Sunday, May 15, 2011

Marble Cheese Brownies

ASSALAMUALAIKUM..

Mencuri masa sekejap (masih duk mengukus lagi nih..)menghapdet brownies yg dibuat pada malam Jumaat baru2 ni, masa Blogger.com tengah demam tu. Ni lah brownies yg K.Nor buatkan utk Naim bawak ke jamuan bersama geng2 kelas Bahasa Inggerisnya. Memang lah dah plan awal2 nak buat brownies ni yg pada mulanya Naim kata jamuan tu pada hari Sabtu, tup2 masa Maghrib (malam Jumaat) tu dia kata " mak, bila nak buat kek Angah?" Aik.. kata jamuan pagi Sabtu, rupanya dia silap beritau, jamuan sebenarnya pada pagi Jumaat. Apa lagi, terus keluarkan butter, telur dan cream cheese yg mmg dah ready standby dlm esbok. Masa tu baru jer siap bakar Puding Roti, buat Sos Kastard pastu buat Chocolate Spread. Lepas solat Maghrib terus godek brownies ni. Buat brownies ni mudah, tak perlu pukul/beat telur bagai.. Semua main kacau2/mix gitu jer pastu tuang dlm loyang dan bakar. Pastu buat bahagian cheesenya pulak dan lorek2kan. Kejap jer dah siap dibakar.


K.Nor tak leh nak tayang gambar brownies yg dipotong sbb Naim bawak sebiji terus ke jamuannya. Jadi tak ada lah adegan bedah siasat utk brownies ni.Tukang masak dan yg lain2 langsung tak sentuh atau dapat merasa keenakkan brownies cheese ni.. Alahai terliur ler.. nak kena godek gak semula utk kita org makan2 lepas ni...


MARBLE CHEESE BROWNIES
sumber: Rinnchan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.


Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.