ASSALAMUALAIKUM..
Kalau org Tganu mesti biasa dengar masakan ni sbb ni memang masakan lama org Tganu. Kalau org2 muda tu mungkin tak kenal dgn masakan ni tambah lagi kalau yg dah berhijrah keluar dari negeri Tganu. Masakan ni dikira masakan bermusim gak sebab buah jambu golok a.k.a buah ketereh (panggilan org negeri Kelantan) a.k.a buah gajus/janggus (panggilan negeri lain) berbuah ikut musim dan tidak sepanjang tahun. Biasanya musim org candat sotong, buah ni masak la. Dan cara masak pun digabungkan dua bahan tersebut iaitu buah jambu golok dan sotong. Ada juga yg masukkan isi ikan kedalam masakan ni tapi kali ni K.Nor tak masukkan, sekadar masukkan sotong aje.
Masak Lemak Jambu Golok ni adalah masakan kegemaran Cik Abg K.Nor. Kebetulan masa gi pasar tani semalam nampak ada makcik tu jual jambu golok, K.Nor beli la sket. Tak banyak sekadar 8bj jer, cukup lah utk sekali masak. Hanya K.Nor dan suami aje yg makan isinya, anak2 tak makan pun, sekadar amik kuah jer. Sebab tu tak leh beli dan masak banyak2.
Sekutu yg paling ngam dgn masakan lemak ni adalah sambal belacan. Memang wajib tumbuk sambal belacan kalau buat masakan ni. Tapi K.Nor tak makan la, Cik Abg jer yg makan sambal belacan tu. K.Nor dah kalah dgn belacan. Tapi kalau teringin sangat amik gak sket, pastu mula la sportlight menyuluh bersinar2 :)
SAYUR LEMAK JAMBU GOLOK
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
8 - 10bj buah jambu golok
2 ekor sotong ~ saiz sederhana
1 cawan santan fresh
1 cawan air
1 labu bawang besar ~ dipotong 8
2 -3 biji cili merah ~ dipotong serong/panjang
garam
Cara:
Buang kulit merah pada sotong (untuk mengelakkan kuah menjadi merah) dan hiris nipis. Toskan.
Buang biji pada buah jambu golok, kemudian dibelah 2 dan hiris nipis.
Perahkan hirisan jambu golok dan buang airnya.
Masukkan santan, air dan bawang besar kedalam periuk.
Masak hingga hampir mendidih.
Masukkan hirisan jambu golok, sotong, cili merah dan garam secukup rasa.
Masak hingga mendidih.
Masakan ni hendaklah sentiasa dikacau supaya santan tak naik kepala.
Hidangkan panas2 bersama sambal belacan, ikan masin goreng/ikan panggang.
*buah jambu golok hendaklah diperah buang airnya supaya isinya nanti tidak kelat.
** boleh juga dimasukkan isi ikan yg ditumbuk kedalam masakan ni jika suka.
*** jangan letak banyak air kerana nanti sotong akan keluarkan airnya bila dimasak.
Lieza, ni rupa buah jambu golok@buah gajus@buah ketereh..
Gambar pinjam dr Madihah@Ratna.. mekasih :)