Friday, July 29, 2011

NASI DAGING & AIR ASAM

ASSALAMUALAIKUM..

Disebabkan duk tayang Food Review jer dua tiga hari ni, jadi ada la post atau masakan yg tertunggak, termasuk Nasi Daging ni. Nasi Daging ni K.Nor buat pada hari Rabu. Kebetulan sister K.Nor yg duk Puchong tu balik Tganu utk beberapa hari. K.Nor guna resipi Nasi Daging Dayang pulak kali ni. Alhamdulillah.. sedap! Nak masak pun tak amik masa yg lama sbb K.Nor guna daging batang pinang. Anak dara K.Nor suka sgt dgn rasa Nasi Daging ni. Nasi kurang berderai sket sbb terlajak letak air hehe.. 


Mekasih Dayang atas resipi Nasi Daging yang sedap ni, mintak izin ya nak share kat sini. Tq :)

NASI DAGING
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram
bahan-bahan : 4 orang makan
bahan A :
3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
2 helai daun pandan
80 ml susu cair
1 sudu makan puri tomato
2 helai daun limau purut
garam secukupnya
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak sapi

bahan B :
5 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sudu kecil jintan manis
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
1 batang serai (diketuk)

Cara-cara :
Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka.


Bahan Air Asam

bahan-bahan : 4 orang makan
2 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dihiris dadu)
8-10 biji cili padi (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
1 cawan air asam jawa (-/+)
sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi

Cara-cara :
Satukan semua bahan dan kacau sebati.
Hidangkan bersama nasi daging.