f Secubit Garam: Ayam Tomyam

Tuesday, July 5, 2011

Ayam Tomyam

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. dah lega sakit kepala yg menyerang dr pagi tadi. Tu yg entri Jelly Mangga tak pot pet banyak2. Reply komen yg kat enti Mee Kari pun dibuat lewat petang.. Bila dah lepas berbuka tadi, mintak anak dara picit2 sket bahu dan kepala dgn minyak berangin, pastu terus gi mandi.. ermmm sejuk nyaman jer kepala. Lepas solat Maghrib dah beransur kurang denyutan kat kepala ni. Ni yg baru boleh ngedit dan upload gambar pastu terus mengarang dan masukkan resipi. Alhamdulillah.. sakit, sihat semua pemberian Allah.. semoga dapat mengkafarah dosa2 yg lalu.. amin...


Malam ni K.Nor nak share satu resipi yg ideanya datang sepontan pagi td masa memasak. Duk pikir2 nak masak apa lah dgn ayam yg ada ni. Nak bakar, ayam dah dipotong2. Pastu terdetik nak masak stail tomyam sbb rasanya tak pernah lagi nampak ayam yg dimasak tomyam. Kalau terlepas pandang tu maaflah ya.. mmg K.Nor tak ikut stail sapa2 pun atau curi idea sapa2 pun dlm masakan Ayam Tomyam ni. Pure 100% datang dr ilham yg Allah pinjamkan pagi tadi.. Alhamdulillah.. sedap dan menyelerakan masakan ni. Biasa lah, masakan ala Thai, dgn rasa masam, pedas dan ada manis sket2.. mmg menyelerakan.. (Luqman siap angkat ibu jari bila tanya sedap ke tidak hehe) Pastu K.Nor buat stail berkuah sket sbb tak masak lauk lain dah hari ni. Lagi pun anak2 jer yg makan, Cik Abg tak makan kat rumah malam ni. Utk berbuka td K.Nor goreng mee, cukup utk 2 org makan (utk cik abg sekali la.. hehe) Ok lah.. dah panjang pot pet ni.. jom tengok resipi.. Selamat mencuba resipi ni, insyaallah.. sedap ! ^____^


AYAM TOMYAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
serbuk kunyit
garam

1 biji bawang besar ~ dihiris nipis
3 ulas bawang putih *
1/2cm lengkuas * (* ditumbuk)
2 batang serai ~ dihiris nipis
1 sudu besar paste tomyam
2 sudu besar cili sos thai
3 - 5 bj cili padi ~ diketuk (optional)
1 biji tomato ~ dibelah dua dan hiris nipis
2 helai daun limau purut
1/2 sudu kecil jus limau nipis ~ tambahan jika kurang masam
garam dan gula
1/2 cawan air
minyak

Cara:
Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
Goreng hingga masak tp tak perlu sampai garing. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dalam kuali dan masukkan bawang besar dan serai.
Goreng sehingga bawang layu dan masukkan bawang putih dan lengkuas yg ditumbuk.
Goreng lagi hingga wangi dan masukkan paste tomyam.
Kacau hingga sebati dan masukkan sos cili thai, cili padi dan tomato. Kacau.
Masukkan ayam dan daun limau purut yg dicarik-carikkan. Kacau dan biarkan seketika.
Masukkan pulak air, garam dan gula secukup rasa.
Sekiranya masakan rasa kurang masam, bolehlah ditambah 1/2 sudu kecil jus limau nipis.
Masak hingga kuah sedikit pekat (jika suka masakan yg lebih kering, lebihkan tempoh memasak)
Angkat dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.

Yg Dah Mencuba... Tq :)