Wednesday, May 18, 2011

Melayan Hari Cuti

ASSALAMUALAIKUM..

Semalam satu hari tak masukkan n3 kan.. Antara sebab utama dapur tak berasap dari pagi hingga ke petang. Sarapan pun Cik abg tapau yg kat kedai jer. Lunch lagi la tak masak dan juga tak lunch kat rumah. Dah lama plan nak picnic dgn famili macam dulu2. Masa Along masih di sekolah menengah lagi dan adik2nya masih di sekolah rendah, K.Nor sekeluarga kerap ke taman yg terletak di belakang Masjid Terapung utk lunch picnic. Kadang2 K.Nor bawak masakan yg dimasak kat rumah dan kadang2 kalau hari kurang rajin, beli jer nasi bungkus. Sekarang ni payah sket nak keluar gini walau time cuti sebab selalunya Aisyah dan Luqman ada jer kelas tambahan kat sekolah dan jugak tuisyen. Kebetulan semlm dua2 tak ada boleh la tunaikan hajat yg dah lama terpendam ni.

Semalam langsung tak bawak apa2.. ehhh.. .. kecuali air kosong jer. Untuk K.Nor dan Cik Abg, Nasi Padang bungkus dan utk anak2 Nasi Kukus.. pastu beli air cendol dan air bandung. Tak lupa Rojak Buah sket.. Alhamdulillah.. seronok betul dpt luangkan masa bersama famili spt tu lagi. Makan2, lepak2.. gurau senda.. tapi kekurangan sorang ahli.. kalau cukup ahli lagi best.. Lepas dah abis lepaking, kita org ke rumah MIL K.Nor jenguk2 persiapan majlis pernikahan SIL. Lepas Asar baru kita org balik.


Untuk dinner K.Nor buatkan Mi Lidi Goreng Hijau jer. Masakan yg cepat siap dan mengenyangkan. Ada gak godek dessert tapi tak leh nak tayang lagi sbb buat tu utk makan petang ni. Tunggu ia betul2 sejuk dulu baru best melayan dessert gini kan.. Insyaallah kalau tak petang, malam nanti K.Nor post. Bukan yg special pong... hehe...