Tuesday, July 19, 2011

Ayam Bakar Tomyam

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah.. format menghapdet dah kembali ke asal. Dah berapa hari duk fenin camna nak tukar dr oren ke biru balik. Sampai kena tanya tokey mapin, kut2 dia kena benda yg sama. Last2 terklik satu button tu, baru la bertukar balik kaler biru.. fuhhhh legaaaaaaaaaa.. hehe.. Tq Izah, melayan keserabutan otak K.Nor smlm dan pg td hehe..

Pagi tadi nampak Mas tayang Ikan Bakar Tomyam dia.. hehe.. Memang dah plan nak masak gak menu gini tp versi lain. Saja gatal tangan menerai versi ayam. Cam biasa, K.Nor derhaka sket tang cara memasak tu. Bahan2 yg dikisar tu K.Nor tumis sekejap bg masak sket rempah2 tu utk hasil yg lagi ummph!

** duk sengih sampai ke tinger ni, sana sinun org duk menerai resipi dr dapur secubitgaram.. hehe.. mekasih semua ya.. ^_________________^

Mekasih buat Noorsha yg dah menyeru K.Nor buat masakan ni walau dalam versi ayam. K.Nor kopipes resipi dari rumah Noor ya.. Tq :)

AYAM BAKAR TOMYAM
(olahan dr Ikan Siakap Bakar Tomyam by K.Hanieliza
sumber : Noorsha, K.Zai & Sheila

sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A
1 ekor ikan siakap (bersih dan kelarkan)
2 sudu besar pes tomyam
5 helai daun limau purut
1 sudu besar jus limau nipis ataupun kasturi
1 biji tomato (potong 6)
Aluminium foil

Bahan B (Dikisar)
2 biji cili merah
5 biji cili api
3 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
sedikit gula dan fish sos - ni kita tambah sdri

Cara Membuat:-
1. Gauikan semua bahan yang dikisar dan letak di dalam aluminium foil. (jangan masukkan garam kerana pes tomyam selalunya masin)
2. Letakkan ikan dan daun limau purut. Kemudian bungkus kemas.
3.Bakar di dalam kuali di atas dapur selama 30 minit.
4. Perahkan limau semasa menghidang.

* Cara K.Nor:
- tumis sekejap bahan2 yg dikisar termasuk paste tomyam hingga pekat. biarkan sejuk sket pastu campur dgn daun limau purut dan jus limau kasturi, baru dilumur pada ayam dan perap 1 jam. lepas tu baru lah dibakar dlm aluminium foil.
- kaedah membakar - letak ayam dlm loyang yg dialas dgn foil kemudian tutup dgn sehelai lg foil dgn kemas. bakar selama 35min dgn suhu 190C dan keluarkan.
- buang foil yg menutupi loyang dan teruskan membakar utk tempoh 15min lagi atau sehingga ayam masak.

Rasanya rempah ayam/ikan bakar ni boleh dibuat dlm kuantiti yg banyak, tumis bg pekat sket pastu simpan dlm bekas dan bolehlah digunakan pada bulan puasa nanti. cukup memudahkan kerja nak memasak kan :)