ASSALAMUALAIKUM..
Semalam Mek Sue ketuk2 kat wall kita org suruh amik award. Suruh pakai baju lip lap.. suruh semua ikut tema kaler biru ler.. Mana nak cari baju lip lap? Dah la baju biru mmg jarang2 ada dlm gobok. Eh.. bukan jarang2 lagi dah.. tp kadang kadang.. Memang bukan penggemar atau peminat pakaian kaler biru ler.. Puas selongkar dlm peti harta karun pun tarak baju kaler biru apatah lagi yg lip lap.. Haa.. kalau yg lip lap mmg langsung tarak! Baik tudung atau baju mmg tak suka ada lip lap atau batu2an...
Yg ada jubah kaler putih 2 helai. Dah pakat dgn Izah, nak celup nila. Boleh 1/2 doz, bertukar la kut baju tu jd kaler biru, nak ikut tema kunun.. hehehehe...Tudung jer la akak gi tampal batu batan ya Sue.. Bukan batu bata tau.. kang tak leh angkat kepala heeee....
Bila pagi ni gi rumah dia nak angkut award... rupanya siap ada tag!! Ya ampun.. teruk betul tag kali ni.. Nak suruh citer perihal diri yg masih belum dicerita lg dlm tag2 sebelum ni. Bila baca yg Izah Daud punya tag.. fuhhh berjela2 karangan dia.. Camna nak buat ni ya.... Tengok la Sue.. kalau tak dpt karang panjang2.. akak buat ringkasan jer ya.. straight to the point senang sket.. hehe Jom la layan tag Mek Mukah ni... huhhhhh...
Syarat2 award: Senaraikan 7 perkara yg org belum tau perihal diri kita..
1. Masa kecik2 dulu miliki body yg tak sebesar kanak2 sebaya. Nak kata terbantut wallahua'lam. Kalau beratur time pembarisan masa perhimpunan, mesti kena duk depan sekali. Ditambah lagi masuk sekolah awal dr org lain. Masa umur 5 tahun dah sekolah tumpang (masuk darjah 1) kat sekolah yg arwah emak mengajar. Jd mesti lah kecik kan.. Pastu masuk sekolah betul 2 tahun lepas tu, bila darjah 2 dan 3 masuk lak kelas express.. Jadi sentiasa berkawan dgn org yg tua setahun (dia org lahir tahun 66) Bila dah makin dewasa, ketinggian makin meningkat, jadi paras normal dah.. tak pendek lagi.. sampai ada geng zaman sekolah rendah tegur bila lama tak berjumpa yg K.Nor dah makin tinggi.. fuhhh legaaaaaaa :) tp yg tak bestnya, dpt suami yg tinggi (6') pastu Along dan Naim dah jauh lebih tinggi dr K.Nor. Aisyah pulak dah sama aras, tak lama lagi, gerenti kena tinggal di Aisyah dan Luqman.. Terusan jd pendek dlm famili ler.. :(
2. Kalau zama dolu2 kaler yg paling tak suka ialah brown. Satu helai baju atau cadar ke apa ke. mmg tak ada yg kaler brown. Memang tak suka langsung. Semua pakaian yg kaler brown nampak pudar dan tak cantik (serupa gak ni dgn taste cik abg.. dia pun tak minat brown gak sehati sejiwa kut hehe). Tapi skrg ni, bila usia menganjak ke lebih tua, kaler brown menjadi sangat cantik, sentiasa menjadi pilihan nak beli jubah ke, tudung ke.. mmg suka.. jd selesa pulak dgn kaler brown ni.. ehhhh.. sama gak dgn cik abg.. dia pun jd tak kisah dah dgn brown.. haaaa kan dah kata sehati sejiwa.. heeeeeee
3. Dulu tak suka makan ikan darat.. Skrg ni (sejak jd bini En Tolahah yg suka ikan darat) dah suka pulak makan ikan darat tp tak semua jenis la.. Kalau dulu tak pernah makan terung, ikan pari dan mcm2 makanan sbb arwah mak tiri tak makan semua tu, jd dia mmg tak masak la.. Skrg ni dah boleh terima makanan2 tu sbb cik abg suka makan gak. Bila masakkan utk dia, mesti dia suruh makan gak.. last2 kita pulak jd suka..
pause dulu.. dah tak ada idea.. gi godek roti dulu jap.. hehe :)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ok.. kita sambung balik ya.. Bibik melayu duk menggerudi tu.. :)
4. K.Nor ada lesen kereta selepas 2 tahun abis SPM. Masa tu guna duit sendiri gi belajar kereta kat Driving School secara senyap2 tanpa pengetahuan famili. Masa tu ayah K.Nor sakit asma, selalu kena serangan asma ni, pernah masuk ward kerana serangan yg teruk. Jd K.Nor niat amik lesen tu bimbang kalau ayah kena attack lagi tengah2 malam buta.. Masa tu abg sulung jarang ada kat rumah dan abg no 2 masa tu belum lg ada lesen dan masih kat politek rasanya. K.Nor boleh bawak motor tp bawak jer la.. lesennya tarak! Zaman anak dara selalu gak merempit (tp tak laju dan tak boceng org laki ya.. hehe) Skrg ni kalau suruh bawak tu boleh.. cuma menggigil sket la.. pastu enjin motor asyik nak mati jer.. huhhh.. Sampaikan baru2 ni Aisyah ada cakap nak amik lesen motor bila dah cukup umur, Cik Abg siap sound.. haa... ajak mak sekali amik lesen.. huhhhhhhh.. tak kose! hihihi
5. Impian K.Nor nak pandai berenang!! Nak menyelam tengok karang2 di lautan, tengok dunia dlm air.. tengok keindahan ciptaan tuhan tu.. Bermain dgn ikan2... dan hidupan dlm laut.. Ermmm.. bila la sampai hajat tu ya..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sue!!! tak ada idea dah ni!!! haishhhhh....
Dah sampai garu kepala yg tak gatal..
.
.
.
.
.
.
Jenuh akak mengorek idea Sue.. Lantak jer la apa aje ya.. hehe
6. Ramai yg maklum K.Nor ada 4 org anak2 kan. Tapi rasanya ramai yg tak tau, K.Nor acapkali keguguran. Semuanya 4x .. dan kalau la tuhan izinkan kesemua yg 4 tu dilahirkan dan hidup spt anak2 yg lain, ada 8 org anak K.Nor.. wahhh meriah tu.. hehe 3 yg gugur selepas Along pastu dpt Naim dan 1 lg yg gugur selepas Naim.. Sentiasa kena warded, masa ngandungkan Naim, doc bela berminggu kat spital nak pantau tak nak kasi gugur lagi. Alhamdulillah.. tak gugur, dpt la hero no2 K.Nor tu..
7. K.Nor tak suka usik anak2 dgn citer2 atau hal2 hantu.. Memang tak pernah sekali pun dlm hidup anak2 K.Nor sejak dr Along sampai la ke Luqman sekarang (dah 22 usia Along) dia org diusik/ditakut-takutkan dgn usikan hantu atau apa2 yg menakutkan. Sama gak dgn suami K.Nor. Memang tak suka buat dia org takut benda yg tak sepatutnya kita takut, mana kita nampak semua tu kan.. Lain la kalau Allah bg nampak, tu citer lain. Ni benda tak nampak pun tp selalu usik anak2 gitu. Jadi lah anak2 kita anak2 yg penakut dgn citer hantu, takut dgn gelap, takut dgn bunyi2, takut bila ditinggalkan sorang2 kat rumah. Anak2 K.Nor semua sekali steady jer kalau duk rumah sorang2, tak kira la malam ke siang. Cuma K.Nor tak pernah tinggalkan dia org tidur sorang2 la.. cuma tinggalkan kejap2 gitu jer.. Jadi moral of the story, JANGAN USIK ANAK2 DGN KISAH HANTU.. atau usikan.. JGN GI SITU.. ADA HANTU.... sangat2 tak membina usikan gitu..
huhhhhh....... 3 jam K.Nor mengarang baru siap Sue (tak leh nak buat pendek la Sue.. ia jd berjela jugak! ..fenat akak mengarang ni Sue.. Ada upah donut mayo tak? Nak air serai segelas sekali ya, bukan air rumput tau.. :)
Selesai tugas pertama angkut award.. Tugas ke2 kena tag org lain.. Ni yg tak besh..... 5 jer pulak tu.. Ikutkan hati nak tag raaaaaaaaaaaaaaaaaamai geng blogger.. Kalau yg tak kena tag tu jgn marah (yg kena pun jgn marah gak, nak marah, marah la HASURIAH TAHIR nun.. dia yg start tag K.Nor hehe) Sebolehnya K.Nor nak tag org yg belum kena tag... Sapa ya..
Ok.. penerima award dan tag ni seterusnya adalah..........
1. Che'Iza
2. Mokwo
3. Diana
4. Nieza
5. Ita@Juwita
Sila.. sila.. tak perlu pakai baju lip lap ya.. Ikut la.. nak tema apa pun.. jgn vogel sudah.. hehhehheheheheh...