, bahan2 dlm esbok tak bertop up, jadi tadi bila nak masak sayur banyak bahan2 yg dah menopos. Ingat nak buat sayur terung, terung pun dah sampai masa masuk cik tong. Yg boleh diguna/tinggal cuma 2 biji tomato, sedikit kobis dan cili2. Limau kasturi pun tinggal 3 bj jer. Daun ketumbar semua dah kuning, bunga kantan dah ilang rupanya yg pink.. hihi.. kesian betul sayur mayur dlm esbok ku. Esok kena ke pasar la jawabnya utk top up balik stok sayur mayur. Dengan 2 bj tomato, sedikit kobis, cili padi dan limau kasturi datang ler ilham nak buat kerabu. Cik Abg K.Nor ni kalau makan nasi nak ada sayur atau ulam2an. Dapat kerabu gini dah mcm bonuus la... Dia mmg suka sayur2 atau pun kerabu. Kebetulan ada ikan bilis halus dlm esbok, K.Nor campurkan sekali dalam kerabu ni. Hasilnya... sedap!! Sangat sedap, diratah gitu aje pun sedap! Opsss.. sendiri angkat bakul la pulak .. hehe Meh tengok resipi kerabu sepontan yg diberi nama Kerabu Tomato Berkobis ni..

KERABU TOMATO BERKOBIS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 biji tomato
1 genggam ikan bilis halus ~ digoreng garing
sedikit kobis ~ dihiris halus
3 ulas bawang merah ~ dihiris halus
5 - 7 biji cili padi ~ dihiris halus
2 sudu besar sos ikan
garam ~ secukup rasa
1 sudu besar gula
daun ketumbar ~ dihiris halus (k.nor tak letak sbb tak ada stok)
3 bj limau kasturi




Cara:
Tomato dibelah 4 dan dibuang empulur serta bijinya. Kemudian dihiris nipis.
Masukkan tomato, kobis, bawang merah dan cili padi ke dalam mangkuk.
Masukkan juga sos ikan, garam (hati2, jgn letak banyak sbb dah ada rasa masin dr ikan bilis dan sos ikan), gula, daun ketumbar dan perahan limau kasturi.
Gaul hingga sebati dan perap 10 minit barulah dihidangkan.