Thursday, June 9, 2011

Yogurt Pancake

ASSALAMUALAIKUM..

Percubaan mempelbagaikan versi pancake yg sedia ada. Kali ni K.Nor memasukkan yogurt sebagai satu bahan dlm adunan pancake. Pancake yg dihasilkan tetap lembut, gebus dan sedap. Jom berpancake :)


YOGURT PANCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu kecil baking powder
2 biji telur A
5 sudu besar butter ~ dicairkan
1 cawan susu fresh
1 bekas yogurt plain (140gm)
2 sudu besar gula castor
secubit garam
1 sudu teh vanila

Cara:
Campurkan kesemua bahan dan adun hingga sebati.
Boleh menggunakan blender/hand wisk.
Rehatkan adunan selama 5 minit.
Panaskan frying pan dgn api yg sederhana kecil.
Masukkan sesenduk kecil adunan dan biarkan hingga adunan td mengeluarkan lubang2 kecil.
Terbalikkan dan masak hingga pancake masak.
Hidangkan dgn jem, sos coklat atau madu, mengikut selera masing2.

Makan dgn Chocolate Spread pun sangat sedap!

Utk tip memasak pancake bg menghasilkan pancake yg sama saiz sila klik kat SINI....