Wednesday, June 15, 2011

Puding Sagu Dgn Pati Santan

ASSALAMUALAIKUM...

Bersiaran lagi di malam hari dgn dessert utk berbuka puasa hari ni. Dah lama betul tak buat ni. Dulu pernah buat dah sekali, tengok kat SINI. Resipi ni pernah K.Nor post kat MyResipi dulu. Masa mula2 post dulu Lieza@Enaseryna yg mula2 try dessert ni kan.. hehe Sebenarnya resipi dessert yg sedap ni dari Buku Masakan Thai. Nama asal dlm Thai adalah Ta-Koh Sa-Ku. Bahan2 yg digunakan simple jer dan cara buat pun tak cerewet. Kalau terlebih rajin bolehlah cuba cam K.Nor buat kali ni, buat double kaler utk hasilkan Puding Sagu yg berlayer.Kalau tak rajin, godek jer satu warna spt dlm n3 tadi. Yg asal dr buku Masakan Thai tu, adalah satu kaler jer berwarna hijau. Saja bermain dgn kaler bila duk sorang2 kat rumah pd tadi. Tapi tak berapa cun sbb kaler tak begitu menyerlah, kurang bright kan.. Kalau lebih bright lebih cun rasanya.

Versi Double Layer

Dessert ni Izah dan Mas pernah buat kan.. Smlm pun Nazrah buat gak. Boleh klik kat link pada nama dia org tu.. Baca jer la testimoni dia org tentang rasa dessert ni ya.. Bagi penggemar Puding Sagu boleh la try dessert yg mudah dan sedap ni..

Versi Triple Layer

PUDING SAGU DGN PATI SANTAN
resipi asal : Buku Masakan Thai
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 cawan sagu
1/4 cawan tepung ubi/tepung jagung ~ k.nor guna tepung jagung
3 cawan air
1/4 cawan air pandan pekat atau esen vanila ~ k.nor ganti dgn 1 sudu teh pandan paste
1 1/2 cawan gula pasir ~ k.nor guna 9 sudu besar gula (2/3 cawan)

Cara:
Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan
Masukkan sagu, air, tepung ubi/tepung jagung dan air pandan ke dalam periuk
Kacau atas api sederhana sehingga masak
Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut dan bancuhan bertukar menjadi jernih
Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan

Bahan utk Pati Santan
2 cawan santan ~ k.nor guna 1 cawan santan pekat dan 1 cawan air
1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar gula pasir (K.Nor tambah td 1 sudu besar lg)
1/2 sudu teh garam

Cara:
Campurkan kesemua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil sehingga masak dan pekat
Sudukan keatas Puding Sagu
Sejukkan dulu baru la dihidangkan...

Ni rupa versi yg mula2 K.Nor buat dulu :)