Thursday, July 28, 2011

NASI ARAB

ASSALAMUALAIKUM..

Food Review 5...

Lama betul nak abis Food review ya.. tuan rumah pun dah naik boring duk update entri tertunggak ni. Harap2 jgn tetamu boring sama dah la ek.. ada sket lagi tu.. :)


Kali ni nak tayang Nasi Arab yg dibuat baru2 ni. Sebenarnya K.Nor masak nasi ni hari Khamis lepas sebelum Naim naik bas malam tu balik ke KL. Hari tu mmg tak sihat sgt, dgn tekak yg perit, badan cam nak demam, batuk ada gak sket2. Tapi sebab ingat anak dah nak balik ke asrama, tu yg gagahkan diri buat nasi ni. Nak gak la bagi anak makan yg special sket sbb tak lama lagi bulan puasa. Lambat lagi la pulak dia cuti utk balik ke rumah.  Gini la hati sorang ibu, sedih bila time makan teringat kat anak2 yg duk berasingan dan yg jauh diperantauan. hu hu... Hari Khamis tu mmg masak macam2.. dgn lauk yg complete set ni, pastu buat puding dan malam tu buat muffin utk bekalan dia naik bas. Alhamdulillah.. walau tak sihat dpt gak masak mcm2 utk dia. Masak ni kan macam terapi gak tau, bila badan yg tak sihat, duk kat api dapur rasa segar sket dgn haba yg panas tu. Kalau duk melepek aje badan rasa cam makin kurang bermaya.. baik ke dapur dan buat apa yg patut kan.. :)

Jom lah tengok resipi Nasi Arab, resipi K.Hanieliza. Memang sedap! Tak rugi mencuba tau. Utk air bagi masak nasi tu K.Nor guna air rebusan daging mmbekkk yg dimasak Mutton Masala. Sengaja lebihkan air sbb nak gunakan air rebusan tu utk masak Nasi Arab ni. Mekasih K.Liza atas resipi Nasi Arab yg mudah dan sedap ni. Izinkan Nor panjang2kan resipi tu kat sini utk rujukan teman2 lain dan jugak utk rujukan Nor di masa akan datang. TQ ..


NASI ARAB
resipi : K.Hanieliza
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan
1 kg beras bathmati [basuh dan toskan
1.5 liter air ~ k.nor guna air rebusan daging
500 gm ayam [potong kecil dan bersihkan]
1 tin kecil kacang peas ~ k.nor skip sbb tak ada stok kacang peas
1 cawan kismis
3 biji cili merah
3 biji cili hijau
1 pokok daun sadri [daun sup] ] hiris
1 pokok daun ketumbar ]
3 s/b minyak
5 s/b minyak sapi
2 s/b serbuk jintan manis ]
1 s/b serbuk jintan putih ] bancuh ngan sikit air
bawang goreng
gula
garam

Bahan tumis
5 ulas bawang merah ]
3 ulas bawang putih ] mayang
1 labu bawang besar ]
3 cm halia ]
2 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 s/k jintan manis
1 s/k jintan putih

Cara
1. Panaskan minyak sapi dan minyak. Tumiskan semua bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan serbuk jintan yg telah dibancuh dengan sikit air. Kacau rata.
3. Masukkan cili merah, cili hijau, air, ayam, gula dan garam. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras dan masak saperti nasi biasa.
5. Bila nasi telah masak taburkan daun yg dihiriskan, bawang goreng, kacang peas dan kismis. Tutup sebentar.
6. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh hidangkan dengan dalca sayur, sambal merah dan ayam tandoori


Gandingan utk Nasi Arab

 Mutton Masala              Ayam Masak Merah Berempah              Kerabu Epal Hijau.