f Secubit Garam: Kuih Dadar Coklat

Monday, May 23, 2011

Kuih Dadar Coklat

ASSALAMUALAIKUM..

Bermula pagi ni, entry yg dipublishkan adalah entry berjadual. Bila entry berjadual maknanya semua masakan yg ditayangkan adalah masakan yg dah dibuat sebelum ni (sengaja diperam utk dijadikan entry berjadual minggu ni atas sebab2 yg tertentu) Sebenarnya tuan rumah skrg ni berada di Puchong (insyaallah..) untuk beberapa hari. Jadi utk mengelakkan blog ni sepi tanpa sebarang entry tu yg K.Nor peram beberapa entry dan dijadikan entry berjadual. Insyaallah, pada hari Rabu malam nanti tuan rumah akan kembali ke K.Terengganu. Semoga kita berjumpa lagi.. insyaallah..


KUIH DADAR COKLAT
resepi: Kak Wan@Recipes Today
sumber : Izah

Bahan Inti Coklat
100 ml susu cair
25 gram gula pasir
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar tepung jagung
100 gram coklat masakan (potong kasar)
1 biji kuning telur
1/8 sdt garam

Bahan Dadar
200 gram tepung gandum
2 biji telur dipukul sedikit
1/2 sdt garam
2 sdm majerin dicairkan
400 ml susu segar/santan cair
sedikit coklat emulco
majerin untuk meleser *saya tak guna.


Cara-cara :
1. Inti: Didihkan susu cair secara double boil hingga berbuih ditepinya. Larutkan serbuk koko dan gula dengan sedikit air panas, tuangkan ke dalam susu cair tadi kacau rata. Masukkan coklat masakan, kacau perlahan sambil dimasukkan kuning telur dan tepung jagung untuk memekatkan inti, Angkat biarkan sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk untuk memekatkanya.
2. Dadar: Satukan bahan dadar, gaul rata hingga tidak berketul. Tapis.
3. Asingkan 100 ml adunan, masukkan coklat emulco, gaul rata dan ketepikan.
4. Adunan yang selebihnya dibiarkan dengan warna asal.
5. Panaskan non stick pan, leserkan sedikit majerin dan ambil piping bag gunting sedikit saja muncungnya, masukkan adunan coklat dan picit bentuk zig-zaz ke dalam non-stick pan yang telah dipanaskan terlebih dahulu. Biarkan sekejap dan segera tuangkan adunan warna asal diatas jalur coklat tadi (jgn diantaranya kerana jalur coklat akan tertanggal) dan lenggokkan adunan menutupi dasar kuali. Buat hingga habis.
6. Ambil sekeping dadar, isikan 1 sudu kecil inti ditengahnya. Gulung secara melintang jaluran tadi.
7. Pastikan dadar suam sedikit sewaktu memasukkan inti coklat gulung dengan cepat supaya inti tidak cair.
8. Jika tidak mahir dengan piping bag gunakan sudu kecil untuk membuat jalur.

* K.Nor tak buat inti coklat spt dlm resipi tapi K.Nor guna Chocolate Spread/Filling yg pernah K.Nor buat sebelum ni.
** Dlm adunan dadar, K.Nor tambah 1/2 cawan air sbb adunan asal agak pekat. Bila adunan pekat, agak payah nak melenggang dadar dlm pan dan dadar yg dihasilkan pun agak tebal. Sebab tu K.Nor tambah air.
*** Teknik yg K.Nor gunakan, buat dadar dulu, bila permukaan atas dadar hampir kering baru lah di picitkan adunan dadar berwarna coklat dgn menggunakan botol mayo bermuncung 3.

Memang sedap, anak2 K.Nor semua sukakannya..