ASSALAMUALAIKUM..
Alhamdulillah.. terima kasih buat semua yg telah memberikan ucapan tahniah atas tersiarnya kali ke2 resipi K.Nor dalam Jelita Mei 2011. Kejayaan ni adalah kejayaan semua jugak. Tanpa anda semua siapalah K.Nor dan tak kemana jugak SecubitGaramNor67 kan.. Yg paling utama sekali, Terima Kasih buat Cik abg dan anak2 sentiasa memberi sokongan dan dorongan utk K.Nor terus berkarya kat dapur alam maya ni.. Terima kasih kerana sangat memahami dan sentiasa berada di sisi.
Kali ni nak tayang apam yg teramat sedap! Ermmm ada 4 jer ibu jari kan.. Kalau ada 5 mmg dah bagi 5 thumbs up! Makan time suam2 panas tu.. fuhhhhhhh.. lepas satu ... satu masuk mulut. Ntah berapa biji pun tak tau.. Anak2 pun terutamanya Naim yg ngap paling banyak. Apam jenis gini la yg paling dia suka. Tekstur apam ni tersangat lah halus dan gebu.. Nak buat pun tak susah, mix jer semua bahan sampai kembang. Kalau guna mixer yg 'gagah' sket tu lagi la cantik hasilnya.
Sebelum ni K.Nor tengok Anna Qawina yg buat apam ni, cantik jer mekar berjambak2. Terus tergoda nak buat.. Bimbang gak buat apam takut tak merekah dan tak mekar tapi bila bukak tudung pengukus, wahhhhhhhh ... semua sekali kembang mekar! Sama cam Mek Anna tu.. Memang happy sungguh kan Ana.. Semua sekali dari satu adunan kembang mekar.. tak ada sebiji pun yg tak kembang. Alhamdulillah.. Memang sedap apam ni. Akan simpan resipi ni dan akan dibuat lagi dan lagi.. Insyaallah.. Lagi pun Luqman dah book apam ni kalau ada jamuan kat kelas dia.
Cam biasa, K.Nor edit sket tang bahan2 tu. Of coz la tang sukatan gula kan. Kalau tengok dari resipi asal guna 2 cawan gula! Ya ampun, manis tu... Ana pun dah edit gak tang gula, tu pun dia kata masih manis. K.Nor guna 1 1/3 cawan tu pun masih agak manis bg org yg penawar cam K.Nor dan famili ni. Rasanya lain kali kena kurangkan sket lagi. Nanti kalau dah buat lagi K.Nor akan edit balik kat resipi ya.. Sorry ya Rima, K.Nor mmg kalah dgn manis2 ni.. :) Dan satu lagi, disebabkan yogurt ada 1 bekas jer, tak cukup utk satu adunan yg perlukan 1 cawan yogurt, K.Nor tambah susu cair utk mencukupkan 1 cawan yogurt tu. Alhamdulillah.. sedap! Moist jer apam ni. Meh la penggemar apam, try buat apam yg mabeles ni ^___^
YOGURT STEAMED CUPCAKE
souce : Rima
2 cups sugar (1 1/3cawan)
1 tsp ovallete
2 cups flour
1 cup fresh yoghurt (thick) (1/2 caw yogurt + 1/2 caw susu cair)
2 eggs
1/2 tsp double acting baking powder (k.nor guna baking powder biasa)
1tsp cocoa powder (K.Nor skip)
1tsp chocolate paste
1 sudu teh esen vanila (K.Nor tambah)
Method
Beat all of them together until the batter becomes pale, thick, and the whisk leaves a vivid trail when stirring through the batter.
Spare some batter for the chocolate topping (about 5 Tbsp), mix it with cocoa powder and chocolate paste.
Drop the white batter into cups, then drop a teaspoon of chocolate batter on top of every cup. Steam for about 15 - 20mins.
* Yg betanda merah ygK.Nor buat
** utk mudahkan meletak adunan dlm papercup, masukkan adunan dlm piping bag atau plastik bag bersih dan gunting bucunya.