f Secubit Garam: HONEYDEW BLENDED with PEARL SAGO

Tuesday, July 26, 2011

HONEYDEW BLENDED with PEARL SAGO

ASSALAMUALAIKUM..

1st food review dr entri HOUSE(BLOG)WARMING pg tadi. K.Nor mulakan dgn minuman yg amat sedap ni dulu ya..  Nak edit gambar Nasi Arab & The Gang tu amik masa lebih sket sbb nak kena buat 4 entri tu sbb ada 4 dishes tu kan. Gambar2 pun belum beredit lg. Sapa kata kerja jd blogger masakan mudah? Ingat mudah ke? nak siapkan semua dari A - Z tak makan masa yg sedikit. Nak pikir lagi menu apa nak dimasak. Nak cari modal nak pot pet lagi. Bila keletihan, otak pun blurr semacam tu yg kadang2 post entri wordless atau pun entri bisu.. sekadar layan gambar jer. Penat kita tak sapa yg tau melainkan food bloggers sendiri jer yg maklum. Betul tak GMM? (tp org copy & paste gambar tak sampai 10 saat dah siap kan.. hummm.... )

Sebenarnya minuman ni hanyalah rekaan K.Nor sendiri jer. Tak ada resipi sekadar main campak2 jer bahan2 yg ada. Bahan2 utk buat minuman ni adalah kiriman sorang peminat kamben yg nun jauh di selatan tanahair. Dipaksanya K.Nor utk bg address kat dia malam tu, just nak bagi hadiah ni la. Alhamduillah.. mekasih banyak2 ya JIYA cayang.. semoga Allah melimpahkan rahmat dan membuka pintu rezeki buat Jiya dan suami. Mudah2an juga dilimpahkan dgn rezeki yg menyerikan rumahtangga yg dibina tu. aminn....


Masa mula2 terima parcel ni, dah tau sapa pengirim sbb tengok pd sticker fragilenya tu.. huh.. fragile la sangat kan. dgn tepung, creamer, sagu pearl (yg pelik semacam jer tu.. hehe). Bila sembang dgn dia, baru tau tu sagu pearl. Yer la kat Tganu ni mana ada org jual benda ni, lebih2 lagi minuman Cool Blog ni.. Pastu Jiya bg link Cool Blog dan tau la serba sedikit ttg minuman dan sagu pearl tu. Pastu Jiya ajar la sket2 camna nak buat tp tak bg pun resipi nak buat secara tepat dgn bubble tea/ice blended perisa honeydew tu. Cuma Jiya ajar supaya rebus sagu pearl tu dan rendam dlm air gula utk bagi rasa manis2 sket pada sagu pearl tu, kalau tak tawar jer.


Jd K.Nor pun mencuba la buat minuman ala Cool Blog ni. Mmg jakun ler sbb tak pernah tau dan tak pernah minum pun. Mula2 K.Nor buat Sirap Bandung With Sagu Pearls. Bancuh air gula bersama air dan perisa sirap pastu tuang dlm gelas. Blend susu fresh bersama ketulan ais dan tuang atas air sirap td. Pastu letakkan sagu pearls. Jadi lah ini... Mudah jer kan.. :)


Pastu K.Nor blend lagi susu fresh bersama ketulan ais dan sedikit serbuk bubble tea/ice blended perisa honeydew. Jadilah Honeydew Blended With Sago Pearls. Tak tau la nama sebenar minuman ni apa sbb tak pernah minum yg Cool Blog tu. Dah K.Nor yg reka, K.Nor la bagi nama kan.. hehe Utk resipi yg lebih tepat kena tunggu K.Nor bereksperimen dulu dgn bahan2 yg ada ni. Tak pun tunggu Noorsha hasilkan resipi dia sendiri nanti sbb dia pun dpt parcel yg sama dr org yg sama gak hehe...


Ni bentuk asal sago pearl dan selepas direbus.

UPDATED..

Bagi yg nak tau, sagu pearl ni Jiya beli kat satu kedai baking di Taman U Skudai, Johor. Sapa2 yg duk area berdekatan dan berminat nak merasa atau membuat sendiri minuman bubble tea ni boleh lah cari kedai tu ya..