Wednesday, June 1, 2011

Puding Bandung Selasih

ASSALAMUALAIKUM..

Dah malam baru boleh masukkan entri ya.. Nak buat camna, tuan rumah kurang sihat dah ni.. Bermula pagi tadi dgn tekak yg perit2, pastu sok sek sok sek pulak hidung. Bila petang sket kepala dan area tengkuk dah rasa berat.. ermmm.. tanda2 awal nak demam dah datang.. Tak per la... sakit sesekali jer, sihat lebih lama dr sakit kan.. Redha dgn nikmat yg tuhan berikan, insyaallah.. ada hikmah disebaliknya..


Petang tadi sempat hasilkan satu puding yg mudah tapi sedap dan bahan2 yg digunakan pun simple jer. K.Nor mencuba dgn kuantiti yg sedikit aje, alhamdulillah.. menjadi dgn elok. Cuma dah dieditkan sket tang sukatan biji selasih yg digunakan. Sebab yg K.Nor buat td tu nampak cam sikit jer, jd K.Nor dah tambah sket lagi sukatan dlm resipi tu. Tak nak buat banyak2 sbb dah plan esok nak buat dessert lain utk berbuka puasa.. Ermm... Jumaat ni 1 Rejab.. jom kita pakat puasa utk mendapatkan keberkatan dan ganjaran dr Allah.. Tapi jgn puasa Jumaat aje ya, kita combinekan dgn 1 hari yg lain samada Khamis atau Sabtu. Sama2 lah kita mencari peluang mendekatkan diri pada Allah utk mendapatkan limpah rahmatNya..

Terima kasih buat pemberi SM yg baik hati ni..
Semoga Allah membuka pintu rezeki buat anda sekeluarga.. amiin...

PUDING BANDUNG SELASIH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
6gm agar-agar serbuk
400ml air
50gm gula pasir ~ lebihkan jika suka lebih manis
150ml susu cair
100ml susu fresh
1 1/2 sudu kecil sirap perisa ros
1 sudu besar biji selasih ~ direndam hingga kembang dan toskan

Cara:
Panaskan air dan agar-agar serbuk hingga mendidih dan masukkan gula.
Bila gula dah larut masukkan susu cair dan susu fresh.
Biarkan hingga hampir mendidih dan masukkan sirap perisa ros dan biji selasih.
Tuangkan ke dalam loyang/acuian dan biarkan sejuk.
Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti ais.
Bila dah sejuk bolehlah dipotong2 dan dihidangkan.





* utk menghasilkan biji selasih berada di permukaan puding dlm acuan kecil yg nak dihidangkan secara ditelangkupkan:
- masukkan sedikit adunan puding ke dalam bekas berisi biji selasih yg dah kembang dan ditoskan tadi.
- kacau hingga sebati dan masukkan 1-2 sudu kedalam acuan kecil2 dan biarkan membeku.
- tuangkan adunan puding dengan perlahan2 memenuhi acuan
- biarkan sejuk dan bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais.