f Secubit Garam: Ayam Panggang Yogurt Berempah

Friday, July 8, 2011

Ayam Panggang Yogurt Berempah

ASSALAMUALAIKUM...

Rasanya problem pagi tadi dah solve kut. Google ni upgrade drafblogger.com rasanya. Ni bila guna google chrome boleh masuk dan layout draf ni sama masa guna yg IE tadi. Mungkin tu la yg terjadi pagi tadi. Tapi tak best ler guna layout gini.. Rasanya lebih suka layout yg lama.. Yg ni buat K.Nor teraba2 dalam cerah, bukan dalam gelap ya.. Agaknya kena explore lebih sket baru dpt faham kaedah layout yg baru ni. 


Ok lah jom kita ke menu lunch hari ni. Ayam Panggang Yogurt Berempah, resipi hasil terliur kat rumah K.Zai baru2 ni. Nak buat esoknya tu, Cik Abg tak ada, jadi kena la tangguh ke Jumaat sbb semua ada kat rumah. Alhamdulillah.. sedap!!! K.Zai amik resipi kat rumah Wana, ibu Sarah yg comel lote tu.. Dan resipi tu hasil Wana google kat tenet kalau tak silap dan dah dialih bahasakan oleh Wana. Tq yg Wana dan K.Zai.. Nak panjang2kan resipi tu kat sini pulak ya... :)


AYAM PANGGANG YOGURT BEREMPAH
Sumber: Wana@Potret Kasih & K.Zai

Bahan2nya
1 ekor ayam ( di potong 4-12, kemudian dibersihkan dan di tos )
1 cawan yogurt/tairu
3 sudu makan minyak zaitun atau minyak sayuran
2 1/2 sudu makan jus lemon - k.nor letak 1 sudu besar jer
1 sudu makan garam
2 – 3 sudu makan gula – ikut citarasa
sedikit perasa jika suka
1 sudu makan serbuk cili
3/4 sudu makan campuran jintan kasar dan halus – ditumbuk
3/4 sudu makan biji ketumbar – ditumbuk
3/4 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1/2 serbuk kayu manis
4 ulas bawang putih ( di goreng dulu hingga kekuningan ) – ditumbuk
1 sudu makan halia yang telah di tumbuk

Cara penyediaan
1. Satukan semua bahan2 di atas.
2. Kemudian perap dalam peti sejuk semalaman atau 1-3 jam pada suhu bilik. Ikut suka nak perap lama mana… lebih lama kita perap ayam tu lebih sedap.
3. Susun ayam dalam tray kemudian bakar ayam dalam ketuhar/oven selama 45 minit-1 jam, ikut saiz ayam.
4. Semasa bakar tu, jangan lupa balik2kan ayam tadi agar rata masaknya.
5. Boleh jugak jika nak bakar dengan arang.

nota :
kalau kat dapur tak de yogurt atau tairu jangan risau!! kita boleh buat sendiri… caranya dengan mencampurkan 1 cawan susu cair dengan 4 – 5 sudu jus limau kasturi/nipis. Susu tadi akan menjadi pekat seperti yogurt dan bolehlah dicampurkan dengan ayam dan bahan2 lain.