Wednesday, May 18, 2011

Kiwi Panna Cotta

ASSALAMUALAIKUM..

Dah buat Mango Panna Cotta dah buat Lychee Panna Cotta. Kali ni buat versi kiwi pulak. Terhasil lah Kiwi Panna Cotta. Menggunakan resipi Mango Panna Cotta oleh Gert yg diedit sedikit bahannya. K.Nor menambahkan sedikit lagi serbuk gelatin utk menghasilkan panna cotta yg sedikit pejal dr yg dibuat sebelum ni. Enak sungguh panas2 gini layan dessert yg menyejukkan anak tekak.


Panna Cotta ni dah dibuat semalam lagi dan dibiarkan bertapa lebih lama dlm esbok supaya dapat set dgn elok dan betul2 sejuk sebelum dimakan. Bagi yg belum pernah mencuba panna cotta, dessert ni mmg tak pejal/keras mcm agar, tekstur ia lebih kepada cam dadih. Kalau yg prefer lebih pejal boleh la lebihkan lagi gelatin. Dan satu lagi panna cotta ni mmg mengambil masa yg agak lama utk set jadi seeloknya dibuat lebih awal dan dibiarkan lama dlm esbok. Insyaallah lebih enak dimakan kalau dibiarkan betul2 sejuk.


K.Nor mmg suka buat panna cotta sbb anak2 mmg sukakan dessert gini. Boleh aje nak pelbagaikan versi panna cotta spt versi strawberi, dragon fruit dan kalau nak cuba versi nenas pun boleh asalkan buah yg digunakan adalah buah yg juicy. Ok.. selamat mencuba ^___^

KIWI PANNA COTTA
source : Gert (Mango Panna Cotta)
diolah : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
3 biji buah kiwi ~ blend utk dijadikan puri + 3 sudu besar gula

Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri kiwi keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

** updated:
K.Nor lupa nak mention yg K.Nor ada masukkan 3 sudu besar gula masa blend kiwi.
Ni supaya puri kiwi yg dihasilkan tak terlalu masam.