ASSALAMUALAIKUM...
Bersiaran lagi di pagi Sabtu dengan entri kukis. Ni bukan kerana semangat nak raya tp lebih kepada nak lepas gian nak menggodek aka membaking masa blog warded baru2 ni. Pernah dlm entri Biskut Butter baru2 ni K.Nor beritau yg K.Nor nak membaking tp tak ada stok telur kan. Pastu duk la godek Butter Cookies yg tak perlukan telur tu. Sebenarnya pd hari dan masa yg sama, K.Nor buat dua jenis kukis serentak. Satu tu Biskut Butter yg dah tayang baru2 ni dan satu lagi German Cookies ni. Kedua2nya tak perlukan telur dlm bahannya. Kebetulan sukatan butter yg diperlukan utk kedua2nya adalah 125 gm aje, jd dr seketul butter tu K.Nor bagi dua dan buat dua2 resipi sekali gus. Lagipun kalau setakat 125gm jer butter yg digunakan tak banyak sgt adunan yg dapat tu yg terlebih ghajen buat 2 jenis kukis serentak. Haa .. ni la penangan keboringan tahap melampau aritu heheheh
Resipi German Cookies ni K.Nor amik dari dapur Rima nun di S'pore. Memang sedap kukis ni, nak buat pun mudah, tak perlu terap bagai. Gentel2 aje pastu tekan dgn garfu. Kejap aje dah abis satu adunan. Mintak izin ya Buk Rima, K.Nor nak panjangkan resipi tu kat sini pulak.. Tq :)
GERMAN COOKIES
source : Rima
Ingredients
125g butter - i used golden churn
40g icing sugar (sieved)
125g potato starch
80g superfine flour (I used Plain Flour)
Method
1. Beat butter and icing sugar till fluffy and lighter in colour.
2. Sift in potato starch and plain flour, mix to form a soft dough.
3. Roll into small balls (about 7g each) and arrange on lined baking tray - i used 1/2 tbsp to get the same size
4. Dip the tip of the fork in a bowl of water and press on cookie dough.
5. Bake in preheated oven at 170 deg C for 15 min.