Thursday, June 30, 2011

Ayam Goreng Berempah Tomyam

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. dapat bersiaran lagi petang hari ni. Ingatkan Blogger.com dah bg cuti paksa 1 hari. Nak sign in tak boleh, nak komen lagi la tak boleh.. last2 masing2 melepak kat pesbuk. Duk buat sitcom kat pesbuk.. hehe.. Sebelum ke menu hari ni, K.Nor nak ucapkan jutaan terima kasih atas ucapan tahniah dan doa2 yg dah dipanjatkan utk SecubitGaramNor67 juga utk K.Nor sekeluarga atas pencapaian 1 juta hits semalam tu ya.. Terharu bila ramai sekali yg sudi mencemar duli mengucapkan semua tu tambah lagi yg sudi angkut bunga dan buat n3 khas utk K.Nor.. dan juga yg selitkan hal pencapaian SecubitGaram dlm entri masing2 hari ni.. Mekasih banyak2.. semoga kita semua dalam limpah rahmat Allah setiap masa.. amin...


Nak tayang menu petang ni, Ayam Goreng Berempah Tomyam. Resipi spontan jer ni. Dah tak tau nak buat ayam goreng apa lg.. saja jer main campak2 bahan. Alhamdulillah.. sedap gak sbb ada rasa pedas2 tomyam dan wangi daun limau purut serta serai. Lauk ni digandignkan dgn Tumis Pedas Ikan Merah kat bawah nun..

AYAM GORENG BEREMPAH TOMYAM
resipi : K.Nor SecubitGaram

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 batang serai ~ dihiris halus dan ditumbuk sedikit
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu besar paste tomyam
1/2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu besar jus limau nipis
sedikit air
garam
2 helai daun kunyit ~ dicarik2kan
minyak

Cara:
Gaul semua bahan kecuali minyak dan perap ayam sekurang2nya 1/2 jam.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak garing.
Angkat dan toskan.
HIdangkan dlm pinggan dan tabur dgn sedikit daun limau purut yg dihiris halus dan digoreng.


Tumis Pedas Ikan Merah

Wednesday, June 29, 2011

0ne Million... At last ^__^

ASSALAMUALAIKUM..


Sedar tak sedar dah cecah 1 juta hits ( dah lebih dr 5000 baru nak perasan, tu pun Along K.Nor yg cakap jap tadi hehe ) SecubitGaramNor67@blogspot.com setelah bersiaran selama 2 tahun 3 bulan. Tak terasa masa berlalu, rasa cam baru jer lagi menceburkan diri dalam dunia blogging. Makin lama makin terasa keindahan menjadi blogger (walau banyak juga yg pahit, kita amik yg positif dah la kan.. yg pahit, yg keruh tu, kita buang jauh2 walau ada yg menjadi parut, berbekas di hati.. ada yg masih terpendam kekecewaan dgn sesetengah blogger dan keadaan atau apa yg dilakukan.. yer la, siapa lah diriku nak bandingkan dengan mereka2 ini kan.. ) Yang paling best mendapat kenalan baru yg tak pernah bersua muka, ada yg dah ramai jumpa, dpt mengikat tali persaudaraan antara bloggers dan juga dgn bukan bloggers. Alhamdulillah.. terasa indahnya ukhwah yg dibina atas keikhlasan dan kerana Allah ni.. semoga terus mekar ukhwah antara kita semua ya..


Ikutkan plan yg K.Nor buat, ada nak buat perubahan sket pada blog ni tapi apakan daya, keadaan tak mengizinkan. Kita hanya merancang, Dia juga yg menentukan. Insyaallah akan dilaksanakan jugak cuma masanya entah bila.. Mudah2an dpt dilaksanakan secepat mungkin..

Jutaan terima kasih buat semua pengunjung ke SecubitGaramNor67 yg tak seberapa ni. Tak kira lah bloggers, bukan bloggers yg sudi mengomen, pengunjung baru maupun yg lama, silent readers maupun yg suka tinggalkan komen. Kalian semua amat K.Nor hargai.. Semoga akan terus mengunjungi SecubitGaramNor67 ya.. Kunjungan dan komen2 teman2 semua sentiasa menceriakan hari K.Nor serta menjadi pemangkin semangat utk K.Nor meneruskan blog ni. Komen2 positif yg membina dan bukan menikam dr belakang dan menjatuhkan sesama sendiri amatlah dihargai. Terima kasih sekali lagi.. Luv u all... always ^___^


Sudi2kan amik ya.. tq so much!


Angel Hair Goreng Berempah Pedas

ASSALAMUALAIKUM...


Jom berbuka puasa...


Insyaallah, resipi akan di update nanti...

Updated:
Maaf la ya, tadi kalut menggoreng angel hair ni. Tak sempat nak pot pet2. Nak letak resipi pun tak sempat. Tambah pulak line cam hang jer, duk loading tak sudah2. Last2 post gitu jer, tanpa resipi.

Ok berbalik pd entri malam ni, alhamdulillah... dah selamat berbuka. Harap2 teman2 lain yg berpuasa hari ni pun dah selamat berbuka. Kali ni melayan permintaan suami tukang masak yg nak makan pasta utk berbuka. Layan, jangan tak layan.. kan.. hehe

Sebelum ni dah tengok Zaliedana dan Mas buat Angel Hair Goreng Berempah Pedas dengan menggunakan resipi Makaroni Goreng Berempah Pedas. Terasa gak nak cuba dgn angel hair seperti yg dia org buat. Alhamdulillah.. sedap! Memang tidak menghampakan. Si anak dara pun makan bertambah2..

Jom tengok resipi Angel Hair Goreng Berempah Pedas yg dah diedit sket penggunaan bahan2 yg digunakan..

ANGEL HAIR GORENG PEDAS BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
200 gm angel hair
150gm daging kisar
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) * (*dipotong dadu)
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau *
(* dipotong panjang)
1/2 batang lobak merah ~ disagat kasar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar ~ kurangkan jika tak nak pedas sgt
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 1/2 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak

Cara:
Rebus angel hair sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 1/2 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan daging kisar dan masak hingga bertukar warna putih.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan angel hair dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan masakan yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka pasta yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

* Daging cincang boleh digantikan kepada hirisan ayam.

Cajun Seasoning
Ni contoh cajun brand McCormick
Gambar pinjam dr mr google


********

Yg dah mencuba ... TQ
1. Mas Duniaku

Cendawan Goreng Hot & Crunchy

ASSALAMUALAIKUM..


Dari ini.....


Kita transformkan menjadi.....

Sangat2 enak! ^____^

CENDAWAN GORENG HOT & CRUNCHY

Bahan2:
400 gm cendawan tiram
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 cup/bekas yogurt plain
1/2 sudu besar serbuk cili ~ lebihkan jika ingin lebih pedas
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 1/3 cawan air
1 sudu kecil garam
minyak utk menggoreng

Cara2:
Siatkan cendawan ikut saiz yg dikehendaki.
Basuh bersih dan toskan. Lapkan dgn paper towel sekiranya ada lg lebihan air pd cendawan.
Bancuh kesemua bahan2 lain kecuali minyak hingga sebati.
Panaskan minyak dgn api yg kuat.
Bila minyak dah cukup panas, celupkan cendawan ke dalam batter dan goreng hingga masak/garing.
Angkat dan toskan.
Boleh lah dihidangkan dgn sos cili thai atau sos cili kegemaran masing2.
Selamat mencuba :)

* proses menggoreng cendawan mmg perlu menggunakan api yg kuat supaya cendawan tidak menyerap minyak dgn banyak atau lebih dikenali dgn panggilan kembang minyak :)

Tuesday, June 28, 2011

Nasi Ketumbar

ASSALAMUALAIKUM..

Kalau rasa males nak masak tp nak makan nasi yg sedap, try ler Nasi Ketumbar ni. Tapi dengan syarat kena lah ada daun ketumbar ya..  Kang tak jadi pulak Nasi Ketumbar. Boleh tahan sedap gak nasi ni, mudah dibuat, bahan2 pun simple jer. Harum bau daun ketumbar bila time masak tu.Time makan lg la harum baunya tu kan..


Sebagai gandingan Nasi Ketumbar ni, K.Nor buatkan Ayam Masak Merah Berempah. Alhamdulillah, gandingan yg agak serasi ni. Kalau ikutkan nak buat gak Acar Mentah tp tahap kerajinan dah agak menurun. Makan jer berulamkan tomato dan timun batang.. sedap jugak :)

Resipi K.Nor ambil kat dapur Ayu S'pore yg mana resipi asal dtg dari MyResipi kan.. Mekasih Ayu dan tuan asal resipi.


NASI KETUMBAR
resipi : Q'ein @ Myresipi
sumber : Ayu S'pore & K.Nor

Bahan:
500g beras
3 s/b mentega/minyak sapi
sedikit minyak
1 biji bawang merah (dimayang halus)
3 batang daun ketumbar (blender halus)
sedikit garam
pewarna hijau
1 kiub ayam

Cara-cara
Basuh beras dan toskan
Cairkan mentega bersama sedikit minyak
Masukkan bawang goreng sehingga wangi dan masukkan kiub ayam
Kemudian masukkan beras, daun ketumbar yang telah blender tadi dan secubit garam
Masukkan air dan masak seperti nasi biasa
Bila nasi dah kering buat beberapa lubang dan titiskan pewarna hijau.
Tunggu sehingga nasi betul-betul masak dan gemburkan sebelum dihidang.

*daun ketumbar yg diblend tak perlu ditapis kalau ditapis akan mengurangkan aroma daun ketumbar dlm nasi..


Projek Untuk Si Anak Dara Lagi..

ASSALAMUALAIKUM..

Dari tadi duk reka2 ayat nak mengarang, tp otak rasa blurr jer. Agaknya kes kepenatan sgt kut. Ni pun masukkan entri lepas balik dr jogging.. Bermula semalam, dr petang (lepas post entri Puding Mangga Kristal) terus ke hampir tengah malam baru settle semua kerja. Tu yg tak sempat langsung nak balas komen kat n3 puding tu. Ni gara2 melayan kehendak anak dara yg mintak K.Nor buatkan sedikit makanan utk jualan sempena Hari Koperasi, Hari Sains & Hari Disiplin yg diadakan serentak kat sekolahnya. Kalau ikutkan plan asal nak buat muffin sket sebagai tambahan tapi tangan tukang masak dah lenguh sangat, dah berdenyut2 kes duk mengerjakan kelapa muda tu. Nak beli yg dah siap belah dan siap amik isi, si penjual tak nak layan. Terpaksalah K.Nor kerjakan sendiri 4 biji kelapa muda. Bila dah buat 2 adunan nampak cam sikit jer, mintak pulak Cik Abg yg kebetulan keluar, belikan lagi kelapa muda utk tambahan. Hu hu.. mmg lenguh giler tangan smlm. Body pun apa kurangnya. Tidur dlm tangan yg berdenyut, tp alhamdulillah pg ni dah berkurangan banyak sakitnya tu.

Meh la layan sambil cuci mata kasi segar sket dgn Jelly Kelapa dan Yogurt Steamed Cupcake@Apam Yogurt. Kalau nak resipi sila klik kat link resipi2 tu ya.. Tuan rumah nak lepak2 jap sementara nak masuk opis lak nanti..




Yg ni hidangan utk ahli dlm rumah ^___^

Monday, June 27, 2011

Puding Mangga Kristal

ASSALAMUALAIKUM...


Hehehehe.... gelak dulu jap. Geli hati betul baca nama puding yg diberikan tu. Bermacam2 nama ada.. Yg paling tak boleh tahan, Puding Cajun!! Memang Izah dgn Mas nak kena hempuk ni.. Mentang2 la tengah demam cajun, kut ya pun takkan puding pun nak letak cajun! Haish... Kalau dekat2 mmg dah kena hempuk.. hehehe.. Nama yg lain yg buat K.Nor tergelak dan tersengih adalah nama Puding Secubit Garam dan Semanis Senyuman oleh Ilah, Puding Tupperware oleh Erani, Puding Teka Teki oleh Naz dan Puding Rima oleh Rima.. Wahh Puding Rima!! mana aci, K.Nor yg buat puding, Rima lak yg dpt nama! hihihii...

Buat semua yg dah amik bahagian dan tak amik bahagian tp tetap tinggalkan komen, terima kasih K.Nor ucapkan ya.. Seronok pulak bila buat gini, terasa kemesraan antara kita bloggers ni walau tak pernah bersua muka hanya sekadar bergurau senda dan berceloteh di alam maya. Luv u all ^____^


Ni lah dia puding yg dihasilkan, PUDING MANGGA KRISTAL.Tak lah seglamer mana pun, saja nak meriahkan hari Isnin yg biasanya org duk kata Monday Blues tu.. Puding ni hasil ilham dan godek situ sket, sini sket dr resipi yg dah pernah buat dan resipi yg kat blog2 lain. Ni pun sebab nak habiskan 3 biji mangga dlm esbok, kalau tak perabiskan kesian pulak nanti. Sebelum menopos mangga tu, kita buat projek dgnnya kan.. Alhamdulillah.. puding ni sangat2 menepati piawaian mutu dan selera anak tekak K.Nor sekeluarga. Sedang2 elok manisnya dan sedang2 elok pejalnya. Sekali hadap smlm puding ni, tinggal 1/4 jer lagi tu. Ok lah.. kita tengok resipi Puding Mangga Kristal ni ya... Mekasih sekali lg buat semua yg join dlm n3 Ce Teka Part 2 tadi.. :)

Jemput makan semua.. ^___^

PUDING MANGGA KRISTAL
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
Lapisan berkaca (atas)
5gm serbuk agar2
600ml air
5 sudu besar gula
buah mangga ~ dipotong kiub

Lapisan puding (bawah)
5gm serbuk agar2
500ml air
1/2 cawan susu cair
5 sudu besar gula ~ bergantung pd manis mangga
120ml puree mangga

Cara :
Lapisan berkaca (atas)
Masak air bersama serbuk agar2 hingga larut dan masukkan gula.
Masak lagi hingga mendidih. Padamkan api
Ketepikan.

Lapisan puding (bawah)
Masak air bersama serbuk agar2 hingga larut dan masukkan gula.
Masak hingga mendidih dan masukkan susu cair.
Bila aduann puding hampir mendidih padamkan api dan masukkan puree mangga.

Utk membuat puding mangga kristal:
Basahkan mould yg akan digunakan.
Tuangkan adunan atas (berkaca) ke dalamnya dan tabur potongan mangga.
Biarkan mengeras bahagian atasnya.
Kemudian kelar2kan sedikit dgn garfu.
Tuangkan pula adunan puding dgn perlahan2 hingga habis.
Biarkan seketika hingga hilang panasnya dan sejukkan dlm peti ais.

Special utk Izah...
Sbb jawab hampir2 tepat, K.Nor bg special yg ni utk Izah :)

~~~~~ *** ~~~~~

Terima kasih pd yg dah mencuba :

Ce Teka .. Part 2

ASSALAMUALAIKUM

Lama tak main teka teki tekuk kan.. Ingat lagi seronok main teka teki yg dulu tu. Saja2 la dah tak ada modal nak main2 ni, kita main teka teki lak kali ni. (takkan nak main teka teki dgn cik abg jer, mentang2 dia ada kat rumah manjang, kang jd citer lain..hahhahhaha syhhhhhhhh..hehehe)


Ok.. nampak mould tupperware ni? Cun kan, kaler kuning, my pebret kaler tu.. Tak main la kaler biru.. yg biru bagi mek Mukah dgn Mek Pasir Gudang jer hehe.. Dalam mould tu mmg ada isi, bukan kosong aje tau.. Ce teka apa isi dlm tu.. Nak clue? Sikit2 nak clue ya.. OK2. Satu jer clue yg boleh diberi.. iaitu PUDING hihihii.. Jgn marah.. biasa la mmg org buat puding dlm tu kan.. Puding ni resipi terbaru yg K.Nor hasilkan, tak keluar lg dlm pasaran alam maya :) Teka jer puding apa yg K.Nor buat ada dlm tu.. Hadiah, nanti K.Nor jamu mata special puding tu utk pemenang.. hehehe..

Dah..kena out dulu, bz banyak hari ni. Ada projek tergempar hari ni. Balik jogging terus merayau mencari bahan projek. Tu yg lambat online arini.. Sila beri jawapan kat kotak komen ya.. Penyertaan dibuka sekarang :)

Sunday, June 26, 2011

Cendawan Goreng Berempah Cajun

ASSALAMUALAIKUM..


Saja tangan gatal nak menghasilkan resipi yg menggunakan cajun seasoning ni. Nak ngetes rasa la katakan.. Hasilnya alhamdulillah.. sedap, diratah aje lagi sedap. Tak leh cakap banyak, ada member Cik Abg nak datang rumah ni.. Resipi akan diupdate kemudian ya...

Updated:
Dah malam baru boleh update resipi ni hehe.. Biasalah kalau dah dilanda kebizian tu.. Ok2 ... meh kita tengok resipi cendawan yg menggunakan rempah cajun ni. Bagi yg dah ada cajun tu, jom godek Cendawan Goreng Berempah Cajun yg mudah jer ni.

Cajun Seasoning
Tiap kali sebut penggunaan cajun, ramai yg tanya balik apa tu cajun.. dah letak sebelum ni dlm 2 entry tp kena letak lagi nampaknya.. harap pakcik google tak marah duk pinjam gambar ni ulang2 kali ^__^


CENDAWAN GORENG BEREMPAH CAJUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
200gm cendawan tiram
sedikit udang ~ dibuang kulit
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 sudu kecil serbuk cili kasar
1/2 sudu kecil cajun
1 sudu kecil sos tiram
3 bj cili api ~ jika suka lebih pedas
sedikit capsicum hijau dan merah ~ dipotong
1 sudu kecil jus limau nipis/kasturi
sedikit garam
sedikit minyak



Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan serbuk cili kasar, cajun dan sos tiram serta capsicum.
Kacau hingga wangi.
Masukkan udang, cili padi yg dipotong serong dan garam.
Masukkan pulak cendawan dan kacau. (kuatkan sedikit api pd masa ni)
Bila cendawan dah nampak sedikit layu serta udang dah masak, masukkan per
han limau dan tutup api.
Kacau hingga sebati dan hidangkan panas2.

**********

Yg Dah Mencuba.... Tq :)

1. Rabiatun

Saturday, June 25, 2011

Jemputan Dari Kongsi Resipi

ASSALAMUALAIKUM..


Tau apa itu Kongsi Resipi? Pernah ternampak tak logo Kongsi Resipi (KR) spt yg kat atas ni? Rasanya jarang2 kan (melainkan mereka yg masuk web KR dan juga MyResipi). Selalunya kat blog2 tak diletakkan logo Kongsi Resipi ni tapi widget gambar resipi2 yg diletakkan di side bar satu2 blog tu. Tu menunjukkan empunya blog ada meletakkan resipi2 kat satu hub yg mengumpulkan resipi2 dari blog2 yg publish kat blog masing2.

Dah ramai blogger yg submit resipi dari entri masing2 ke Kongsiresipi.com ni. Ramai antaranya yg menerima jemputan dari admin KR melalui email masing2 termasuk K.Nor gak la.. Dua tiga hari lepas masa duk berbalas email dgn admin KR, beliau ada meminta K.Nor mempelawa blogger2 lain utk join KR ni. Bagi K.Nor, KR adalah satu tempat utk kita menyebarkan resipi2 dalam blog kita atau dgn kata nama lainya mengongsikan ilmu yg ada pada kita disamping menarik lebih trafik ke blog masing2. Dengan ini kita boleh memperkenalkan blog kita kepada mereka yg belum mengenali blog kita.

Pada siapa2 yg berminat nak join KR, boleh la klik kat SINI ya..

Pari Bakar Berempah Harum lagi...

ASSALAMUALAIKUM..

Buat lagi Pari Bakar Berempah Harum, hasil dari resipi asal Siakap Bakar Berempah Harum milik Dayang Jack. Hari tu K.Nor buat paste lebih, senang jer bila nak bakar ikan, paste ikan bakar ni dah siap dlm freezer. Nanti kalau time bulan puasa, elok lah buat paste lebih2. Sedap kan makan ikan bakar time berbuka.. memang menyelerakan.


Dayang, K.Nor paste sekali lg resipi tu kat sini ya... Tq.. :)

SIAKAP BAKAR BEREMPAH HARUM
resipi : DayangJack
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1 ekor ikan siakap (dibersihkan) ~ k.nor guna ikan pari
1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
2 helai daun limau purut (diracik halus)
bahan-bahan dikisar bersama :
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 helai daun limau purut
3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
1 sudu besar rempah kari ikan
3 sudu makan air asam jawa
1 sudu besar kicap pekat
sedikit belacan bakar
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
gula dan garam secukupnya
sedikit air

Cara-cara :
Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api.
Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas. Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
Kemudian bakar ikan sehingga masak.


Friday, June 24, 2011

Mihun utk makan petang

ASSALAMUALAIKUM..

Ni dia makan petang merangkap dinner utk seisi ahli rumah. Masing2 dah kekenyanga, tak nak makan nasi lagi dah. Lagi pun masak lunch td mmg masak utk sekali makan jer. Memang dah plan nak buat Mihun Goreng Taucu utk petang td. Alhamdulillah.. syukur dgn rezeki Allah..


Ada mihun, kopok keping@ikan pun mesti ada. Mana boleh tinggal kopok keping kalau makan mihun goreng. Tak syok ler, tak ada gandingan yg serasi ni kan..


Nak resipi Mihun Goreng Taucu yg simple ni? Sila klik SINI... Tuan rumah mau berehat pulak... ^___^


Ayam Goreng Berempah Cajun

ASSALAMUALAIKUM..

Mabuk cajun? Oh tidak... saja nak pelbagaikan menu dr rempah cajun yg ada. Tak la tertumpu pada satu2 masakan aje kan.. Sila lah mencuba pd sapa2 yg ada cajun kat dapur tu. Nak tau rasa? Kena cuba dulu baru tau ^____^


AYAM GORENG BEREMPAH CAJUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ potong kecil dan toskan
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 sudu besar cajun
1 sudu besar serbuk cili kasar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu teh madu
1 sudu besar jus limau nipis
1 sudu besar air
garam
minyak

Cara:
Campurkan kesemua bahan kecuali ayam dan minyak hdan gaul hingga sebati.
Lumurkan pada ayam dan perap sekurangnya 1/2 jam
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak.
Hidangkan panas2.

Cajun Seasoning
Cajun (gambar pinjam)

~~~~~~~~~~~~~~~


Mereka yg dah mencuba.. tq so much! :)
(Dah cuba baru tau kesedapan ayam ni kan.. hehe)


1. Mas
2. Anna
3. MamaHawa


Bengkel Senireka Grafik, Fotografi & Photoshop

ASSALAMUALAIKUM...


Ada sapa2 yg nak belajar senireka grafik? Camna nak menembak gambar mengikut design grafik yg bakal dihasilkan? Pastu mengolahnya dgn cara terbaik dlm Photoshop? Kalau ada yg nak belajar tu semua, boleh la anda join bengkel yg bakal diadakan di Perbadanan Perpustakaan Awam, Negeri Terengganu ni. Macam2 berkaitan dgn grafik, fotografi dan photoshop akan diajar dlm bengkel berkenaan oleh seorang tenaga pengajar yg sememangnya berkemahiran dlm bidang2 tersebut. Nak tau lebih lanjut mengenai Bengkel Senireka Grafik, Fotografi & Photoshop ni sila ke SINI ya...

Thursday, June 23, 2011

Angel Hair Lemak Pedas.. Lagi...

ASSALAMUALAIKUM..

Dah makan semua? Yg dah makan, Alhamdulillah.. Yg belum, tak elok makan malam lewat2, sebaiknya biarlah sebelum pukul 8 malam. Wah.. wah.. pakar pemakanan beri syarahan pulak malam ni.. hahaha Tapi betul apa, seeloknya makan awal, antara pukul 7 - 8 malam, baru bagus utk sistem penghadaman kita. Kalau dah lebih dr pukul 9 atau 10 malam keatas tu elok amik yg ringan2 aje dah la.. Ni pun boleh elakkan pewut jd muncit ^__^


Jom layan menu malam ni, Angel Hair Lemak Pedas, resipi CMG yg dah acapkali K.Nor buat. Bila dah acapkali buat tu faham2 sendiri la kan.... Kalau tak sedap takkan nak buat berulangkali. Mekasih Che Mat, mmg resipi ni jadi kegemaran K.Nor. Tapi cam biasa mmg banyak yg K.Nor tokok tambah dlm masakan tu. Yg pertamanya mmg tak pernah beli meat loaf, jd K.Nor tukar kepada Ramly Sosej jer. Sama jugak dgn bay leaf, pun tak letak (tak pernah beli jugak hehe). Pastu tambah udang sket utk melazatkan lagi pasta ni,. Eh kali ni, tak letak capsicum sbb out of stock! Taruk jer la mana2 cili yg ada, tak kisah la kan.. Dan yg paling utama sekali, K.Nor guna angel hair sbb lebih sedap makan angle hair dr spaghetti. Ok lets check the recipe...

SPAGHETTI LEMAK PEDAS
resipi : CMGebu
sumber: K.Nor @ SecubitGaram


BAHAN-BAHANNYA :-)
1/2 cekak spaghetti ~ k.nor guna angel hair
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu
1/4 bahagian green capsicum, dadu
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu
1 helai bay leaf
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL
1 keping meat loaf "ayamas", didadu ~ k.nor gantikan dgn sosej dan udang
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air ~ k.nor guna air rebusan pasta tu

CARA MEMBUATNYA :-)
Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

Mayonnaise Saucy Chicken

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah.. dapat bersiaran lagi hari ni. Terima kasih semua atas compliment kat entri smlm Non Bake Cheesecake tu.. Jenuh nak mereply.. haha tapi seronok! Lagi seronok bila Anncoo email memuji 'kecantikan' ciskek tu.. ^___^ Dah la ya, kita tinggalkan hal semalam, kita sembang pasal n3 hari ni pulak.


Ni dia ayam mayo atau dgn nama surat beranaknya Mayonnaise Saucy Chicken, by Love hasil olahan resipi Hot & Spicy Mayonnaise Prawn Fry juga oleh Love. Love baru aje publish resipi olahannya ni semalam, terus K.Nor save. Kebetulan hari ni nak masak menu ayam, jadi K.Nor try aje la.. Not bad Love, sesedap Mayonnaise Prawn gak ni tp rasanya yg prawn is still the best! hehe.. For your info Love, K.Nor ada letak bahan tambahan dlm masakan ni tadi utk kasi lebih umphh pada rasanya. Nanti K.Nor letak kat bawah resipi Love tu ya... Thanks so much dear for your nice recipe, Mr Tolahah also love the taste of the chicken :)

MAYONNAISE SAUCY CHICKEN
recipe by : Love2cook
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients :~
1 whole chicken ~ cut free form
2 eggs
1 tsp coarse blackpepper
salt
2 tbsp plain flour
1 tbsp cornflour

for the sauce:
3 tbsp chilli sauce
2 tbsp sweet & sour sauce ( may sub with tomato ketchup )
1 tbsp sweet soy sauce (optional)
4 tbsp mayonnaise
cooking oil to fry
1 tbsp olive oil for sauce

Method :~
Clean chicken, pat dry with paper towel.
Beat eggs in a bowl. Mix in blackpepper, salt, flour and cornstarch.
Add chicken pieces in and rub thoroughly with the egg mixture. Marinate for 30 minutes.
Deep fry the chicken pieces until cooked. Drain on a paper towel.
Now make the sauce. Heat olive oil in a saucepan. Add all sauces except for mayonnaise. Stir and add in the fried chicken pieces, mix. Turn off the heat.
Add mayonnaise to the chicken, mix and coat well. Dish out immediately and ready to be served.

* yg K.Nor tambah:
1 sudu teh serbuk cili kasar
5 bj cili padi dihiris serong
sedikit cili merah dan cili hijau dihiris serong
sedikit air utk menghasilkan masakan yg sedikit berkuah
tepung tu K.Nor letak 3 sudu kecil (rumbu) tpg jagung jer.


Wednesday, June 22, 2011

Non Bake Cheesecake with Green Apple Syrup

ASSALAMUALAIKUM...

First time tengok Ann tayang kat blog dia, terus jatuh cinta kat ciskek dia yg gojes tu. Org kata love at the first sight! Memang sangat2 berkenan dgn kecantikan dan kelembutan kaler ciskek Ann. Pastu copy & save resipi tu, dan asyik terbayang jer dlm kepala nak buat. Nak cari Apple Syrup tu yg payah. Rasanya tak pernah terjumpa lagi syrup gitu kat kedai2. Kebetulan masa gi Bake With Yen dgn sister K.Nor bulan lepas tu, ternampak ler perisa/essence green apple, terus sambar sebotol. Memang aim nak guna dlm resipi ni la..


Akhirnya tercapai gak hajat nak buat Non Bake Cheesecake with Apple Syrup tp rasanya kena panggil Non Bake Green Apple Cheesecake aje kan, sbb tak guna Apple Syrup tu. hehe.. Cantik tak hasil ciskek ni? Nak tau rasanya? Secantik rupanya tu, secantik tu jugak la rasanya. Memang sedap! Walaupun K.Nor tak guna digestive biscuits (tak pernah jumpa lagi biskut tu kat sini, tak tau la terlepas pandang kut) K.Nor gantikan dgn biskut tiger susu jer. haha.. jadi la kan.. lebih kurang gak tu.. Kita yg buat dia, bukan dia buat kita. Hasilnya tetap sedap! Lemak2 berkrim.. wallahhhhh.. Lemak2 menari keriangan, diet makin lama makin syok duk bercanda di tengah lautan.. adehhh...


Eh.. panjang pulak ngomel malam ni ya...Siang tadi tak ngomel, mlm ni terlebih pulak. Hahhh amik, mana2 yg suruh K.Nor mengomel sgt tu.. Baca.. jgn tak baca.. hihihi... Dah abis baca, meh join ngap ciskek yg sedap ni.. Tq so much Ann for sharing the marvelous recipe!

NON BAKE CHEESECAKE with APPLE SYRUP
source : Anncoo Journal
source : K.Nor@SecubitGaram

Crust
150g Digestive biscuits, crushed
60g Butter

Filling
100ml Water
2 tbsp Gelatin
250g Cream cheese, soften at room temperature
75g Caster sugar (used icing sugar, sifted **add icing sugar to90g if you prefer a sweeter cake)
250g (1 cup) Natural yogurt (used Greek yogurt)
125g Green flavored Apple syrup (from PH) ~ k.nor skip sbb tak ada

Method:
Line a 20cm round pan (with removable base) set aside.
Combine crushed digestive biscuit crumbs and melted butter together in a mixing bowl. Press the biscuit crumbs onto the base of the prepared pan. Chill in the freezer compartment for at least one hour.
Measure water into a bowl and sprinkle in the gelatin (without stirring with a spoon). Set aside to allow the gelatin grains to swell (10mins) before setting the bowl over a pot of simmering hot water. Stir with a spoon and once the gelatin melts, remove the bowl from the pot and set aside to cool to room temperature.
With an electric mixer, beat cream cheese and icing sugar together until smooth. Add in gelatin solution and yogurt, beat till the mixture turns smooth.
Divide mixture into two bowls, one with 250g cream cheese mixture and add in 125g apple syrup, mix well with a spatula.
Spoon 4 tablespoon of the plain cream cheese mixture into the middle of the prepared pan, then 3 tablespoon of the apple syrup cream cheese on top.
Continue alternately the cream cheese until you finish them. Don't tilt the pan, it will spread by itself. You can change the lines to zebra design if you wish (refer here).
Chill cheesecake in refrigerator for at least 4 hours or till next day before serve.

* Biskut digestive tu K.Nor gantikan dgn Biskut Tiger Susu.. Lepas makan kita kuat dan sihat ya.. hehe
Green Apple syrup tu tak ada, K.Nor gantikan dgn 1 sudu teh perisa apple hijau (beli kat BWY) dan sedikit pewarna hijau.
Nak tengok cara melayer adunan ciskek ni sila klik kat link Anncoo tu ya..



Kerang Goreng Serai Pedas

ASSALAMUALAIKUM...

Biarlah gambar yg berbicara ya, tuan rumah ketandusan idea nak mengomel :)


KERANG GORENG SERAI PEDAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
200gm isi kerang (lebih kurang 2 cawan)
7 biji bawang merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 batang serai ~ dihiris halus
2 sudu besar sos cili thai
5 - 7 bj cili padi ~ dihiris
3 sudu besar sos ikan
2 sudu besar perahan limau kasturi/nipis
2 helai daun limau purut ~ dicarik2kan
daun ketumbar ~ dihiris
garam dan gula jika perlu
minyak

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan serai dan goreng lagi seketika.
Masukkan sos cili thai, cili padi, sos ikan dan isi kerang.
Perasakan dgn sedikit garam dan gula jika perlu.
Masukkan daun limau dan daun ketumbar (simpankan sedikit daun ketumbar sebagai hiasan atas hidangan nanti)
Kacau dan biarkan masak seketika dan masukkan jus limau.
Kacau hingga sebati dan padamkan api.
Hidangkan dalam pinggan dan tabur dgn hirisan daun ketumbar.


Tuesday, June 21, 2011

Blended Orange Cake

ASSALAMUALAIKUM...

Bersiaran lagi di malam hari setelah agak kebizian petang tadi. Virus Blended Cake dah lama padam kan, K.Nor baru nak buat. Eh.. smlm pun Yat Maria buat gak kan.. Yat, kita nak beca jer, tak per la sampai gak kan.. hehe.. Saja2 nak ngetes camna rasa kek yg tak perlu dipukul bagai, sekadar guna blender jer. 


Rasanya betul la, kek ni mmg sedap dan lembut walau sekadar guna blender. Kek yg sangat mudah disediakan, budak sekolah rendah pun boleh buat kek gini hihi.. Mekasih K.Fida dah share resipi kek yg mudah dan sedap ni. Tapi ya ampun.. manis nyerrrrrr kek ni. K.Nor guna 1 1/4 cawan gula pun dah terasa sgt manisnya. Kalau bg yg kurang suka manis cam K.Nor ni, guna 1 cawan dah memadai.. Kalau ikut resipi 2 cawan gula tu... boleh potong kaki kut.. hihii.. ampun K.Fida :)


BLENDED ORANGE CAKE
resipi : K.Fida
sumber : Mas

Bahan :
1 biji buah limau
1 cawan minyak
2 cawan gula halus ~ guna 1 cawan jer cukup
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama )
1 sudu besar sunquick oren ~ saja tambah cam Mas

Cara membuatnya :
Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yang beralas dan gris.
Bakar pada suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

Nota :
Jangan tuang adunan hingga penuh kedalam bekas sebab Mas lihat, kek oren ni akan naik hampir 2 kali ganda semasa proses membakar, jadi biarkan baki suku dari bekas supaya kek tak melimpah nanti semasa dibakar.

*K.Nor buang part putih antara isi limau dgn kulit limau, cuma blend bahagian isi dan kulit yg berwarna oren aje.

Silicon mould, Bake With Yen mari.. 
(cakap awal2, mesti ada yg bertanya kang hehe)



Hot & Spicy Mayonnaise Prawn Fry

ASSALAMUALAIKUM..

Aci tak tak nak pot pet banyak2? Fenat ni tau.. balik soping moping td, kelam kabut masuk opis. Sib baik makan berdua jer, anak2 balik lewat dr skolah arini. Meh la layan mata menu hari ni yg sangat2 sedap ni.


Resipi ni dah tengok masa Love tayang mula2 dulu pastu Diana pulak buat. Pagi td bila tunjuk 3 resipi pilihan utk masak udang, Cik Abg pilih masakan Love ni. Ternyata tak sia2 pilih resipi Love ni, mmg sedap! Memang menjilat jari la.. cuma tak jilat kuali jer sbb tak sopan kan.. haha..

HOT & SPICY MAYONNAISE PRAWN FRY
recipe : Love2cook
source : K.Nor@SecubitGaram

Ingredients :~
(A)
1 kg large prawn ~ skinned & veined, leave the tail intact
1 egg ~ beaten
1 tbsp oyster sauce
2 tbsp cornstarch
1 tsp salt

(B)
2 cm ginger ~ chopped
5 lemongrass stalks ~ sliced lengthwise
10 - 15 nos bird's eye chilli ~ chopped ( reduce or add as you wish )
3 - 4 tbsp chilli sauce / Thai chilli sauce
1 tsp sweet soy sauce
1/2 cup water
salt
1 1/2 tbsp mayonnaise
cooking oil

Method :~
In a bowl, mix together ingredients (A) and let to marinate for 15 minutes.
Fry the marinated prawn in oil until golden. Strain on a separate plate.
Reduce oil, stir fry ginger and lemongrass until fragrant. Add bird's eye chilli and mix.
Add chilli sauce and sweet soy sauce, stir. Add water and salt, let the gravy boil.
Mix in the fried prawns.
Quickly add mayonnaise and mix thoroughly. Ready to serve. ;)

* K.Nor tambah sedikit capsicum merah dan hijau

Monday, June 20, 2011

Puding Keju

ASSALAMUALAIKUM...

Aduhaiiii.. tersangat la sedapnyer puding ni.. Satu kesilapan ler bila K.Nor gi buat setengah adunan jer. Tak pernah2 buat puding 1/2 adunan, hari ni camna ntah buat gitu. Bukan apa, takut tak ada sambutan. Taaaapiiiiiiiiiiii.. bila dah buat, Luqman aje dah angkut 3 ketul. Tak termasuk si ayahnya. Si emak ngap seketul jer. Yang lain2 simpan sket utk si anak dara utk berbuka puasa. Sorang2 jer anak dara puasa hari ni. Si emak amik cuti tak leh teman, dapat cuti rehat seminggu :)

Biskut yg digunakan, biskut cheese, biskut yg lemak2 masin tu..

Resipi Puding Keju ni K.Nor copy kat rumah AlongRoz kalau tak silap dlm bulan Februari aritu, lepas Along post dlm blog dia. Punya la lama simpan, bukan tak ingat nak buat, tp tak teringat nak beli biskut cheese tu. Hari tu dah beli sepeket, pastu K.Nor ke KL. Balik dr KL, dah tinggal habuk, Luqman makan abis hehe.. Kali ni beli 2 paket terus, ikut dia la nak makan sepeket tu, asal ada spare lg sepeket. Tadi godek2 puding ni, gi buat pulak 1/2 adunan.. haishhhhh.. lain kali kena buat 1 adunan penuh la..

Tak rugi sungguh mencuba Puding Keju Along ni. Memang enak sungguh! Lembut jer, tekstur dia tu cam Puding Roti Karamel. Ada rasa lemak2 berkrim dr biskut cheese tu. Manis pun sedang elok jer (cam biasa la, K.Nor mmg sentiasa kurangkan sukatan gula hehe) Meh la penggemar2 puding, try la buat puding ni. Sangat2 sedap! Tak puas ngap :) Along, izin ya, Nor share resipi tu kat sini ya.. Maceh Along cayang.. :)


PUDING KEJU
resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Saiz 8" persegi
BAHAN2:
13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
50g Mentega

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.

* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)



Special N3 Utk K.Rose@MyKuali

ASSALAMUALAIKUM...

Dah tak tau camna lagi nak maklumkan pada K.Rose yg blog dia kena serang di pakgad baju merah a.k.a malware nun. Dah dua hari ni blog K.Rose kena. Nak maklumkan macamana kat K.Rose pun tak tau nih.. Dah tanya Izah, camna nak kontek K.Rose,dia pun tak tau. Cam K.Norlie@IlhamMasakanku, K.Nor dah beritau dia kat pesbuk. Nak tak nak K.Nor buatkan n3 special ni la utk K.Rose ya..

Utk makluman K.Rose, mudah jer nak buang pakgad baju merah tu. Bila baca red allert tu, blog yg menyebarkan malware tu dtg dr blog Citarasawan@K.Wan. Rasanya bukan kali pertama blog K.Wan terkena malware dan menyebarkannya pd blog2 lain yg letak link blog K.Wan kat blog kita2 ni. Sejak kali pertama kena dulu, K.Nor tak letak pun dah link blog K.Wan sebagai langkah berjaga2, akhirnya terkena sekali lagi pd K.Wan ni. 

Jadi utk makluman K.Rose dan mana2 blogger lain yg blog dia terkena malware kali ni, jgn panik ya.. Perkara pertama yg perlu dibuat, pastikan malware tu dtg dr blog mana. Spt yg kena pd K.Rose sekarang ni, malware tu datang dr blog Citarasawan, so langkah kedua adalah delete link blog Citarasawan dr bloglist anda ya. Pastu bukak configuration bloglist dan cari kotak icon tepi tu dan untick (biarkan kosong). Pastu save. Insyaallah..dgn cara tu, blog anda tak ada lg pakgad baju merah@malware ni.. Selamat mencuba ya K.Rose.. :)

Klik image utk lebih jelas ya..