ASSALAMUALAIKUM..
Alhamdulillah.. masih dapat meneruskan puasa walau badan tak sihat. Dengan tekak yg perit dan panas yg membahang cukup membuat nafsu ingin meneguk air. Setakat demam tu boleh gagahi lagi.. siap ke pasar tani, ke gergasi cari sedikit barang. Balik rumah terus godek puding pastu bila puding dah atas dapur terus siang lauk2 basah yg dibeli dan simpan sayur2 dalam esbok. Selesai semua, puding dah pun masak. Alhamdulillah.. percaturan masa amat perlu dlm melakukan kerja rumah. Bukan senang kerja fulltime housewife. Bukan sekadar memasak, membasuh, mengemas rumah tapi perlu pandai atur masa dlm mengerjakan semua kerja2 seharian.. Kesibukan fulltime HW bermula celik mata hingga la nak melelapkan mata di malam hari. Tu pun sebelum pejam mata, masih duk mikir menu utk esok hari.. Betul tak? Sila angkat keyboard kalau betul ^___^
Ni lah dessert utk berbuka hari ni. Dah lama plan nak buat. Sengaja simpan roti beberapa keping dlm esbok sbb nak buat puding ni. Dah ramai yg buat puding ni kan, tak nak sebut nama sbb nanti kalau ada yg tak tersebut tu kecik ati pulak. Resipi diambil kat dapur Ustajah Hana, tq ya.. Sapa2 yg dah buat tu mesti tau kesedapan puding karamel yg diletakkan roti ni. K.Nor tak tau lagi rasanya camna, tunggu Maghrib karang baru boleh merasa. Erm... org kata demam2 pun puasa jugak, sengaja cari penyakit. Bukan tak nak berbuka tapi sayang ler. Sebab esok 1 Rejab, dah jadi kebiasaan K.Nor dan Cik Abg puasa 1 Rejab. Tak tau tahun depan dpt berjumpa lg dgn tarikh ni. Nak cover dgn hari Sabtu tak leh rasanya, ada 3 jemputan kenduri kawin. So kena kuatkan semangat berpuasa, insyaallah.. rasanya boleh lagi menahan ujian.. Ada sapa2 yg sudi dtg masakkan juadah berbuka utk K.Nor petang ni tak? ^___^
Adegan memecah dara mould munge2 yg dibeli di BWY Puchong baru2 ni..
Jom tengok Puding Roti Karamel yg hasilnya sangat mulus ni. Tak pernah K.Nor buat Puding Karamel dpt hasil yg mulus gini. No botox2 ya.. natural beauty gitu.. kan Izah ^_____^
RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana
Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)
Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je
** Ada yg berkenan dgn loyang munge2 tu? Silalah ke Bake With Yen (BWY), ada banyak saiz dan harganya pun tak mahal sgt.
Yg K.Nor beli ni saiz 8", berharga $11.00. Ada saiz yg lebih kecil dan yg lebih besar dari ni dan ada bermacam2 patern loyang kat sana. (promoter tak bergaji ni hehe)
Beritau awal2 sbb mesti ada yg akan berkenan dan tanya kat mana beli loyang ni kan.. ^____^