ASSALAMUALAIKUM..
Ni la dia projek petang semalam ketika tenet buat hal. Inti dah buat sambil2 masak lunch lepas tu siap lunch, prepare doh tu pulak. Bila time doh dah naik 2x ganda tup2 tenet tarak! Dah la tak khatam lagi bab menyiapkan pizza Turki ni, nak bakar berapa lama, nak set suhu berapa, pastu ada step lagi yg seingat K.Nor kena bakar kejap, pastu keluarkan dan letak telur pastu bakar lagi.. alahai.... panik kejap..
Terfikir nak amik flight ke Bangkok sbb org Bangkok dah buat dua hari lepas. Tup2 flight transit kat Ampang! heheheh.. ampun Izah hehhe... Last2 dapat gak landing kat Bangkok dan org Bangkok antar step buat Turkish Pide ni.. Alhamdulillah... Tak lama lepas tu tenet kembali ada.... Legaaaaaaaaaaaaaaa..... Mekasih banyak2 ya Mek Ijah.. ehh dua2 Ijah.. hehe..
Jom lah layan Turkish Pide a.k.a Pizza Turki ni.. SEDAP!! Jgn tengok ler pada rupanya tu.. mmg fail! Tak sama langsung antara satu sama lain.. Lantak pi la ek.. Janji hasilnya memenuhi citarasa kami sekeluarga. Inti dia mmg best! Mekasih buat Diana, tuan resipi asal dan juga kepada Ayu yg telah menghebohkan Turkish Pide ni dan juga terima kasih buat Ijah sbb K.Nor dah amik resipi ni kat rumah dia. Thank U ladiessssss :)
TURKISH PIDE
resipi: KAK DIANA
sumber : Ayu, Ika & K.Nor
Bahan Doh pide
480 g tepung roti
375 ml air suam ~ k.nor guna 300ml jer (just nice)
60 ml minyak zaitun
1 sudu besar yis
1 sudu teh garam,
secubit gula kastor ~ k.nor letak 2 sudu besar gula castor
Bahan Inti pide:
250 g daging cincang
250 g cheese mozarella, dipotong nipis
150 g cheese cheddar, dipotong dadu
2 biji tomato, dipotong dadu
1 biji bawang dpong dadu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk cayenne
1/2 sudu teh serbuk hot cajun
1 sudu besar minyak zaitun
3 biji telur
daun sup secukupnya, dipotong halus
garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka
Bahan sapuan pide
50ml susu segar
1 biji telur
Cara membuat pide
Larutkan yis dan gula dengan 125ml air suam dan ketepikan pada suhu bilik selama 10 minit sehingga berbuih.
.Menggunakan tangan masukkan 90g tepung roti kedalam aduan yis yang telah berbuih tadi dan gaul rata sehingga adunan menjadi adunan yang lembik.Taburkan atas permukaan adunan sengan sedikit tepung roti dan tutup dengan tuala dan biarkan pada suhu bilik selama 30 minit untuk menjadi 'sponge'
Letakkan lebihan tepung(390g) kedalam mangkuk yang besar. Buatkan lubang ditengah dan masukkan adunan'sponge' yang telah diperap tadi, minyak dan juga lebihan air suam(250ml).(D ambil langkah senang masukkan semua dalam breadmachine dan masukkan adunan "sponge'.) Kalau gunakan tangan adunan memang melekit, tapi jangan panik.
.Selepas diuli sehingga menjadi doh yang sebati, alihkan adunan roti pide kedalam mangkuk yang telah disapu dengan sedikit minyak zaitun dan tutup dengan tuala dan biarkan ia naik dua kali ganda selama 1 jam.
(*Adunannya memang lembik, uli sampai tak melekat ditangan, dengan adding minyak zaitun and tepung sedikit demi sedikit).
Cara Inti Pide
Panaskan minyak didalam kuali.Tumis bawang besar sehingga layu.Masukkan serbuk lada hitam, cayenne,hot cajun, garam dan serbuk perasa. Gaul sebati.
Masukkan daging cincang. masak sehingga daging bertukar warna dan masak betul. Angkat dan ketepikan
Didalam mangkuk yang besar,campurkan tomato, daun sup, cheese mozarella dan cheddar dan daging yang telah disejukkan tadi. Gaul rata. Inti pide pun telah siap untuk digunakan.
Cara membuat pide
Bahagi adunan doh pide kepada 6 bahagian(Boleh adjust nak berapa keping). Canai doh berbentuk lonjong memanjang 35cm x10cm.
Angkat doh pide yang telah dicanaikan dan letakkan diatas loyang yang telah disapukan dengan minyak zaitun atau taburkan tepung.
Taburkan inti pide dibahagian tengah tinggalkan 2cm pada bahagian tepi.Inti pide yang telah ditabur dibahagian tengah dilekukkan sedikit(jadi mudah untuk letak telurnya nanti).
Tepi pide dilipat keatas inti pide sedikit dan tepinya dipusing(twist) sedikit jadi bentuknya macam sampan gitu
.Campurkan bahan untuk sapuan pide dan sapu tepi pide.Bakar pide dalam oven pada suhu 180C selama 5-7 minit sehingga doh masak.
Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk dan pecahkan kuningnya.Bila waktu membakar 5-7 minit telah tamat. Keluarkan pide,tuangkan telur yang telah disediakan diatas pide pada bahagian tengah inti dan bakar selama 2-3 minit sehingga telur masak.
Pide pun siap untuk dihidangkan.Enak dimakan panas.