Thursday, June 16, 2011

Makaroni Goreng Pedas Berempah

ASSALAMUALAIKUM..

Sebenarnya tak sabar nak share satu resipi yg sangat2 sedap bagi anak tekak K.Nor sekeluarga. Kalau ikutkan nak post semalam lagi dah tp bg laluan pada Puding Sagu dgn Pati Santan dulu enterpreme. Bukan lah niat nak masuk lift tekan sendiri, tapi kalau dah dlm lif tu kita sorang2 kena la jugak tekan butang kan, kalau tak camna lif nak stop hehee... Ikhlas cakap mmg sedap makaroni digoreng gini. Dengan aromanya yg wangi masa duk tengah goreng tu, dgn rasanya yg lazat.. sampaikan K.Nor sapu habis balance makaroni masa sahur pagi tadi.. heeee.. (Cik Abg pun 2x makan semalam tau.. hehe)


Mula2nya K.Nor plan nak buat Makaroni Goreng stail biasa jer setelah awal pagi smlm tanya anak dara tu nak berbuka dgn apa. Dia request nak makan makaroni goreng. Pastu dlm kepala terlintas nak buat jenis yg letak lada hitam. Tup2 masa duk potong bahan2 tu, teringat kat Turkish Pide yg K.Nor buat baru2 ni. Masih teringat lagi rasa inti pide yg sedap tu. Dengan bau cajun yg wangi dlm inti tu, dtg idea nk masukkan juga cajun dalam makaroni yg nak digoreng. Pastu masukkan lada hitam dan juga serbuk cili kasar, dan tak lupa tomato yg dipotong dadu utk berikan rasa masam2 pada makaroni tu nanti dan juga capsicum yg akhirnya menghasilkan makaroni goreng yg sangat sedap. Wangi jer aroma makaroni ni masa sedang dimasak dan sudah pasti lah masa ngap lagi sedap :)


Bagi yg ada stok rempah cajun terutamanya yg baru2 ni buat Turkish Pide, jom la try Makaroni Goreng Pedas Berempah ni. Insyaallah.. tak rugi mencubanya kerana sangat sedap dan menyelereakan.. Try la ya..

MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan makaroni ~ k.nor guna jenis shell
1 kpg dada ayam ~ dipotong kecil
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) *
1/2 batang carrot *
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak

Cara:
Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam dan masak hingga isi ayam bertukar warna putih.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan makaroni dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan makaroni yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka makaroni yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

* Isi ayam boleh digantikan kepada hirisan daging atau daging cincang.

Cajun Seasoning
Ni contoh cajun brand McCormick
Gambar pinjam dr mr google


Updated

Yg dah mencuba.. Tq :)
2. K.Erna